Thursday, December 29, 2005

Abah vs Anaconda

Aku tak buat mykad lagi laaaa.. pagi tadi sebelum pukul 7 aku dah sampai kat pejabat pendaftaran Puchong. Tapi orang yang beratur dah beratus orang kat luar pejabat tu. Tak jadi la aku nak buat. Ahhh.. aku bayar aje la nanti. Aku memang malas nak beratur. Kalau kat dewan makan sekolah dulu, kesian budak-budak junior sebab aku potong diorang beratur masa nak ambik makanan. Hmm.. Aku ingat aku nak buat mykid aje la.. senang. Tak payah amik gambar.

Hari ni genre cerita aku ialah bercorak action komedi. Kalau korang baca tajuk kat atas tu pun aku rasa korang dah boleh agak dah. Cerita kali ni lebih kurang macam cerita "Alien vs Predator" atau "Jason vs Freddy". Macam ni cerita dia:


Indahnya suasana rimbaa.. Mergastua berterbangan di pagi hari.

Aiseh! ini macam beginning cerita kartun Melayu bertajuk 'monyet makan cili' dekat TV tu. Ok start balik.

Pada satu pagi, aku pun makan bubur kacang hijau. Mak masak bubur kacang sehari sebelum kejadian ni berlaku. Jadi aku makan bubur kacang semalamlah. Aku tak minat sangat bubur kacang ni, tapi sebab Mak buat sedap, aku makan jugak la. Mak suruh aku suap Apis dekat ruang tamu rumah aku. Masa tu mak dekat dapur. Tengah syok-syok makan bubur kacang, TIBA-TIBA!! (aku harap korang terkejut bila aku tiba-tiba je tulis perkataan 'TIBA-TIBA' dengan 2 tanda seruan).

Tiba-tiba aku terdengar bunyi desiran yang tak sama macam desiran ombak di tepi laut. "SssSSsss..SssssSSss..SSssSss" Aku ingat siapa la pulak yang buat bunyi "syy.." suruh aku senyap. Padahal aku tak bercakap pun masa tu. Mana boleh makan bubur kacang sambil bercakap. Makruh! Aku pandang sebelah kanan. TIBA-TIBA!! aku ternampak seekor ular besar sedang bergerak bawah lemari. AKu panik gila masa tu. Terus aku lari ke dapur sambil menjerit "Makkk!!!!". Apis pun ikut aku sekali. Mak tanya "apasal?". Aku tak boleh nak cakap apa-apa.

Mak cakap masa tu muka aku pucat gila. Aku cuma mampu tunjuk-tunjuk kat ruang tamu guna tangan aje (takkan guna kaki kot, biadap namanya tu). Mak aku pun tengok kat ruang tamu dan nampak ular tu bergerak mengahala ke TV lama rumah aku. TV tu dah rosak. Sedakar hiasan aje. Alaaa. TV yang jenis ada kaki 4, ada penutup skrin macam pintu shoplot. Selalunya orang buat akuarium pakai TV tu. Kalau korang tak tau TV yang mana satu lantak koranglah. Malas aku nak explain.

Hari tu kitorang duduk kat dapur aje. Tak berani nak gi ruang tamu. Mak nak tunggu Abah balik. Abah sampai dah nak dekat maghrib dah. Mak cerita la dekat Abah yang ada ular masuk rumah. Abah pun terus panggil kawan dia yang bernama Pakcik Sadana. Pakcik Sadana datang bawak banyak garam dengan buluh betung. Heheh.. bukanlah, buluh biasa je.

Malam tu berlakulah pertarungan antara Abah + Pakcik Sadana dengan ular tu. Kitorang yang lain duduk dalam bilik. Memang ular tu tengah syok-syok tidur dalam TV tu. Aku tak tau la apa masalah ular ni. Mungkin tengah bergaduh dengan bini dia la tu. Bini dia tak kasi masuk rumah kot? Tak pun, bini dia tengah period heheh.

Dari dalam bilik aku dengar la bunyik-bunyik pertarungan tu. Kalau dalam kartun Batman ada la bunyi "pow!", "bom!" dan sebagainya. Kalau dalam cerita Tamil, bunyi "gedebush!" aje lebih, tapi tumbuk tak kena pun. Along yang tak puas hati dengan sekadar mendengar audio pertarungan tu pun memanjat dinding untuk mengintai lintas langsung secara video pulak. Mak punya la marah. Tak pasal-pasal Along kena sebat dengan Hanger. Heheh..

