Wednesday, December 28, 2005

Cekodok Milo

Kalau korang nak tau, malam tadi aku dengan wife tengok cerita ‘Baik Punya Cilok’ kat IOI Mall Puchong. Dah lama dah tak tengok wayang citer Melayu. Afdlin Shauki buat citer macam Quentin Tarantino punya style (Pulp Fiction, Kill Bill). OK jugak la cerita dia. Nak kata best sangat tu takde la. Nak kata tak best pun tak jugak. Boleh gelak jugak la tengok citer tu. Overall aku bagi rating 3.5 star lah. Aku harap lepas ni citer-citer Melayu akan improve lagi. Tapi, kenapa citer-citer P.Ramlee yang pakai screen itam putih tu quality dia lebih bagus dari citer-citer sekarang? Aku pun tak paham.. Kadang-kadang aku tengok Cerekarama dekat TV ada yang lagi bagus dari cerita kat wayang. So, sebelum aku berucap macam pengkritik filem, baik aku stop.

Hari ni aku masih lagi nak cerita pasal musim cuti sekolah tu. Lambat lagi nak habis cerita aku ni. Kalah cerita ‘Idaman’ atau ‘Mahligai Gading’ atau ‘Santa Barbara’ atau ‘Dallas’ atau ‘Baywatch’.

Satu hari tu Abah dengan Mak bawak Apis pergi klinik. Diorang pergi naik kereta Fiat tu la. Masa tu kereta tu belum kena jual lagi. Kalau dah kena jual macam mana la Abah nak bawak kereta tu ye tak? So, Aku empat beradik kena jaga rumah la. Masa tu punya la takut giller! Sepatutnya kitorang tak rasa takut pun. Tapi disebabkan idea Along lah yang buat kitorang takut. Ada ke dia ambik pisau, parang, banet dan yang seangkatan dengannya dekat dapur tu dan bagi kat kitorang sorang satu. Dia kata, kalau orang jahat masuk, kitorang kena tikam dengan pisau-pisau ni. Mak aiii… macam mana la kitorang tak takut? Aku punya senjata pisau potong sayur tu aje. Aku sentiasalah genggam pisau tu kuat-kuat. Kitorang berkurung dalam bilik Mak. Aku pun pelik, macam mana lah Along boleh pikir nanti orang jahat nak masuk?

Masa tu aku bayangkan orang jahat yang nak masuk tu sarung stoking dekat muka untuk culik kitorang. Perkataan yang mula-mula sekali orang jahat tu akan cakap ialak "Hensap!!!". Hensap = Hands up. Aku pun tak tau apa maksud hensap tu. Bila aku darjah 1, aku ada baca dalam buku teks BM cerita bertajuk "Budak yang insaf". Alaaa.. cerita pasal sorang budak tu merajuk dan menyorok dalam gua. Then, dia nampak ada air menitik-nitik dari atas gua tu kena kat atas batu. Lama-lama batu tu boleh lekuk. Terus budak tu insaf. Jadi aku ingatkan Hensap tu bermaksud 'insaf'. Kalau korang ni sebaya dengan aku, sure korang tau cerita ni. Kalau selak buku teks tu depan sikit lagi, boleh jumpa cerita 'Anjing dengan Bayang-bayang" pulak.

Berbalik kepada cerita orang jahat, Mak pernah cerita yang ada sindikit culik budak kecik untuk dijual. Mak aku kata, diorang nak ambik kepala budak-budak kecik untuk tanam dekat tempat construction. Contohnya kalau projek nak buat jambatan, untuk bagi jambatan tu kukuh, kena tanam banyak kepala budak kecik kat tiang konkrit tu. Kalau tak, nanti penunggu tempat tu robohkan jambatan tu. Orang jahat yang culik budak tu, Mak aku panggil ‘Genceh’. Mak kata lagi, orang India yang selalu bawak lembu makan rumput dekat tepi sungai tu pun salah sorang Genceh jugak. Mana dia tau pun aku tak tau. Sure aku kena kelentong buta-buta je. Aku cukup ngeri bila terserempak India tu. Satu hari tu, aku tengah berak dekat sungai, aku ternampak India tu atas bukit. Aku sorang-sorang je masa tu. Aku punyalah takut, aku menyorok dekat belakang batu sampailah India tu blah. Adalah dalam sejam aku menyorok sebalik batu tu. Sampai lupa nak basuh berak. Balik rumah baru aku basuh dekat perigi. Sekarang dah pecah tembelang aku. Cis! Apasal la aku boleh bagitau korang rahsia peribadi aku ni?

