Sunday, May 07, 2006

Baring Tengah Jalan

Aku ada kawan satu kelas yang bernama Ady Nor. Dia ni kurus-kering macam Saipul Apek. Kalau dia kurus-kering, aku gemuk-basah la. Muka dia pun hitam macam negro. Rambut macam daun kelapa. Pendek kata, kalau buat signboard "Kawasan Kemalangan" dia layak la jadi model signboard tu. Macam mana aku boleh baik dengan dia aku pun tak ingat.

Haa.. aku rasa sebab dia pernah bawak mainan kereta kat sekolah dulu. Mainan kereta ni daripada kartun "MASK". Bukan kartun The MASK lakonan Jim Carrey tu. Ni kartun pasal kereta boleh jadi kapal, motor boleh jadi helikopter, aeroplane boleh jadi traktor bajak dan lain-lain lagi. Kira seangkatan dengan Transformers jugak la. Kartun Mask ni menjadi Fenomena budak-budak sekolah masa tu la sebab kat kedai mainan ada jual semua jenis kenderaan dalam kartun tu. Mahal jugak. Anak orang kaya je boleh beli. Ady Nor ni bukannya kaya pun. Aku rasa dia pinjam kereta tu kat orang lain, then claim dia punya.

Aku pernah pinjam kereta si Ady Nor ni bawak balik ke rumah. Disebabkan dia ni ada kepentingan kat aku, aku pun baik la dengan dia. Kadang-kadang aku lepak kat rumah dia lepas balik sekolah sebab nak tengok video Michael Jackson. Terel gak si Ady ni menari macam Michael Jackson tersepit kat cermin besar. Tapi aku tengok dia ni bukan macam Michael Jackson. Ada la macam salah seekor hantu dalam video klip Michael Jackson lagu Thriller. Seram gak video klip tu. Lagi seram la dari Hantu Gigi Pendekar Bujang Lapok. Tapi aku tengok Ady tu tak seram la sebab dia masih hidup.

Yang tak bestnya pasal Ady ni ialah dia suka pinjam barang orang dan buat macam harta dia. Dia pernah pinjam aku punya harmonika yang aku bawak pergi sekolah jugak kerana aku nak berlagak. Dia kata nak pinjam sehari je. Esoknya aku mintak la balik tapi dia kata harmonika aku dah kena curik. Aku tak percaya sangat kat dia ni. Balik sekolah tu aku rush dia kat rumah. Dari jauh lagi aku dah dengar bunyik dia main harmonika kat rumah dia tu. Bila dia nampak aku datang, dia pun tersengeh sambil cakap "Aku dah ambik balik harmonika ni kat budak yang curik tu". Cisss.. Dah la air liur penuh dalam harmonika tu. Aku balik terpaksa basuh dengan sabun.

Satu hari tu aku lepak-lepak la dengan dia untuk berpeleseran sebab tak tau nak buat apa. Dia pun bagi aku idea:

Ady: Ehh... kau nak duit tak?
Aku: Nak la.. macam mana?
Ady: Kau baring kat tengah jalan tu. Nanti ada kereta berhenti. Orang tu nanti akan kesian dekat kau, dia bagi la dalam seringgit.
Aku: Eh.. kau biar betul?
Ady: Betull.. member aku pernah buat. Dapat!

Aku pun dengan lurus bendulnya pergi la baring kat tengah jalan raya tu. Tapi ada sorang Pakcik yang sedang berjalan kaki pulak nampak. Pakcik tu menjerit. "Hoi!! kau nak mampos ke baring tengah jalan tu??!!!" Aku pun terus bangun dan lari. Si Ady ni terkekeh-kekeh gelak kat aku. P***mak betul. Lepas tu aku dah tak kawan sangat dengan si Ady ni dah. Sanggup dia pergunakan aku yang lurus bendul ni untuk buat eksperimen.

Mana kau sekarang Ady? Dah mampos ke belum? Kalau dah mampos, aku sedekahkan Alfatihah aje la. Alfaaatihah!!

10 comments:

Anonymous said...

tak sangka aku ada kawan yang lurus bendol pintu...nasib baik ko tak mampus... ish ish

Izham Miyake said...

rambut macam kelapa tu macam mana beb?

ko ni hati memang bersih sebab tu takde prasangka burok kat kawan2 macam si mohenz ni.. pasal tu jugak la ko senang kena tipu dengan kawan2 ko masa kecik..

Tu pasal la aku suka kawan dengan ko .. hehe

ada tengok citer RADIO tak kat astro.. mamat tu terencat akal tapi hati dia baik sangat..

gerberra said...

kalo aku jadi pakcik tu pun takdenyer aku nak bg duit.Sikit punya sihat misti dah cukup makan.

AKULAH MASTURA.. said...

haha..lebih lurus dari bendul nih..takpe la..org lurus ni ati bersih..kalo org yg lurus ni kejar kite..kite lari bengkang bengkok sbb org yg lurus sure lari pon lurus kan..mesti tak dapat tangkap kite punye..

Adu said...

Hahha, kena jadi bahan eksperimen!
hhahaha!!

Lily G said...

ish taiko...biar betul...lurus macam pembaris besi tuh...

Anonymous said...

hahaha.... Bukan ko ajer... Aku pon tahu pasal trik 'dpt duit baring atas jalan' nie masa kechik2 dulu.... Tapi.................. Aku yg buat kat org.... HAHAHAHAHA!!!!!

Izham Miyake said...

uda,

kau ni ke ady yang dimaksudkan?

Dah tukar nama eh?

deynarashid said...

hahaha kureng taiko..kalo ady bleh jadik signboard 'kawasan kemalangan', maknenye ko boleh jadik signboard 'awas..haiwan liar lintas dihadapan'..hahaha..ok tak lawak, fine..

p/s; ade org tukar gmbr baru..ahaks!

Taiko said...

no komen. heh heh