Friday, December 09, 2005

The Genius in Me...

Assalamualaikum.

Semalam aku tak sempat nak menulis. Sibuk siot. Sibuk mengular ke The Mines beli DVD hehehe…

OK lah.. Hari ni aku nak cerita pasal kegeniusan aku. Korang jangan la pulak nak muntah atau menyampah bila baca. Aku bukan nak memuji diri sendiri. Bak kata pepatah, “Seperti masuk bakul angkat sendiri” (Sila baca sambil mengangkat satu tangan seperti Karam Singh Waliya). Apa yang aku cerita ni adalah fakta semata-mata. Heheh

Kalau korang nak tau, aku tak masuk Tadika pun. Masa aku umur 4 tahun, Bangchik masuk Tadika. Jeles jugak aku bila Bangchik aku dapat pakai baju Tadika, ada beg sekolah, ada kasut dan sebagainya. Aku bengang je kalau dia berlagak dengan beg dia tu. Bukan la lawa sangat. Heheheh.

Abah yang hantar Bangcik pergi Tadika naik motor. Kalau balik, aku dengan Mak jalan kaki jemput Bangchik. Jauh jugak. Kalau korang nak tau, Bangchik selalu nangis kat dalam kelas. Kalau tak siap kerja pun menangis. Tah hapa hapa tah. Cikgu pun naik pening kepala. Ni aku agak aje yang cikgu tu pening kepala. Kalau tak, tak best lah cerita ni. Jangan korang tanya pulak “Macam mana kau tau cikgu tu pening?? Ada ke kau nampak dia makan Panadol ke.. Dusil ke.. Dumin ke.. Cortal ke??” Memang la aku tak nampak. Ok la.. Ok la.. kira aku tipu la yang cikgu tu pening kepala..

Walaupun aku tak tadika lagi. Tapi buku-buku Bangchik tu aku belajar. Mak rajin ajar aku baca ABC. Umur aku 4 tahun aku dah kenal ABC. Umur aku 5 tahun aku dah pandai baca. Aku tak baca la komik-komik ni masa tu. Tak standard la! Yang aku baca cuma surat khabar Berita Harian je. Itu pun ruangan kartun heheheh. Bangcik aku pun merangkak-rangkak lagi membaca. Maksud aku, membaca tak lancar sangat la. Bukannya membaca sambil merangkak. Orang gila pun tak buat membaca sambil merangkak!

Aku ni dah la terel membaca, kalau suratkhabar tu diterbalikkan pun aku boleh baca dengan lajunya. Cuba korang terbalikkan monitor korang. Maksud aku, Yang atas jadi bawah, yang bawah jadi atas. Kalau korang malas nak terbalikkan monitor, cuba gantung badan korang kaki ke atas dan kepala ke bawah, then cuba baca apa yang aku tulis ni. Kalau korang boleh baca dengan lancar, memang korang pun genius macam aku jugak la. Hehheheh..

Baca alip ba ta pun aku dah pandai jugak. Semuanya aku belajar sebab aku minat. Senang je masuk dalam otak dan hati. Sekarang ni anak aku yang umur 2 tahun dengan 3 tahun pun dah kenal nombor, huruf Rumi dan huruf Jawi. Masa kecik-kecik ni rupanya lagi senang belajar sebab hati tengah clean. Tak terlibat dengan gejala sosial tak bermaruah, pornografi, laman web lucah, candid perempuan bogel sedang ketuk ketampi dan sebagainya. Hmmm.. macam-macam hal dunia sekarang ni.

Sebenarnya kegeniusan aku dalam bidang maths, bukan language. Kalau korang baca blog aku ni pun korang boleh notice yang bahasa yang aku keluarkan tah hapa hapa tah. Hmm.. mungkin kegeniusan aku dalam math ni akan aku ceritakan dalam bab aku di sekolah rendah nanti. Tungguuu..

Itu je lah hari ni. Esok aku tak menulis kot. Hari Isnin pun Selangor cuti. Maybe hari Salasa Rokaatin baru aku menulis. Selamat bercuti dan jaga diri baik-baik, Gerrraaakkkk…..

4 comments:

Unknown said...

ye la, kalau tak terel, sapa pulak nak congak & kira-kira harga discounted item masa pegi shopping... heh heh...

Taiko said...

:)

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it » » »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! »