Tuesday, December 27, 2005

Hanger Baju Serba Guna

Assalamualaikum

Weekend lepas aku dan family sebelah wife aku gi picnic dekat Port Dickson. Dah lama dah tak mandi laut. Aku ingatkan malas nak mandi laut. Last-last aku teruja jugak tengok sepupu-sepapan wife aku beserta pakcik makcik wife aku tu berendam dalam laut. Langsung, aku pun terkesima untuk terjun dalam laut jugak. Nasib baik takde Tsunami. Alhamdulillah syukur nikmat.

Hari ni dah masuk kerja. So, untuk menjana kecerdasan otak aku bekerja hari ni, aku mulakan dengan cek Blog aku. Terima kasih kepada sesiapa yang berani komen. Aku ingatkan tak ramai yang berani komen. Tapi aku ingat nanti kalau dah ramai gila orang nak komen, aku nak caj setiap komen singgit la. Kalau sehari ada sejuta orang komen, aku boleh jadi millionaire dalam masa sehari! Tak pun macam ni la. Korang marketkan blog aku ni macam Multilevel Marketing. nanti ada la persen yang aku bagi untuk each level. Heheheh.. gurau ajo!

So… ahh.. tak bestlah pakai perkataan ‘so’.

Furthermore, today I want to story you a story about my experience when I small-small dulu.

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, aku nak cerita masa musim cuti sekolah tahun 1982 dulu la. Seingat aku, Along dengan Angah ada datang ke KL. Aku tak ingat macammana diorang datang. Sebab Along kat Perak, Angah dekat NS. Tapi tetiba aje diorang ada kat KL. Entah-entah diorang pakai ‘Pintu Suka Hati’ yang Doraemon pakai tu. Alaaa.. yang kita boleh pilih nak pergi mana dengan masuk pintu tu. Takkan korang tak pernah tengok Doraemon kot? Kalau aku ada pintu tu kan best. Boleh travel around the world dengan sesuka hati. Kalau tak dapat pintu tu pun, dapat kipas helikopter kecik yang taruk dekat kepala tu pun jadi la. Tak payah la aku nak mengharung trafik jem masa nak gi kerja. Tapi kalau kat Malaysia ni aku pakai kipas helikopter kecik tu malam-malam sure orang ingat aku ni hantu penanggal pulak.

Haaa.. bila Along dengan Angah dah ada, meriah la sikit rumah aku. Bertambah lagi la aktiviti kitorang. Antara aktiviti yang ditunggu-tunggu ialah ‘Mandi Hujan’. Syok ooo… Masa tu, rasa macam best giller bila dapat mandi hujan. Ada satu hari tu, Along dengan Angah bawak aku dengan Bangcik mandi hujan jauh sikit daripada rumah. Siap main gelongsor dekat bukit. Maksud aku, bukannya ada papan gelongsor dekat bukit tu. Tapi, kitorang jadikan bukit tu macam papan gelongsor. Bukit tu tanah merah. Jadi, bila hujan, cerun bukit tu licin la. Dekat cerun bukit tu la kitorang gelongsor dari atas bukit sampai bawah. Lepas tu naik balik, gelongsor balik. Tinggi jugak bukit tu. Aku rasa ada la dalam tinggi rumah 2 tingkat. Habis seluar baju merah-merah kena lecak. Nasib baik tak rabak bontot masing-masing. Kalau tak, sure perkataan ‘bontot koyak’ yang aku introduce tu menjadi kenyataan.

Balik aje dekat rumah, kitorang nampak Mak dah standby dengan hanger baju. Hanger baju dulu-dulu korang tahu je lah kan. Semuanya made from steel. Mak Siap cekak pinggang lagi. Macam Arwah Siti Tanjung Perak dalam cerita Bawang Putih Bawang Merah pulak. Korang tau ke Siti Tanjung Perak yang mana satu? Ala.. dalam cerita Bujang Lapok, dia jadi Mak kepada Zaiton. Yang cakap "Ayuuuuu.. go to play.. ahh!! tidurlahh!!"

Bila Along nampak aje Mak dah standby, Along terus lari ke perigi untuk mandi. Angah la yang terkantoi. Angah kena sebat dengan hanger. Aku tak ingat Bangcik kena sebat ke tidak. Tapi yang aku ingat, Aku tak kena sebat. Mungkin sebab aku yang paling kecik dalam aktiviti gelongsor bukit tu. Aku tumpang nangis je bila Angah menangis kena sebat dengan Mak. Mungkin jugak aku tak kena sebat sebab aku dah nangis dulu (taktik biasa). Aku memang nampak Mak naik syeikh (naik syeikh ke.. naik syeh? Belasah aje la) masa tu. Along ingat lepas mandi buangkan lumpur tu dia selamat la. Last-last kena sebat lagi teruk bila dia balik dari perigi. Heheheheh..

