Wednesday, May 10, 2006

Song of the year - 1986

Tajuk: Saya Anak Malaysia.

1953, bulan lima aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
Negeri Sembilan

Selepas itu aku dibesarkan
Di negeri Kelantan
Aku belajar di sekolah orang putih
dekat dengan Pasir Putih

Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat salleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi Malaysia tetap di hatiiii

Saaaayaaaa.. anak Malaysia
Saaaaaya anak Malaysia
Saaaaaya anak Malaysia
Saaaaaya anak Malaysia.

KOMEN:

Lagu ni nyanyian Dr. Sam Rasputin. Dulu aku ingat nama dia Dr. Sam Rasputing. Tak pasal-pasal aku ingat dia suka isap puting. Dia duduk kat Taman Melati dulu. Kadang-kadang aku nampak dia bawak van masa aku main bola kat court takraw. Janggut panjang macam Osama Laden. Orangnya kurus dan sempoi. Aku tak pasti dia ni Doktor apa. Jangan Doktor yang enjek tangan sendiri sudahh..

Kat mana entah Dr Sam ni sekarang. Industri muzik Malaysia ni kekurangan orang yang macam Dr Sam ni. Walaupun suara tak sedap sangat, tapi ada karakter tersendiri. Adakah aku patut buat Album dengan lagu-lagu yang simple dan menarik untuk setiap golongan lepas tu masuk Nominee AIM dan menang tanpa disangka walaupun orang tak pernah dengar nama aku? AKu pun dah malas nak kerja as a proffessional. Ada sapa nak jadi investor untuk tanggung belanja buat album?

p/s: sapa ada MP3 lagu Dr Sam ni boleh email kat aku?

4 comments:

Izham Miyake said...

Dr. SAM, adalah kependekan dari beberapa patah perkataan.

Dangdut Reggae, Saya Anak Malaysia.

Dr. Sam dulu kenalan family aku. Selalu gak lepak dengan dia masa dok Shah Alam dulu.

Sekarang ni semua orang stereotype. Orang2 yang ada identiti dah tak diperlukan lagi sebab industri muzik didik pendengar2 lagu menjurus ke aras lagu2 yang DeeJay suka aje.

Salahkan DeeJay/Veejay la. Deejay/VeeJay semua takde citarasa. Boring. Asyik2 lagu yang sama. Semua berpandukan MTV aje.

Pastu pulak sekarang ni orang malaysia semua layan Lagu Indon aje. Pasai pa? Pasal Radio pun dok pasang lagu indon.

Anonymous said...

Aku suka lagu Jalil Hamid : Makan & Raya .....

p.s. 'Orang kita, makan macam-macam...'

Anonymous said...

got ur page from Foxybabe...

aku rasa few months back aku nampak Dr.Sam ni.siap pakai serban cam lebai surau..janggut masih panjang.aku dgr dia masuk tabligh.

anyway, kalo ko dpt lagu nih sila hebahkan kpd children of the 80's.

shafarina said...

Rasanya dia aktif dlm Pengasih? Pemadam? Ala yang dadah tu rasanya.