Berbalik kepada cerita jaga rumah. Along siap ajar lagi macam mana nak guna pisau untuk tikam orang. Mungkin dia belajar masa tengok cerita-cerita silat dekat TV. Lama-kelamaan, kitorang boring pulak berkurung dalam bilik tu. Along pun keluarlah ke dapur. Mulalah menggatal tangan nak memasak pulak. Habis kitorang selongkar dapur tu. Jumpalah tepung gandum. Along bancuh tepung gandum tu dengan air. Lepas tu taruk milo. Perghh… nak buat cekodok Milo la pulak. Tak pernah dibuat dek oghang! Then, panaskan minyak dalam kuali. Belum sempat panas lagi dah masukkan tepung yang dibancuh dalam milo tu. Lembik la jadinya cekodok tu. Berminyak-minyak pulak tu. Bila tak puas hati dengan cekodok lembik, Along besarkan lagi api dapur tu. Sampai berasap-asap pulak minyak. Hangus pulak cekodok tu. Macam kulit Pakcik Karim pulak kaler dia. Hahahah.. tapi sedap jugak rasa dia. Aku tengok Along bangga je bila kitorang melahap cekodok hasil air tangan dia. Sampai lupa la nanti ada orang jahat nak datang rumah.

Belum habis masak pun lagi, Abah dah balik. Alamakk.. kelam kabut padamkan api dapur. Ada la sikit lagi tepung yang tak sempat goreng. Masuk-masuk rumah aje Abah dengan Mak Tanya “Apa yang berasap ni??” Kitorang senyap aje. Takuttt.. Along sengih-sengih je. Abah cek dapur, terjumpa la cekodok milo kitorang. Dia pun makan la cekodok tu sikit. Aku tengok sedap aje dia makan. Nasib baik Abah tak marah. Mak dengan Abah pun gelak aje la. Apa yang kelakar pun aku tak tau lah. Selalunya kalau Along buat benda-benda pelik macam ni mesti kena marah punya. Tapi kali ni OK pulak. Mungkin sebab cekodok tu sedap kot dan boleh dikomersialkan. Korang try la sendiri kat rumah. Orait jugakk!

Kesimpulannya.. jangan tinggalkan anak-anak anda kelaparan di rumah. Seperti kata pepatah:

Anak kera di hutan disusukan pakai susu ibu,
Anak sendiri kat rumah pakai susu Dumex.

Ada ke patut?

8 comments:

azq said...

Baik Punya Cilok - filem melayu pertama yang ku tonton kat wayang... sungguh sadis... bukan taknak tolong industri filem tempatan - tapi cerita tah hapa-hapa.... oh, masa kecik ada gak tengok wayang cerita melayu, tapi indon la - maklampir gendowolo ke hapah tah, cerita hantu - budak yang jadi hantu tu berjalan kat dinding... ngeri siott!!!

Fina said...

sundel bolong pun paling takut....

Zetty said...

aku rasa kau dah patut kena bayar royalty kat Pak Karim ngan Pakcik Ramly la wei.

Banyak giller reference nama diaorg.

Tenno Miyake said...

Weh apa resipi cekodok milo tu?

Hehehe.. syahdu plak bila teringat pasal along ko.. Ish aku nih.. sensitip plak..

Sharida said...

kompom balik karang nk cuba.. hehehe..

Taiko said...

azq: kat rumah mak ada vcd 'penangkal ilmu teluh'.. seram jugak

fina: kalau cerita sundel bolong main piano aku pernah tengok la.. heh heh.. kelakar seram la pulak

zetty: entah hidup entah mati pakcik karim dgn pakcik ramli tu sekarang. takde kirim surat pun.

izham: rotiboy yang taruk kopi tu cilok idea Along aku la.

sharida: kalau makan cekodok milo cicah milo ais lagi terangkat

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » »

Peej said...

kelakar tahap dewa la..
esp time masing2 pegang pisau..