Wednesday, December 21, 2005

Bontot Koyak

Apa khabar orang yang membaca? Aku harap korang sihat la hari ni. Bila nak belanja aku makan? Aku dengar ada yang dapat gaji cepat bulan ni sebab Krismas. Aku tak dapat gaji lagi la. Aku bukan permanent staff dekat Maxis. Aku contract aje. Selalunya dalam 1hb baru aku dapat gaji. Nasib baik aku pandai berjimat (tipu la lu taiko!).

Semalam Birthday Abah yang ke 58. Dah tua jugak Abah ye. Tapi aku nengok macam orang muda lagi. Nak kawin lagi satu pun aku rasa mampu lagi kot. Harharhar.. Kalau Mak baca sure Mak aku cop aku Si Tanggang ni!

Aku tak tau nak bagi hadiah apa. So, semalam aku call Mak untuk tanya Abah ada jam tangan tak? Mak cakap takde. Terus aku pergi kedai jam dekat Giant Bandar Puteri Puchong. Aku beli jam SEIKO yang mekanikal punya. Tak payah pakai bateri. Lawa pulak jam tu aku tengok. Rabak la jugak RM224. Harga asal dia RM299. Nasib baik ada discount. Aku pikir pun, kalau compare RM224 dengan pengorbanan Abah selama ni, tak ternilai harganya. I Love You dad!

So, Malam tadi, Abah belanja makan kat restoran Pha Pha Tom Yam dekat Kampung Simpang Tiga Gombak. The whole family was there. Aku makan dengan sesuka hatinya. Memang favourite aku kalau ikan siakap masak stim. 'Stim' dekat sini bermaksud 'kukus'. Bukan ikan tu dimasak masa ikan tu tengah stim atau pun tukang masak tu tengah stim masa masak ikan tu. Tapi aku tengok ikan tu mata dia stimm je. Heheheh..

Aku tengok Abah happy je. Angah bagi hadiah 'Smart Tag' untuk pakai dekat kereta. Bernas jugak idea Angah tu. Bangcik sampai lambat sikit. Dia selamba je nyanyi lagu happy birthday kuat-kuat dalam restoran tu masa dia sampai. Aku tengok Bangcik bawak hadiah dalam kotak. Kotak tu size macam kotak kasut. tapi Bangcik tak bagi bukak dulu. Dah habis makan dan bayar, Bangcik blah, baru Abah bukak. Saspen je.. Korang nak tau apa Bangcik bagi???

Jawapan: Gula sekilo + Garam halus sepeket.

Abah gelak je. Abah tau Bangcik takde income tetap. Tapi aku cukup respect kat Bangcik. Aku tau dia sayang Abah. Tapi bila dia bagi garam dengan gula tu aku terasa macam aku ni Biras si Syawal dalam cerita Ahmad Albab pulak. Hehhehe takdelah! Aku tau Abah faham situasi anak-anak dia. Yang penting dia tahu kitorang adik beradik sayang kat dia.

Ok.. enough pasal cerita besday Abah. Hari ni aku nak cerita sikit je pasal zaman dedulu. Aku tak ingat peristiwa ni pada tahun berapa. Masa tu family aku bertandang dekat rumah Makmbong dekat Tampin. Haa.. cerita ni kira aku flashback balik la. Masa ni Bangcik pun tak sekolah lagi. Tapi tetiba je pulak aku teringat pasal cerita ni. Kalau aku tak cerita hari ni, takut terlupa pulak. Ia adalah peristiwa penting dalam hidup aku.

Hari tu adalah hari Kemerdekaan. Semua orang cuti. Biasalah, pagi-pagi dekat TV adalah tunjuk perbarisan dekat Stadium Merdeka. Kalau askar tu berbaris, komanden dia jerit lah "Baarrrisss.. sediapp!!". Tapi korang tau tak apa yang aku dengar?

Mestilah korang tak tau sebab aku belum cerita lagi. Aku dengar komanden tu cakap "Bontooottttttt koyak!!" Aku pun dengan selamba jeritlah "bontooottttt koyakk!!" sambil jalan keliling rumah Makmbong. Kakak sedara aku 2-3 orang gelak je. Aku tak rasa kelakar pun masa tu. Memang aku serius masa tu! Aku memang ingat apa yang aku cakap tu betul. Berulang-ulang kali aku jerit 'bontot koyak' sambil keliling rumah macam perbarisan. Bangcik pulak follow belakang aku dan ikut jerit 'bontot koyak'.

Makmbong marah. Dia kata kalau aku cakap lagi bontot koyak, dia nak cili mulut aku. Kebetulan pulak masa tu dia tengah nak memasak kat dapur. Tapi aku ni jenis 'yang dilarang tu lah yang aku nak buat'. Aku pun saje je pergi dekat dapur, panggil Makmbong aku, terus jerit kuat-kuat "BooOOonNNntTttooooOtttttTt KOYAKK!!!". Apa lagi, Makmbong terus capai cili dan kejar aku dengan Bangcik. Aku dapat melarikan diri. Tapi aku tak perasan yang bangcik tak ikut aku lari. Bila dah jauh baru aku dengar bangcik nangis. Rupanya Bangcik dah kena cili dekat mulut. Hhehehe... *evil*

Sebab pulut santan binasa,
Sebab Mulut aku, Mulut orang lain yang Binasa

Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut, Habis pulut kena makan

Anak aku yang nombor 2 ikut perangai aku la. Apa yang orang larang, itulah yang dia nak. Apa yang suruh, dia tak nak! Lepas tu kalau jalan, sukati je langgar orang, dinding, pintu dan sebagainya. Padan muka aku!

7 comments:

terabot said...

hi...taiko..
lawak siut...ader ke bontot koyak....

azq said...

makan semalam mmg sedap! dah le ikan bawal sebeso alam!
yummm yummmm...

Zetty said...

aiyaks, menyentuh perasaan la citer hadiah bangcik. rasa mcm tengok iklan raya petronas.

Tenno Miyake said...

Hoi!

Kalau ko nak kawin lagi satu, cakap aje la! Takyah la cakap berlapik2 cakap abah kau pulak!

Bangchik kau buat apa eh sekarang.. lama dah aku tak jumpa dia.. bapak kau pun dah lama aku tak jumpa dia. mak kau pun aku dah lama tak jumpa. Hazhim pun aku dah lama tak jumpa. Adik kau yang muka hitam tu pun aku dah lama tak jumpa dia..

Taiko said...

bai,

lahanat kau! tak terlintas dalam otak aku nak kawin lagi satu. Nak kawin lagi 3 sekali gus ada la hehehe.. (azq.. ni gurau aje ni).

Bangcik tu lepas pencen jadi ghostbuster dia jual pakaian pulak.. Hazim baru dapat result PMR. Adik aku yang itam tu Apis.. dah tak berapa hitam dah.. duduk kat rumah je..

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP »

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »