Thursday, May 11, 2006

Mustapa Kamal Makan Gula Yuppie (takde kena mengena langsung tajuk ni)

Masa aku darjah 3 dulu, cikgu kelas aku ada 3 orang. Memula Cikgu Maimon. Cikgu Maimon ajar satu semester aje. Lepas tu dia pindah ke mana entah. Ikut laki dia la tu. Lepas tu Cikgu Mustapa ganti. Cikgu Mustapa ni macam cikgu baru aje. Takde la hensem macam Mustapa Kamal atau Mustapa Maarof. Lemah lembut orangnya. Bukan lemah lembut macam sotong, tapi tak garang langsung. . Tak pernah pukul budak pun. Budak pun tak pernah pukul dia. Main permainan "Pukul Berapa Datuk Harimau" pun tak pernah jugak.

Satu hari Cikgu Mustapa sakit. Dia masuk hospital. Aku tak pasti dia sakit apa. Yang pastinya bukan sakit tuan. Masa dia duk hospital tu, ada cikgu sementara yang ganti. Cikgu pompuan. Nama dia Uppi. Nasib baik tak Yuppie (nama gula-gulal lembik). Sempoi giler nama cikgu ni. Macam nama orang yang lahir tahun 30an. Contohnya, nama uwan aku "WOK" aje dan nama atuk aku "UJANG" aje. Walaupun nama uwan aku WOK tapi dia tak pernah diundang dalam rancangan masakan "Wok With Yan". Mungkin kalau rancangan "Yan with Wok" dia akan diundang. Begitu jugak dengan atuk aku. Walaupun nama dia Ujang, tapi satu sen pun tak dapat royalti jualan Majalah Ujang. Cakap pasal majalah ni, aku cukup suka dengan 2 buah majalah kanak-kanak yang top masa tu iaitu BAMBINO dan jugak BUJAL. Ada jugak majalah lain seperti KUNTUM dan Dewan Pelajar. Tapi tak best sangat. Playboy aku tak baca, tapi masa tu aku tau la lambang Playboy ialah kepala arnab.

Berbalik kepada cerita cikgu kelas. Cikgu Uppi ni anak dara lagi masa tu. Dia adalah cikgu yang baik dan sporting. Ehh.. apasal kalau orang tu baik, kita cakap orang tu "sporting" ha? Adakah dia suka bersukan atau dia ada kereta sport? Ke.. sepatutnya supporting? Entah la aku pun tak tau. (sambung balik)... Haaa, masa last day Cikgu Uppi mengajar kitorang, dia bawak kitorang semua datang rumah dia kat Kampung Simpang 3 kat Gombak sana. Mak dia dah siapkan masak mihun goreng dah. Banyak jugak aku makan mihun masa tu. Dah la time lunch, mihun tu sedap la pulak. Tapi, yang sebenarnya kalau tak sedap pun, aku memang buruk lantak. Buruk semasa melantak. Selepas melantak aku akan jadi lawa balik.

Exam akhir tahun masa darjah 3 tu aku dapat nombor 5. Aku kongsi nombor 5 dengan budak yang bernama Norfazeena sebab markah sama banyak. Kat sekolah ni yang dapat hadiah ialah budak yang dapat nombor 1,2, dan 3 aje. Apa la punya kedekut sekolah ni. Bagi la sampai nombor lapan.

Masa hari penyampaian hadiah tu, kelas 3A2, 3A4 dan 3A6 combind untuk buat persembahan Dikir Barat. Aku setakat main kompang aje. Main belasah aje aku lempang lempang kompang tu. Janji ada bunyik. Member aku yang lawan berat badan dengan aku iaitu Hizzal jadi tukang karut. Dia pakai tanjak. Tapi masa dia tunduk untuk bagi penghormatan dekat penonton, tanjak dia jatuh tergolek-golek. ha ha ha .. kelakar sungguh. Tak kelakar ke? Kalau ada rakaman video sure kelakar punya. Tak kelakar jugak?

Cuti Sekolah tahun tu keluarga sebelah Abah aku bercuti dekat Cameron Highland beramai-ramai. Dalam 5 buah family kalau tak silap aku. Kitorang duduk kat Bungalow Bank Negara. Abah aku kan kerja kat Bank Negara. Rasa macam orang kaya la pulak. Apa taknya, dalam rumah siap ada pasang unggun api untuk panaskan badan. Macam dalam cerita koboi dalam TV pulak. Selepas balik dari Cameron Highland tu yang badan aku seperti dipam-pam. Tak caya tanya la mak aku!

Itu je la cerita untuk tahun 1986. Kita jumpa lagi tahun depan. Selamat Bercuti...

6 comments:

Anonymous said...

giler betol memori ko taiko..IQ ko baper?

Unknown said...

ntahnya.. aku pun dh addict kat blog ko nih. kerek jek.. syabbas inspektor syahabbb

deynarashid said...

eh taiko..ayah ko keje bank negare eh? ayah ko umur brape eh? pakcik aku pon keje bang negare gak. tp pakcik aku lame dah pencen. umur pon dah 60+. dulu slalu nyebok ngan family pakcik aku pegi holiday kat cameron, kat pd ngan penang duk banglow bank negare. syiok ah..pakcik aku ade anak laki hensem. tu yg best ;p

nnn said...

alo brader taiko,
atas sebab musabab yg tak dapat dielakkan, saya terpaksa menukar link blog saya kepada yg ini. Harap2 brader taiko dapat update link baru saya ini kerana nama saya tersenarai sebagai salah seorang tukang sampuk yg pernah menyampuk di blog anda... hehe sekian harap maklum.
yg benor - Nina Karina

Taiko said...

markclinton: pergi mampos sama kau

faitty: lapan perpuluhan lima je

^_^: jangan addict dadah sudah.

tina: bambino dah pupus

nina: ok

Taiko said...

deyna: ya bapak aku kerja bank negara dulu. Duduk sebelah Gabenor. heh heh