Lebih kurang 15 minit berlalu. Pertarungan pun tamat.

Ladies and gentelman, the winner issss.... (bunyi drum)

ABAH dan PAKCIK SADANA!!! (tepuk tepuk tepuk)


Ular tu kalah dengan dengan K.O tanpa kiraan mata. Bila ular tu dah mati, baru lah kitorang dapat tengok rupa ular tu. Kaler dia hitam. Kepala dia dah pecah sebab kena pukul. Panjang jugak ular tu. Dalam 2 depa orang dewasa jugak la. Kesian pulak aku tengok ular tu. Tapi sebelum dia makan aku, lebih baik dia dibunuh dulu. Kalau aku kena makan dengan ular tu, sure aku dah mati dah. Tak dapat la aku berumahtangga. Tammat.

Aku dengar cerita orang tua-tua, Kalau ular masuk rumah, kemungkinan besar jugak ular tu Jin. Tak tau la betul ke tidak. Tapi, kalau yang masuk rumah kita tu perangai macam jin, jaga-jaga! Nanti di'belit'nya kita macam ular.

Kesimpulannya, jangan mengular masa kerja kalau tak nak dipukul dengan buluh. Dah!! pergi kerja!! orang lain buat kerja korang sibuk baca Blog! heheh chow.

13 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni makin banyak kes ular masuk rumah. Bawak macam2 benda pulak tu. Ada yg bawak kad gores, alat letrik.. macam2lahh.. Aku rasa khidmat abah ko dan pakcik Sadana amat diperlukan untuk menghentak kepala ular2 tuh.. hehe..

kaezrin said...

aku rasa mcm kenal ajer ngan hang ni....hmmmm.....mcm kenal zaman2 irc and yg sewaktu dgnnyer..

Fina said...

idup abah!!...idup pakcik sadana!!....diorang kata ular itam pun slalunya jin...tak tau la aku....n kena halau baik2 dulu, by tiga hari tak kluar gak baru boleh bunuh....hehehhe masak la korang nak tunggu tiga hari...

azq said...

kehkehkeh... kelakar gak baca,,, terbayang crocodile hunter la pulak... btw jadik ke makan kat gombak malam ni? sempat ke nak belikan hadiah + kek utk adik? nak balik pkl berapa? tunggu la sat kat giant..

nurminah said...

syok ler baca citer ko ni..aku tgh nk dok ingat2 cemana ek muka ko..adekah ko terlibat dgn grotto dulu?

roimsugab said...

sesungguhnye aku suka gila conclusion ko

sofea said...

gile kewl taiko. mengikut pengamatan saya, taiko ni mempunyai daya ingatan yg sungguh kuat. tahniah

nadya said...

taiko,
aku dgn abah aku dah addicted dgn blog ko...
klakar tahap gaban sampai aku gelak senak2 perut.keep up the good work, ko mmg born dgn talent sebagai penglipurlara la.

eppy new year!

Taiko said...

anonymous: paham pun kau dengan apa yang aku maksudkan. Genius lah kau.

kaezrin: semua orang kenal aku. Aku je tak kenal semua orang. heheh

Fina: Kau biar betul.. 3 hari ke, 3 kali halau? pegi cek balik dengan Abah kau.

Nurminah: Rupa aku macam dekat profile aku la.. aku tak main grotto. Buang masa. AKu main IRC je

Roimsugab: aku tau nama kau mior. Sebab nick kau bila ditebalikkan, jadi bagus mior. Genius tak aku?

deyna rashid: kau ni anak rashid sidek ke rashid sibir? aku memang mudah ingat sebab aku nak tukar phrase 'melayu mudah lupa' kepada 'melayu mudah ingat'.

Nadya: timo kasih. Kim salam kat bapak kau. Aku tak caj pun kalau korang terhibur. Free ajo ni. Kira amal jariah la ni. Tahun dopan baru aku caj hehehe.. gurau ajo.

Tenno Miyake said...

Weh taiko..

Ko tolong call aku. Aku dah banyak kali nak call ko. Aku takde nomor maxis.

Aku dulu ingat nak tangkap ular gak. Tapi ular tobiaq la. Baru nak tangkap aje tobiaq dah terjaga..

-Tangan masuk dalam mesin tebu-

Hahaha!

Anonymous said...

Excellent, love it!
» »

Anonymous said...

best regards, nice info »

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! film editing schools