Thursday, May 04, 2006

Cemolot

Korang ingat tak bila first timenya korang rasa tertarik dengan orang yang lain jantina dengan korang? Maksud aku bukannya ada orang tak sengaja tarik tangan korang atau tarik rambut korang. Tapi rasa macam 'cantik menarik tertarik kau memang dabomb' la. Of coz, soalan ni tak applicable kalau korang daripada dulu sampai sekarang bernaluri homoseks. Tarikan antara lelaki dengan pompuan ni adalah fitrah manusia. Kalau takde tarikan ni macam mana la manusia nak berkembang biak kan?

Sebenarnya aku nak cerita kat sini bahawa masa aku darjah 3 tu, dalam kelas aku dah ada gossip-gossip si A NAK si B, si C NAK si D. Perkataan yang digunakan pun ialah 'NAK'. Bukan setakat tu, diorang dah pandai lukis gambar love dengan anak panah tembus kat tetengah love tu. Aku tak terlibat pun dalam NAK kat budak pompuan lain. Tapi aku perasan la ada budak pompuan lain yang macam NAK kat aku. Tak ramai. Ada la dalam 2-3 orang. Aku rasa mungkin diorang NAK kat aku sebab aku ni penyeri majlis dalam kelas tu kot? Sekati korang la kalau nak kata aku perasan. Tapi sayang, diorang cuma bertepuk sebelah tangan. He he he..

Aku rasa kalau ada yang minat kat aku pun, sebab aku kelakar. Memang dari dulu sampai sekarang aku ni jadi Pak Lawak dalam kelas. Kalau nak kata rupa, memang la aku tak hensem. Hensem lagi kawan aku yang orang panggil Hemsem. Aku punya dahi luas, pusat dalam, rambut ikal mayang, kaki ayam, kuda-kuda tak kuat, main gitar tak pandai, nyanyi selalu salah tune, tak kaya tapi berpelajaran.

Masa tu, cerita kat TV bukannya ada sensor sangat. Setiap cerita yang ada kapel laki dengan pompuan mesti ada scene cemolot (cium mulut). Kalau diorang keluarkan scene celutut (cium lutut) atau cebontot, rasa macam tak applicable pulak. Korang tengok tak cerita V? Bukan vandetta. Tapi cerita series kat TV pasal manusia lawan Alien macam Cicak. Cerita banyak mengajar aku bahawa lelaki kalau minat kat pompuan mesti cemolot. Pompuan dalam cerita tu pun seksi jugak. Sorang nama Lydia (baik), sorang nama Dayana (jahat). Tapi bagi aku Dayana lagi cun. Heh heh heh..

Alamak.. wife aku dah call la. Nak antar maid aku gi medical check up la. Aku nak cerita pasal lain tercerita pasal lain pulak. Tapi takpe la. Janji ada update. Selamat bekerja.

11 comments:

Anonymous said...

citer V? aku ingat..ade hero die dagu tbelah nama Kyle. Kbetulan aku dagu tbelah.masa kecik aku tomboy sket.rambut pendek kaler x brape itam..kengkawan panggil aku Kyle..heheh..macho dak.. citer ntah ape ape..makan lipas..weks!

Lily G said...

I remember cita V! Beranak baby keluar cicak ke apa. Dayana memang cun..body best..bukan macam skarang..suma cekeding

Anonymous said...

V hhuhu stim cite tu..selambe pompuan tu makan burung.. ke makan tikus tah..lupa plak aku..

Anonymous said...

Aku tv dulu suka layan MacGyver... Hehehe...

Anonymous said...

aku x kenal ko, ko pon x kenal aku.. tp aku bleh terlekat kat blog ko pasal itu hari aku cari info pasal ram.. skali terjumpa blog ko yg cerita pasal ram basikal tu.. aku tgk semacam je blog nih... ko punyer aura lawak mmg tahap mahadewa.. salute!!

Izham Miyake said...

makan tikus la..

kalau dia punya iklan/gezet pun sume tunjuk makan tikus.

aku pun suka dayana. apsal tah.

Adu said...

Yup.. yup. makan tikus.
dan aku ingat die beranak ada kuar anak die serupa macam buaya. kaler ijau. sampai sekarang tak leh lupa.

tapi, aku tak tau aa sapa diana, sapa lydia nih. Time tu aku baru sekolah tadika.

deynarashid said...

err..aku x igt diorg mkn ape. sbb aku x tau cite v tu ape. heh..maaf, saye masih mude

Izham Miyake said...

budak kecik dok diam2.

nak amik doposen ni. main jejauh.. hehehe :p

Taiko said...

joyce: Kyle yang Mark Singer berlakon ke?

lily: Yang body best dah banyak belakon cerita xxx.

langsuir: aik? kecik-kecik pun pandai stim?

izham: sama la nafsu kau dgn aku.

Foxybabe: lain kali lahir la awal sikit.

luckyli_kuakua: Memang aku saja je cerita pasal ram basikal tu supaya orang yang search pasal ram akan jumpa blog aku.

Deyna Sofea: tanya la abang ipar kau. Mesti dia tau cerita V. Kalau tak tau memang la takde TV kat rumah.

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site...
» » »