Thursday, September 14, 2006

Hidup Hisap

Mesti korang berbulu aje kalau tiap kali masuk blog aku takde entry baru. Tiap-tiap kali bukak je blog aku, tajuk 'Nasik Lemak 5 Posen' yang jadi tajuk utama akhbar. Kalau aku pun aku berbulu. Usah katakan aku, ulat bulu pun berbulu kalau bukak Blog aku. Bulu - balu - bahulu - bahalul.

Jadi untuk menambahkan bulu-bulu korang, aku stop kat sini saja dulu. Aku tengah kerja sekarang ni. Oh ya.. lupa pulak aku nak cakap, aku kat JB skarang ni. Dah seminggu aku outstation. Projek aku kat sini schedule sampai 5/10/2006. Jadi, dalam 3 minggu lagi jugak lah aku akan duduk kat sini.

Aku duduk kat hotel Puteri Pacific. Nombor bilik aku takleh bagitau la. Takut ada yang ketuk bilik aku pulak. Kalau pencegah maksiat, buat penat je la diorang ketuk bilik aku sebab aku lonely. "Lonelyyyyy... I'm Mr. Lonelyyyyy.. I have nobodyyyy.. on my ownnnnn wiiuuiiuuuiuuu.." betul ke lirik lagu yang aku tulis ni?

Macam ni la life aku, pagi breakfast kat hotel. Makan buffet. Mula-mula tu banyak jugak lah aku makan. Masuk hari yang ke tiga aku makan roti dengan buah aje. Masuk hari keempat aku dah tak pegi breakfast dah kat hotel tu. Lepas tu terus gi kerja. Pukul 12 malam baru aku balik. Bosan lah. Dah la bosan, gersang pulak tu.

LIFE SUCKS = Hidup Hisap
LIFE SUCKS = Hidup Nenen?
SUCK SUCKS = Hisap Hisap
SUCK SUCKS = ???

Heh heh heh..

Chow. Banyak kerja.

8 comments:

Ordinary Superhero said...

Gilo kau nih. Buek den lagi babulu jo...:)

13may said...

Layan baulu bila hang berbulu...

booGie said...

AHAHAHA...
ko pun ada kamus sengal?
kau hisap, besar-besar = u suck, big time.

Bekas Tauke Maxis kat JB said...

Baru kau tahu betapa bosannya hidup kat JB tu! Breakfast Puteri Pacific memang la bosan, menu dia sama tiap2 hari. Sebelum sampai opis sana singgah la kejap kat Pasar Kg Melayu Majidee, ada aje tempat breakfast yg best.

Foxybabe said...

Oii..
Pegi Sedap corner..!
best weh..
die nye kuih seri muka best!!

Zetty said...

okay, apa kaitan nenen dgn cerita ni.

Anonymous said...

gersang? a'ah betul la tu kumpulan gersang memang asal jb

Tenno Miyake said...

cheh.. kalau ko bangun awal meh pegi breakfast dengan aku..

cepat la breakfast dengan aku.. dah nak puasa ni..!