Friday, December 16, 2005

"Meninggal"???

Assalamualaikum.

Semalam aku busy gila. Tak sempat nak menulis. Pagi aku kena gi Nilai. Tengahari tu aku kena gi Rawang. Tapi takpe! claim mileage dekat Maxis sungguh memuaskan hati. Buleh buat duit ooo..

Hmm.. hari ni cerita sedih pulak la. Asyik cerita kelakar pun tak kelakar pulak kan? Kadang-kadang kelakar jugak kalau baca cerita sedih ni. Apa aku melalut ni?

Pada bulan Disember tahun 1981 tu aku sekeluarga balik ke kampung Negeri Sembilan. Kitorang naik bas aje. Aku tak ingat berapa bijik bas yang kitorang turun naik. Lama jugak nak sampai kampung. Padahal hari ni kalau drive dari KL tak sampai 2 jam pun. Aku rasa kitorang naik bas dari KL-Kajang-Seremban-Kuala Pilah-Batu Kikir-Kampung Jerjak. Eh.. kalau kira, ada 5 buah bas la tak? Hehehe.. Mungkin Bas Transnasional belum wujud lagi masa tu.

Aku tak tau apa sebenarnya tujuan Abah bawak kitorang balik kampung tanpa notis 24 jam pun. Rupa-rupanya sebab Atuk aku sakit. Nama atuk aku ialah Ujang Bin Hassan. Dekat kampung aku tu ada surau kecik yang dia jaga. Budak-budak kecik kat kampung aku tu semua belajar mengaji AlQuran dengan Atuk termasuklah Angah. Angah memang duduk kampung pun masa tu (darjah 1). Sekarang ni surau tu masih ada lagi. Tapi dah besar sikit la.

Sesampai je dekat kampung, ramai sedara-mara aku yang dah ada. Atuk aku sakit terbaring je. Entah berapa hari aku duduk kampung pun aku tak ingat. Cuma ada satu malam tu (aku rasa dah pagi lah.. dalam pukul 2-3 pagi) aku terkejut dari tidur sebab dengar suara orang menangis. Aku bangun tengok Makmbong, Makteh, Abah, Mak, Adang, Acu, Maksu dan lain-lain semuanya nangis. Believe me.. masa tu aku rasa pelik gila. First time aku tengok orang dewasa menangis macam budak-budak termasuk la Abah. Dalam hati aku, aku pikir tak malu ke diorang ni?? Ini bukan rencah nak bagi cerita ni kelakar ye.. Tapi memang macam tu lah yang aku pikir masa tu.

Aku tanya Angah.. angah kata "Atuk dah meninggal". Apa pulak "meninggal" tu?? Langsung tak paham! Lepas tu Mak suruh aku cium pipi Atuk. Aku nampak Atuk macam tidor aje. Semua sepupu-sepapan aku pun cium pipi Atuk. Masa tu aku rasa umur Atuk pun dah 60+ dah.

Esoknya tu ramai orang datang rumah. Barulah aku tau yang atuk dah mati. Kalau cakap 'mati' barulah aku paham. Aku tak ingat siapa yang bagitahu aku nanti Atuk kena tanam. Ooo.. orang mati kena tanam ke? Aku dengan sepupu-sepapan aku yang baya-baya aku pun melompat-lompat kat tanah bersorak "yey yey.. atuk kena tanam! atuk kena tanam!" Tah hapa hapa tah.. Tapi masa nak pegi tanam tu aku dan sepupu-sepapan tak dibenarkan follow. Bengang je kitorang sebab tak dapat tengok Atuk kena tanam.

Bila aku dah besar sikit barulah ada orang cerita kat aku yang Atuk ada buang tebiat jugak sebelum dia meninggal tu. Salah-satunya dia rotan Angah teruk-teruk tanpa sebab. Seorang pun tak tahu kenapa dia pukul Angah tak pasal-pasal. Sebelum tu, sejentik pun dia tak pernah bagi kat Angah. Tapi dia rotan Angah macam rasa lepas tu dia tak akan dapat pukul Angah lagi.

Sebelum dia meninggal tu pun, dia ada pesan kat Abah untuk take care family, solat jangan tinggal, jangan berjudi dan sebagainya. Abah adalah anak lelaki paling tua. Turutan dia macam ni:

1. Makmbong (Duduk kat Taman Koperasi Polis, Gombak)
2. Makteh (duduk kat kampung)
3. Abah (duduk kat Taman Melati, KL)
4. Mak Induk (duduk kat kampung)
5. Adang (duduk kat Seremban)
6. Acu (duduk kat Kepong)
7. Maksu (duduk kat Seri Gombak)

Sekarang ni Uwan (grandmother) aku hidup lagi. Uwan aku pernah cerita kat aku yang Atuk pernah cakap dekat dia bahawa umur Uwan panjang. Sekarang ni aku rasa umur Uwan dah nak 90 tahun dah. Masin mulut atuk aku. Mungkin Uwan masak lauk pakai garam kasar. Lepas makan Atuk lupa nak basuh mulut, terus cakap dekat Uwan macam tu.

Kesimpulannya, everyone must die. You can't escape from it. Taiko pun must die.. jadi, ambiklah takaful sebagai perlindungan untuk keluarga anda kalau anda mati nanti. Hehhehe.. macam la aku ni agen takaful. Chow..

2 comments:

Izham Miyake said...

Walaupun cerita kau ni kelakar.. aku terasa sedih pulak..

Atuk aku pun aku rasa mati lebih kurang dalam tahun 1981 jugak la. Masa tu bapak aku drive dari machang ke kampung aku. memalam buta.

Aku kat cybercafe nih kat seremban. Terasa nak nangis pulak baca cerita kau ni tapi tak boleh pasal ada awek cun kat sebelah aku asyik tengok aku yang hemsem ni. tak macho la kalau aku nangis.. haha

Anonymous said...

dari tadi aku baca cerita kau . Ini yang paling kelakar. Aku boleh bayang korang jerit "atuk kena tanam"