Apa aku nak cerita hari ni haa? sebenarnya aku tak plan pun apa yang aku nak tulis. Main belasah je la. Asal cukup satu page jadi la kan? Hmm.. kira habis lah cerita aku duduk kat Sentul.
Kitorang duduk Sentul dalam 2 tahun je. Lepas tu kitorang pindah kat rumah sendiri (1981). Abah aku dapat tanah yang sesuai untuk buat rumah bungalow. Rumah bungalow tak semestinya orang kaya je boleh duduk. Orang miskin pun boleh jugak. Abah aku kerja je kat Bank Negara, tapi dia tak pandai cop duit. Kalau dia kerja cop duit, sure family aku dah kaya dah masa tu. Mungkin nak nyala api pun pakai duit $50 (dulu mana ada pakai RM).
Hah.. berbalik kepada cerita rumah baru. Sebenarnya abah aku dapat satu port baikkk punya untuk buat rumah setinggan kat sempadan gombak/setapak. Kampung setinggan tu dulu bernama Kampung Melayu Bumi Hijau. Sekarang ni tapak setinggan tu dah jadi Sekolah Menengah Taman Melati.
Walaupun namanya Bumi Hijau, tapi aku nampak tanah dia tanah merah aje. Kalau hujan, tanah jadi berlecak-lecak. Indah nama dari khabar. Hmm.. memula rumah kitorang tu kecik giler. Ala.. setakat ada lantai, dinding, pintu, tingkap, and bumbung je. Bilik pun ada satu je. Kalau aku duduk situ sekarang ni, aku rasa boleh masuk rancangan 'Bersamamu' laa. Abah aku ada buat satu telaga untuk mandi-manda, membasuh, memasak dan sebagainya. Syok ooo pagi pagi mandi air telaga. Kadang-kadang aku nampak jugak ada katak berenang-renang dalam telaga tu. Kadang-kadang ada kulit ular yang bersalin kulit. Tapi aku belasah aje la. Sihat je aku minum air telaga tu. Hidup lagi sampai sekarang ni. Tak pernah pun kena taun, cirit-birit dan demam kepialu.
Keliling rumah tu ada semak-samun jugak. Kalau malam punya la seram especially masa Abah aku outstation ke mana-mana. Then, secara kecil-kecilan Abah aku tanam ubi, pisang dan nangka. Dapat jugak la merasa makan ubi, pisang dan nangka secara sesuka hati. Masa kitorang memula duduk situ, tak ramai jiran-jiran. Paling dekat pun rumah Makteh aku (kakak kepada Abah aku) dalam 200 meter dari rumah aku. Lama-lama ada la 4-5 buah rumah yang menempek dekat keliling rumah aku. Dapat jugak kengkawan.
Abah aku pun ada buat renovation sikit-sikit. Lama-lama besar jugak rumah tu. Tak payah panggil Eric Leong Cassa Impian pun. Lampu pun dah pakai lampu kalimantang. Tapi power up pakai bateri kereta la. Ok apa? TV pun bapak aku ada beli jugak dulu. Tapi black and white punya la. Nak tukar siaran kena pusing tombol yang bunyi 'ketap-ketup-ketap' tu. Dapat jugak la tengok cerita The A Team, McGuyver, Knight Rider, Blue Thunder, Buck Rogers, Battlestar Gallectica, Tayangan Gambar Minggu Ini, kartun Smurf, Captain Future, Ultraman Goh dan macam-macam lagi. Tapi seminggu sekali Abah aku kena hantar bateri untuk cas dekat kedai. Seharian tak dapat tengok TV sebab bateri kat kedai.
Macam-macam peristiwa best aku tempuhi masa duduk setinggan ni. Itu aku nak cerita sikit2 la. Kalau tak, sekejap sangat cerita aku ni habis. Aku kena cerita satu persatu la.
Itu aje la untuk hari ni. Aku pun tengah takde idea sebab perut aku memulas je... chow!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wah.. kau ni orang jepun ke? aku malas nak explore bab 'setting' blog ni. Ni aku dah open untuk semua orang dah.
hahahah.. tq tq.. i luv u n ur mother 2 lah..
patut roboh saja setinggan semua ni...aku ada jiran pindah dari kawasan setinggan, dia bawak parangai setinggan kat sini. deengan karaoke kuat-kuatnya, kencing kat tangga, conteng dinding, buang sampah merata-rata...
Say no to Setinggans!
Post a Comment