Masa tu perasaan aku rasa macam bengang aje dengan Mak. Masa tu aku ingatkan yang Mak marah kitorang sebab benci kitorang. Budak-budak.. mana lah tau.

Satu lagi aktiviti kitorang ialah main masak-masak. Kitorang ambik tin sardin kosong dan rebus daun ubi kayu dalam tu. Pandai-pandai la kitorang nyalakan api. Along dengan selamba je ketuk rumah Makcik Jason untuk pinjam minyak tanah. Lupa pulak aku nak cakap. Makcik Jason (baca dalam bahasa baku, bukan macam nama Jason dalam English) ni ialah bini Pakcik Ramli yang bontot belang-belang hari tu. Nasib baik Makcik Jason baik. Kalau Makcik Jason tak baik, mestilah dia jahat. Kalau Makcik Jason jahat, mesti dia tak nak bagi pinjam minyak tanah. Kalau dia tak nak bagi pinjam minyak tanah, macam mana kitorang nak make sure api menyala dengan lama untuk masak pucuk ubi? Cuba korang bagi idea sikit!

Fisrt time aku tengok air menggelegak atas usaha sendiri. Syok wooo.. macam makan aiskrim Sundae kon dengan choco top dekat McD rasanya. Bila dah masak tu, Along suruh makan pucuk ubi tu. Aku pun rasa la sikit.. mak aiiii… pahit! Siol je.. Ingatkan sedap. Tapi, aku rasa kalau kitorang taruk santan, serbuk kunyit, cili api dan garam, sure jadi masak lemak cili api pucuk ubi. Taruk pulak ikan bilis dengan tempoyak sikit. Perrghhh.. melelah air liur!

Itu aje la activity outdoor yang aku nak cerita hari ni. Nanti korang boring pulak baca. Aku tau sebab aku pun boring bila menulis ni. Mungkin otak masih lembab sebab cuti 3 hari. Heheheh..

Kesimpulannya, apa yang mak bapak kita tak bagi kita buat tu mesti ada sebab. Apa yang kerajaan tak bagi kita buat pun sure ada sebab. Begitu jugak dengan apa yang Allah tak bagi kita buat, sure ada sebab. Sebab-sebab tu mestilah untuk kebaikan kita jugak. Cuma kadang-kadang kita tak perasan pun apa sebabnya. Begitu jugak dengan Blog ni. Aku menulis ni pun bukan sebab setakat nak buang masa dan buat kelakar aje. Ada sebab aku buat ni.. Salah satu sebabnya ialah untuk menghabiskan masa orang yang membaca.. Kalau korang dapat release tension, aku pun tumpang suka. Kalau korang tak dapat apa-apa faedah langsung, PADAN MUKA KORANG!!
Hahahahahahha…

6 comments:

Anonymous said...

apa kata kolo.. kteorg yg mambaca blog ko ni lak charge ko satu entry singgit.. sbb ko sendiri kata yg ko membuang masa kteorg kan?.. amacam?.. syok x?.. masyuk gak bagi saya yg gaji separ..-separ.. ni..

bernas lah idea ko ni.. saya suka..

Anonymous said...

ermm bagus gak idea menulis ko nih taiko..lancar jer bahasa walaupun kelakar..apa kata ko antar kt magazine kelakar, majalah2 katun ker, gelihati, ker(ada lagi ker)..kalau majalah gila-gila tan sri a samad ismail pun ada antar cerita kelakar bermakna (kolumnis)..apa2 jerlah..dapat duit woo..tak caya cuba baca buku "buat duit dengan menulis"..tulisan Jeniri Amir..happy writting!!

Zetty said...

Ekonomi Rumah Tangga sungguh kau main masak-masak. Skrg bini suruh tolong kat dapur pun belum tentu lagik mau pegi.

Unknown said...

hehehe... tu berkat main masak-masak masa kecik tu la yg buat dia terer masak gulai! betul! tak tipu punyer! heh heh..

Izham Miyake said...

Eh taiko masak sedap ler zetty..

Dulu dia selalu main masak2 masa kitorang dok serumah.

Di main masak2 jela.

Aku niha tukang masak.. Hahaha :p

Taiko said...

aku memasak sobab nak jimat duit. Duit biasiswa kono potong dek telekom sobab belajar bangang. Tapi takpo, Abah aku baleh balik kat telekom dongan tak bayar bil telepon talian totap.

Bai, kau punya resepi 'masak nasik tak payah basuh' dengan 'maggi goreng serai' tu memang kelass laa..