Wednesday, October 11, 2006

Ulama' Judi yang Bertaqwa

Heh heh heh

Aku sekarang dah ada kat KL. Aku balik dari JB hari Sabtu lepas.

Dah lama tak update blog aku ni. Kalau dah biasa tak update, rasa macam malas je aku nak update. Bila dah malas nak update, rasa macam aku takde blog pulak. Bila aku bukak blog aku balik, baru aku teringat yang ni blog aku rupanya. Mula-mula aku menyumpah-nyumpah jugak la sebab tuan punya blog tak update-update everytime aku masuk blog ni. Rupanya sumpah telah memakan diri sendiri, atau dalam bahasa omputeh, Swear has eaten myself.

Memandangkan aku telah berjanji nak sambung cerita pasal tikam, aku sambung jugak la. Ingatlah, barangsiapa yang memungkiri janji, dia termasuk golongan munafiq <-- tazkirah ramadhan.

Tikam ni adalah salah satu cabang judi yang amat popular untuk kanak-kanak. Aku tergerak untuk menjadi tokeh tikam selepas tengok Along jadi tokeh tikam. Aku beli tikam tu kat kedai cina tua kat opposite KFC Setapak. KFC sebelah kanan, kedai tu sebelah kiri. Kalau jalan terus lagi, kita boleh sampai Bulatan Pahang. Kalau terus lagi, boleh sampai Hospital Besar KL. Kalau terus lagi boleh sampai Chow Kit. Kalau belok kanan, boleh sampai Lorong Haji Taib. Kalau pusing-pusing kat lorong Haji Taib tu, boleh menonton aksi pondan. Bermacam-macam pesen pondan ada. Ada yang cun, ada jugak yang perasan cun. Tapi waktu malam je la. Waktu siang, pondan tidur.

Berbalik kepada cerita tikam. Orang suka beli tikam dekat aku. Sebab apa? Sebab everytime aku jual tikam, mesti hadiah Seringgit ada orang kena. Hadiah seringgit adalah hadiah paling besar dalam tikam aku. Kalau hadiah seringgit tu tak kena, orang tak percaya kat aku. Mesti diorang cop aku ni 'operate' tikam tu dulu. Diorang akan boykot apa saja tikam yang aku jual sebab aku dah buang hadiah singgit tu. Tapi aku pandai, dalam perjudian mana ada tokeh yang jujur. Taktik aku ialah macam ni:

1. Buang hadiah seringgit
2. Jual Tikam - selalunya 2 hari tikam dah nak habis
3. Taruk balik hadiah seringgit
4. Orang kena hadiah seringgit, tapi tikam aku nak habis dah. Untung maksimum

Kenapa aku buat macam tu? sebab customer-customer aku tak nak main dah sebarang tikam yang dah kena hadiah seringgit. Hadiah seringgit ni ada satu je setiap tikam. Sebenarnya diorang ni bukannya nak kan sangat duit singgit tu. Kalau diorang mintak kat mak diorang, sure boleh dapat punya. Tapi, yang diorang nak ialah 'feel' kalau dapat hadiah seringgit tu. Sebab kalau diorang kena seringgit, diorang punya lompatan kegembiraan tu macam orang kena sejuta hinggit. So, kalau tikam yang aku jual tu awal-awal dah ada orang kena seringgit, baik aku campak lombong aje la tikam tu.

Selalunya aku akan jual tikam dekat kawasan bazar mercun. Memang dulu kat Taman Melati tu ada kawasan orang jual mercun sebijik macam orang jual makanan kat bazar ramadan. Memang meriah betul la kat situ. Masa tu penjualan mercun masih dihalalkan oleh kerajaan. For your information, salah satu strategi bisnes yang penting ialah lokasi yang sesuai. Memang sesuai la lokasi aku tu sebab ramai orang datang kat situ setiap malam untuk beli mercun dan bunga api. Aku jual tikam la. Tak payah lesen perniagaan pun. Masyuuukkk...

Perniagaan aku bukan sahaja statik di taman perumahan. Aku lebarkan sayap perniagaan aku kat sekolah pulak. Ha ha ha. Aku jual tikam dalam tandas. Perghhh.. pakcik kayo.. pakcik kayo. Kiranya aku dulu, boleh digelar sebagai Ulama' dalam bidang perjudian la. Abah tak marah pun. mana boleh marah, sebab rahsia perjudian dia semuanya dalam tangan aku (Abah adalah seorang kaki nombor ekor yang sikit lagi nak tumbuh ekor kat bontot dia). Bapak borek, anak rintek, emak **tek. Cuma aku lebih berjaya sebab aku tokeh judi. Abah mengayakan tokeh judi.

Dengan keuntungan yang aku perolehi, dapat jugak la aku beli apa yang aku nak seperti beli mercun, bunga api, dan lain-lain lagi tanpa mengharapkan subsidi dari mak bapak mahupun kerajaan. Aku rasa kalau aku istiqomah menjadi tokeh judi sampai sekarang, Paris Hilton pun tergila-gila kat aku. Ha ha ha.

Cakap pasal mercun ni, teringat pulak aku aktiviti membuat mercun sendiri masa aku sekolah rendah dulu. NAntilah aku cerita!! heh heh heh..

p/s: apasal aku start dengan heh heh heh, aku habis pun dengan heh heh heh? buan tebiat ke apa!

ehh.. korang dah tengok cerita Rob-B-Hood kat wayang? best lah citer dia. Dah 2 kali aku tengok.

8 comments:

Anonymous said...

dah kaya boleh pinang rita rudaini yang putih dan gebu itu.

Anonymous said...

Nak pengshan aku gelak bila baca tajuk ko kali ni taiko!
so, kecik2 ko banyak pocket money la yer?
so, bila pulak mase nye ko bertaubat a.k.a kembali ke pangkal jalan?

13may said...

main tikam ni memang ketagih....syok satu mcm bila tikam kena singgit tuh....

Anonymous said...

Jom bukak kilang buat tikam.... Sure lg kayo.... HAHAHA!!!!!

Izham Miyake said...

aku pun dulu selalu main tikam gak tapi disebabkan aku ni naive masa kekecik, aku tak faham pun apsal aku beli tikam tu.

Bila aku dah faham dan start ketagih, sebagai budak yang baik dan sentiasa dilindungi dari perbuatan mungkar, mak bapak aku dah berjaya mencium kegiatan aku tu.

Kena sebatla.. apa laga..

Aku dulu memang tak terel main tikan tapi kalau kawan aku sorang ni, kena manjang. Shiol betol.

Unknown said...

budak2 lelaki tempat aku ngaji dlu ada la main tikam ni.. aku x join.

selamat pulang ke ibu kota taiko!

Ordinary Superhero said...

Agaknya masa tuh kau ada lah sempat keluarkan fatwa tikam tu halal kot.

Taiko said...

atrco: rita rudaini ke lisdawati? aku takut kena pelempang nanti ha ha ha

passerby: baru taubat semalam. hehhe

13may: haaa.. tau punn..

uda: modal takde maaaa..

Tenno: aahhh,... kau tangan tak bedong.. suwei 44 hari!

caza: rugi la kau.. masa kekecik dulu mana ada dosa!

ordinary: bukan setakat halal, tetapi HARUS...