Wednesday, May 17, 2006

Barcelona vs Arsenal

Aku cukup berdebar-debar nak menunggu pukul 2 pagi esok. Perlawanan akhir Liga Juara Juara antara Arsenal dengan Barcelona. Aku tak rasa pressure pun sebab Arsenal turun sebagai pasukan bawah anjing (underdog). Barcelona memang kuat. Tapi tak bermakna yang kuat akan menang. Bola tu bulat macam fishball. Tak semestinya Negeri Sembilan Naza tak boleh kalahkan Barcelona. Mana la tau setiap kali player Barcelona nak skor aje kena tiang, kena tiang, kena tiang. Lepas tu Pemain Negeri Sembilan Naza pulak tak sengaja skor dari jauh. Boleh menang jugak kan?

Hari ni aku nak buat review sikit pasal final match ni.



Inilah Arsene Wenger, Manager Arsenal. Orang Perancis. Dia ni muka kedut-kedut. Mungkin masa muda-muda dulu dia banyak kali kena rembat dekat muka. Sampai berbirat-birat muka dia. Mungkin jugak dia selalu tidur kat dalam kelas dengan muka disembamkan atas meja. Bangun tidor aje muka berbirat-birat. Sempena Hari Guru, cikgu dia sumpah dia supaya birat-birat dia tak hilang. Muka dia jugak ada iras-iras Mr Bean. Tapi aku tak pernah pulak dengar dia buat lawak. Serius je aku nampak dia ni. Walaupun begitu, dia seorang Manager yang bagus dari segi taktikal.



Ini pulak ialah Frank Rijkaard. Manager Barcelona. Orang Belanda. Dia ni dulu rambut tebal-tebal. Sama dengan gang dia Ruud Gullit. Rambut dia tebal sebab satu hari tu rambut dia terbelit-belit dengan Ruud Gullit. Sebab tu Ruud Gullit pun rambut tebal-tebal. Dia ni sejak jadi manager aku tengok kool aje. Masa jadi player dulu memang ganas gila. Dalam satu perlawanan World Cup tahun 90 kalau tak silap aku, dia kena Kad Merah sebab gaduh dengan Rudi Voeller (Germany). Sebelum keluar padang tu dia ludah muka Rudy Voeller tu. Memang kurang ajar sungguh. Pengotor. Sebab tu la aku rasa team dia boleh kalah kali ni. Heh heh heh.



Ini Team Arsenal. Kunci kejayaan Arsenal bergantung kepada Thierry Henry (duduk dan pegang sijil warna merah) yang terel tu. Bukan bermaksud dia gantung kunci kat leher, tapi dia la key player untuk Arsenal. Kalau takde dia, aku rasa Arsenal kalah malam ni. Jadi kalau Barcelona nak menang mudah, kena upah pembunuh upahan untuk bunuh dia sebelum match.




Ini pulak Barcelona. Key playernya ialah Ronaldinho (berdiri - 3 dari kanan). Dia ni memang genius bola. Dia golek-golek bola tu mudah je macam gentel-gentel telor pulak. yang membuatkan dia terel ialah gigi jongangnya yang macam Mr Os. Kalau dia kesejukan, gigi-gigi dia akan mengigil dan mengeluarkan volume bunyi yang lebih kuat daripada gigi orang lain. Kalau nak kalahkan Barcelona, kena upah doktor gigi jahat untuk kapak gigi kapak dia yang dua batang tu supaya dia injured dan tak boleh main. Aku rasa macam nak gigit-gigit je gigi dia ni.

Kesimpulannya, aku pun tak tau sapa yang menang dalam match ni sebab tak habis lagi. Kalau dah habis game ni nanti baru aku tahu sapa menang. Tapi, ikut ramalan aku secara statistik propesional, Barcelona akan menang 2-1. Kalau ikut harapan aku sebagai fanatik Arsenal, Arsenal akan menang 2-1 jugak.

Sekian.

17 comments:

cloud strife said...

barcelona mesti mng nyer mlm nih... hahahahahha!!

faitty said...

pakat beli generator wehh..kot blackout satu malaya after 12.00 mlm nih x nengok bola ler kiter.

Anonymous said...

siapa menang malam ni.... jumpa mai tim laa... ada brani?

l4dibird said...

Ronaldinho pinjam gigi kapak hantu trumpet dlm citer P Ramlee..
aku rasa Barcelona menang..sebab ada campur aduk unsur tahyul. penglibatan org halus yang penuh misterii.tu je.

popo said...

barcelona menang... eheh... takper kita tgk malam nih...

booGie said...

melampau dude blh mimpi n9 Naza kalahkan Barca. aahhaha...
Tapi aku rasa Barca 3-1 Arsenal malam ni.

azq said...

don't wake me up. please.

Tenno Miyake said...

aku pun rasa macam nak sokong arsenal walaupun aku takleh nak tengok malam ni..

bubbye

nak pi kl yay yay!!

Uda said...

Kalau ikut pendapat aku sebagai Fanatik Man. Utd. ...... Dua2 tak menang.... Man. U. menang.... HAHAHAHA!!!!!

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

adekmanis said...

ko fanatik arsenal ker.. fanatik arsenal selalunya kerek + jahat hehehe

Taiko said...

heh heh. Betul la aku punya ramalan. Tapi takpe, Arsengal kalah dengan 10 pemain. Kira OK la. Tapi, aku rasa first gol Barca tu offside la. Linesman tu fan Barca. chet!

Anonymous said...

barcelona menang..best gile dol...aku sokong barcelona sebab ade ronaldinho sebab aku dh terpukau ngn skill mengelecek bola yg tiada tandingannya..n tidak lupa jg gigi mancung dia tuh yg sentiasa menjadi igauan ngeri aku..huahuahua

lilyliverbird said...

Saya support arsenal malam tadi. frust giler masa leman dapat red card. potong stim lah. apa punya dol referee. It's the final, for goodness sake! Henry punya yellow card pun grossly unfair!

Karl Hiunzm said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Tenno Miyake said...

goal barcelona yang first tu offside.. confirm.. taip referee tak confirm plak..

nasib baik aku tak bet..

Anonymous said...

Excellent, love it! http://www.paxil-6.info circle of life diamond pendant http://www.checks-by-fax-5.info Shemales of michigan Zoloft msds Compare butalbital online single bar driveway gate lcd projector webhosting http://www.businessschools0.info small business health insurance ny http://www.teen-pussy-4.info