Masa ponteng sekolah tu aku rasa seolah-olah macam iklan penagih dadah kat dalam TV la pulak. Masa dedulu kan banyak gila iklan anti dadah ni kan. Ada yang kartun tengkorak merangkak naik tangga, ada kartun tolak huruf "DADAH" jatuh dalam gaung lepas tu lega, ada kartun jari telunjuk tunjuk kat kita, dan ada jugak lakonan oleh orang betul. Konon-kononnya penagih dadah ni boleh bermula dengan malas belajar kemudian ponteng sekolah, kemudian isap rokok, kemudian isap dadah. Macam tu la kesudahannya. Sebab tu la aku rasa macam dalam iklan anti dadah je masa aku ponteng sekolah tu. Nasib baik aku tak isap dadah. Isap dada ada la masa kecik dulu. Kalau isap dada tak payah belajar ilmu hisab pun dah tau. Kalau dadih pulak, tak payah isap. Pakai sudu aje.
Berbalik kepada cerita ponteng sekolah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Masa kitorang keluar gi shopping kat Pasar Mini Sakina kat Taman Melati tu untuk beli makanan dan minuman, kawan Along telah ternampak kitorang. Aku ingatkan takde apa2 la. Rupa-rupanya kawan Along tu bagitau kat Along. Along pulak bagitau kat Mak. Mak pulak bagitau kat Abah. Abah pun tau. Mak bapak mana yang tak marah kalau tau anak diorang ponteng sekolah. Penat-penat carik rezeki untuk menyekolahkan anak, rupa-rupanya anak tu pergi menyelekohkan diri masing-masing umpama enau dalam belukar. Oleh kerana itu la aku dengan Bangcik kena belasah dengan tali pinggang oleh Abah. Birat-birat jugak la belakang aku. Nasib baik la Abah tak pakai tali pinggang wrestling WWF. Kalau tak mesti aku koma, tak pun koma bertindih (;).
Itu la kali pertama dan terakhirnya aku ponteng sekolah. Ini tak termasuk ponteng kelas masa ambik diploma and degree. Heh heh heh heh.
Aku ingatkan aku hanya dikantoi oleh keluarga. Rupanya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Cikgu Zariana boleh tau pulak yang aku dengan Iwan ponteng. Sebenarnya ada sorang lagi member aku yang tau aku ponteng. Nama dia Rizalluddin ataupun nama glamer dia Boyak. Boyak ni punya pesen rambut ialah 'rambut tarik'. Rambut tarik ni bermaksud rambut belah tepi, kemudian ada tarik ke depan sikit. Kalau pakai jel rambut, nampak hensem la sikit. Masa tu pun, jel rambut tengah baru dan hangat di pasaran. Rambut keras je bila pakai jel. Senang nak kontrol hensem. Tak reti la pulak aku nak explain macam mana pesen rambut tarik ni. Bukan tarik rambut. Ahhh.. lantak la kalau korang tak paham. Tak penting pun. Masa cikgu cek kehadiran pagi tu, Cikgu tanya la mana aku dengan Iwan pergi. Apasal dia bagitau cikgu yang aku dengan Iwan ponteng pun aku tak tau. Padahal dia baik dengan aku. Dah la dia cakap aku ponteng dekat bukit. Main belasah aje.
So, pagi esoknya aku dengan berdebar-debar masuk ke kelas. Pagi tu Cikgu Zariana panggil aku dengan Iwan dan tanya kenapa kitorang tak datang semalam. Aku cakap aku demam. Iwan cakap dia pun demam. Lalu Cikgu Zariana pun mintak surat dari ibu bapa kitorang kalau betul kitorang demam. Sampai sekarang aku tak bagi. Sejak pada tu, Cikgu Zariana mengambil berat dengan kedatangan aku. Dia cabar aku supaya aku dapat nombor satu tahun tu. Tapi aku tak dapat pun nombor satu sebab aku malas belajar.
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambik Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Malas Belajar,
Ambik Galah Tolong Jolokkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
jangan pakai galah..bantai ngn kayu snuker kalo malas belajar
Budak malas belajar ubat dier senang.... Humban dlm utan seminggu duduk ngan monyet2 & rimau2....
p.s. Ayah aku dulu pernah humban tv luar tingkap pasal aku asyik tgk tv dr baca buku.... Giler brutal....
haaa... nasib baik 2 parts saje. macam drama tv la pulak, bersambung-sambung.
aku paling ingat iklan mayat2 kat atas highway.Kempen keselamatan jalan raya.
baca dari awal sampai abes. tapi aku tertarik ngan koma bertindih (;). mcm ada tarikan.ish..ku dah biolkot.
Di luar pagar buah cempedak
Tolong jolokkan ambik galah
Malas belajar saya budak
Tolong jolokkan ambik galah....
err...masa sekolah dulu, hang tak pukoi org ka? Hang kan Taiko:P
faitty: kalau terel main snuker jom la lawan aku. Aku tak terel
uda: nasib baik bapak kau tak hempuk tv kat kepala kau. Kalau tak, sure noktah punya. Koma pun tak sempat.
azq: seperti air dicincang tak akan putus.
gerberra: aku pun ingat bila kau mengingatkan aku. lawak siot.
l4dibird: noktah bertindih = semi kolon. Semi kolon tak sama dengan 'separuh usus besar'.
anonymous: aku sepak kudis orang je. Nama budak tu yahya.
taiko kalau masuk jamban dia dok pukol benda lain hehehehe.. :p
Post a Comment