Yahu! hari ni hari Jumaat.
Alhamdulillah syukur nikmat
Malaysia maju rakyat selamat
yahuu yahuuu yahuu yahuuu
yahuu yahuu ya Allah yahuu...
Korang pernah tengok tak iklan lagu tu kat TV1 dulu? Pokok-pokok bunga yang menyanyi. Aku rasa iklan tu dah kena ban sebab perkataan 'yahu' lah. Mungkin sebab 'yahoo.com' dah trademark perkataan yahu.
Sempena hari Jumaat ni, aku tak nak sambung cerita pasal bontot. Tak senonoh pulak rasanya. Kalau ada award 'Blog Terkotor' aku rasa nanti aku boleh menang. So, hari ni aku nak sambung cerita pasal aktiviti aku, Bangcik dan Sham dekat Kampung Setinggan tu.
Pada satu ketika, hobi kitorang ialah 'menconteng dinding rumah dengan menggunakan arang'. Panjang sungguh tajuk hobi kitorang tu. Selalunya kitorang akan merayau untuk carik rumah setinggan kosong untuk diconteng. Aku rasa kitorang terpengaruh dengan cerita Ali Baba Bujang Lapok la. Mula-mula tu setakat tanda pangkah (X) dekat pintu aje. Last-last sampai conteng lukis-lukis kartun. Habis penuh dinding luar rumah kosong tu kena conteng.
Seingat aku, antara gambar yang selalu kitorang lukis ialah gambar robot, dan gambar anggota badan manusia. Di antara anggota badan manusia yang kitorang pandai lukis ialah bontot. Senang aje.. macam tulis huruf 'W' je.. Tak silap aku, Sham ada lukis gambar bontot Pakcik Ramli sebelah hitam sebelah putih tu. Aku dah cakap dah, mamat ni memang tak senonoh sikit. Eh! terlepas cakap pulak perkataan bontot. Aku tarik balik la.. slurrpp! slurrppp! (bunyi sedut perkataan untuk tarik balik).
Dalam satu hari habis sebijik rumah kitorang conteng. Sampailah kitorang tak jumpa dah rumah untuk diconteng. Bila dah takde rumah untuk diconteng, mulalah rasa gian. Aku rasa Mat gian pun tak gian macam kitorang gian. Lalu, kitorang pun nekad (bukan naked) untuk conteng rumah orang yang ada orang duduk pulak. Rumah pertama yang kitorang target ialah rumah Pakcik Karim.
Rumah Pakcik Karim ni betul-betul sebelah rumah aku. Pakcik Karim pulak masa tu takde kat rumah. Yang ada bini dia aje yang kitorang gelar Makcik Karim sebab kitorang tak tau nama dia apa. Nak tanya "what is your name" dekat dia pun tak berani. Nanti dituduh kacau bini orang pulak. Makcik Karim tak perasan pun kitorang conteng rumah dia. Siap tulis kutuk-kutuk Pakcik Karim lagi. Mentang-mentang la kulit Pakcik Karim tu hitam berkilat, kitorang tulis la "Karim Hitam", "Karim Keling". Lukis bontot kaler hitam dan tunjuk pakai anak panah perkataan "bontot Pakcik Karim". Tarik balik.. Slurrppp!! slurrppp!!
Tengah syok-syok menconteng Tetiba je Pakcik Karim balik. Tak perasan pulak bunyi motor dia tadi. Ingatkan bunyi motor orang lain. Apa lagiii.. cabuttttt... Pakcik Karim nampak kitorang cabut. Bukan cabut pokok, tapi berambus la. Tapi aku rasa masa tu dia tak nampak lagi rumah dia kena conteng sebab kitorang conteng dinding sebelah tepi. Kitorang pun balik la rumah. Sham balik rumah dia. Gabra jugak aku masa tu.
Then, Abah pun balik kerja. Tak lama lepas tu tetiba je Pakcik Karim datang ketuk rumah aku. Dia bagitau Abah yang kitorang conteng Rumah dia. Habissss... Muka dia bengang je. Apa laa.. dah tua-tua pun nak mengadu ke? Dia suruh kitorang basuh balik dinding rumah dia sampai bersih. Terpaksa la aku dengan Bangcik basuh. Sham la terselamat. Kitorang basuh pakai sabut kelapa yang direndam dalam air. Masa tu mana ada Axion. Kalau ada axion senang je, secolek je.. habis semua bersih.
Balik rumah kena marah dengan Abah lagi. Sudah jatuh ditimpa tangga. Yalah, masa dulu mana ada pakai escalator, sebab tu la peribahasa tu bunyik macam tu. Heheh heh..
Kesimpulannya dekat sini, Sediakan kelengkapan menconteng untuk anak-anak atau adik-adik anda yang kecik-kecik tu. Budak-budak ni kadang-kadang nak release tension atau nak menunjuk bakat. Kalau takde kelengkapan, itulah padahnya! Aku sendiri pun sampai sekarang, kalau ada pen dan kertas kosong, penuh aku conteng kertas tu.
Heheh.. ada satu hari tu, aku balik kerja, terperanjat aku tengok dinding rumah aku kena conteng dengan kaler krayon. Banyak pulak tu!! Anak-anak aku la yang conteng. Nak marah pun tak boleh.. sebab bapaknya pun macam tu jugak! chow.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
hahahahha... tergelak je baca posting ni... teringat kat dinding bilik yg kena conteng... krayon kaler biru, dinding kaler peach, bentuk bulatan... tapi, kekadang ngeri pulak, macam cerita 'the ring' - ngeri kalau tetiba ada orang merangkak keluar dari bulatan tu.... iysk.. iysk...
malam tadi ada la orang merangkak keluar.. harharhahrhar
hhahahaha kelako le cite cite ko...sakit perot aku... huhuuu - mohens
Nasib baik dulu Tipah hanya tulis atas kertas.
Masa tobiaq kecoh dulu dia cakap macam ni..
"Bai, hang mai sini sat tengok apa tipah tulih kat dinding ni.."
Masa tu tipah ngamuk and tak pueh hati pasal macam2 benda..
err bai? aku tak paham serita ko.
lainkali xyah apa yg awk tulis lah,taiko.. baca comment dendorang ni pun klaka gak.. heheheh.. jimat masa skit.. almaklum le mem'bloghoping' masa keja.. hehehe
'xyah baca.. xyah baca yg awk tulis..' teringgal lak.. sorry
tini.. nak kono paham ko?
Tak payah paham lah. itu ceghito budak2 gumah kitoghang dulu hahaha..!
haaa.. aku ingattt.. pasal sandal dia kena curik.. sapa curik haa??
omen kot? hehe
Post a Comment