Thursday, December 22, 2005

Bontot Belang-belang

Cis! bila aku bukak Blog aku hari ni, tetiba je aku terbaca tajuk topik semalam iaitu 'Bontot Koyak'. Terus aku teringat satu peristiwa lagi yang melibatkan bontot jugak. Bukannya aku suka cerita benda yang kotor-kotor ni. Tapi peristiwa-peristiwa yang melibatkan perkataan 'bontot' ni memang senang terlekat dalam memori. Kalau peristiwa-peristiwa yang melibatkan perkataan seperti 'baju', 'meja', 'senduk' dan yang lain-lain tu memang susah nak ingat. Bengap je rasa otak untuk mengingati peristiwa yang berkaitan dengan perkataan-perkataan tersebut.

Haa.. entah macam mana entah aku dengan Bangcik boleh dapat satu member ni. Budak ni sebaya dengan Angah (3 tahun lagi tua dari aku, 1 tahun lagi tua dari Bangcik). Kitorang panggil nama dia 'Sham'. Sham ni perangai dia tak senonoh sikit. Macam-macam aktiviti pelik dia ajak aku dengan Bangcik join.
Selalunya kitorang akan menjelajah kampung setinggan tu dari pukul 3 petang sampai 5 petang sebab pukul 5 kartun dah start kat TV.

Satu hari tu kitorang bercadang nak main air sungai. Sungai tu cetek aje. Air dia setakat paras betis aje. Nak pergi ke sungai kena meredah semak samun dulu. Bila sampai aje dekat tepi sungai, kitorang ternampak seorang lelaki dewasa sedang mencangkung membelakangi kitorang untuk berak dalam sungai tu. Jarak antara kitorang dengan orang dewasa tu ada la lebih kurang 30 meter. Orang dewasa itu bernama Pakcik Ramli. Kitorang cabutlah patah balik dan masuk dalam semak. Tapi Sham yang tak betul sikit tu pergi skodeng Pakcik Ramli tengah berak. Lepas 2 minit dia lari patah balik dekat kitorang sambil gelak terkekeh-kekeh.

Aku: Apasal kau gelak?
Sham: AKu nampak bontot Pakcik ramli..
AKu: Apasal dengan bontot dia?
Sham: Bontot dia kaler belang-belang... hihihi

Masa tu aku bayangkan yang bontot Pakcik Ramli kaler dia belang-belang macam kuda belang la. Jadi, untuk memuaskan hati aku, aku dengan Bangcik pun pergi mengintai jugak. Rupanya bukannya belang-belang macam kuda belang, tapi bontot dia sebelah hitam, sebelah putih. Maksud aku, yang sebelah kanan gelap, yang sebelah kiri tu cerah sikit. Bukannya totally black and white macam bendera Pahang tu.

Aku pun pelik, macam mana la pulak bontot dia boleh jadi macam tu? Kecacatan kekal ke? Bila aku dah besar sikit dan teringat kisah ni, baru aku terpikir, mungkin bontot dia yang cerah tu terkena sinar matahari. Yang sebelah lagi tu dekat tempat redup. Mungkin betul jugak teori aku ni. Cuba la korang test sendiri kalau nak tau.

Balik rumah petang tu, aku cerita la kat Mak dengan Abah yang kitorang nampak bontot Pakcik Ramli belang-belang. Diorang punyalah gelak besar. Aku rasa mungkin diorang imagine yang bontot Pakcik Ramli macam kuda belang. Kadang-kadang bila aku nak beli daging Ramly burger, teringat aku dekat Pakcik Ramli. Sampai sekarang dia tak tau yang kitorang dah pernah nampak bontot dia. Nasib baik la tak kena ketumbit atau katarak.

Kesimpulannya, bayarlah bil Indah Water anda. Bayangkan kalau takde sistem perjambanan dekat negara kita ni? Korang kena la berak dekat sungai. Nanti sure korang pulak yang akan diskodeng oleh kanak-kanak di kawasan sekitar rumah korang. Ehh.. aku pun tak pernah bayar bil Indah Water la! Kantoi la pulak!

Kisah ini adalah benar belaka, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar-benar belaka.

yang Benar,


taiko.

5 comments:

Unknown said...

hahahhahaha... teringat kat burger McD chicken deluxe ke apa namanya tu... hikhikhik....

p/s: sampukan tu apa?

p/s lagi: bil indah water ayg dah bayokan ler... cik abang weiiii...

Zetty said...

pergh, giller tak selera nak makan burger Ramly dah lepas ni.

Pakcik Ramli kena sopak satu cheek jek kot?

Izham Miyake said...

sampukan = kata bilangan bagi orang2 yang menyampuk.

Taiko, dulu kau ke yang tengok bontot tobiaq?

Taiko said...

azq,

laa.. dah bayor ke? heh heh

Betul tu bai.. aku setuju!

aku tak nampak bontot dia la.. aku nampak 'anu' dia.

Zetty,
Makan la burger lain. Burger King ke.. Mungkin kut sebelah je kena sopak. Sebab tu dia garu-garu

Anonymous said...

This is very interesting site... Swimming pools orange county ca networdz scrabble http://www.ohiolottery0.info/Scrabbledictionaries.html South carolina accutane legal crack gameblast scrabble ver1.0.48 keygen Mgm grand casino detroit michigan scrabble texas twist Costume make bingo cards free cctv security camera surveillance equipment remote security