Tuesday, December 13, 2005

Dapat Adik..

Assalamualaikum..

Dah tiga hari aku bercuti. Malas pulak rasanya aku nak gi kerja hari ni. Tapi memandangkan yang Anantha Krishnan (Tokeh Maxis) tu bukan bapak tiri laki mak aku, aku terpaksa gagahkan jugak melangkah ke alam pekerjaan hari ni. Bila la aku nak jadi tokeh? Ada staff sendiri dan boleh manage masa aku sendiri. Aku ingat nanti aku nak jadi tokeh ikan la. Orang rumah aku boleh jadi tokeh fishball. Hish apa aku melalut ni..

Kelmarin aku pegi 2 kenduri kahwin. Kedua-duanya kawan sekolah aku kat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub dulu. Satu kenduri kat Temerloh, satu lagi kat Gombak. Seronok gak konvoi ramai-ramai dengan member lama.

Hari ni aku nak cerita pasal kelahiran adik aku. Aku tak perasan pun yang Mak mengandung. Aku ingatkan perut Mak besar sebab kenyang makan nasik. Sit up pun Mak tak pernah buat. Dalam bulan 6 tahun 1981, Abah hantar Mak, Bangcik dan aku balik rumah Atuk Perak dekat Tapah Road. Best jugak duduk rumah Atuk Perak sebab ada Along. Along masa tu adalah budak paling popular dekat Tapah Road. Apa taknya! Nama je cucu Imam Surau Tapah Road, tapi perangai macam pelesit. Memang pelesit gila lah. Aku pun tak tau nak cakap macam mana. Tapi, takdelah jahat macam Anakku Sazali tu. Takdelah sampai mintak duit, ponteng sekolah dan sebagainya. Biasala budak kecik memangla nakal sikit. Masa tu Along baru darjah 2.

Along ajar aku dengan Bangchik main terup kecik. Aku tak tau la kalau zaman ni ada lagi tak terup kecik tu. Asalnya terup tu sekeping besar, tapi kena lipat-lipat dan cerai-ceraikan, dapat la berkeping-keping. Dekat depan terup ada gambar kartun, dekat belakang ada nombor terup. Selalunya Along akan bawak balik banyak terup hasil kemenangannya berjudi dengan kawan-kawan. Macam-macam jenis game yang boleh dimainkan dengan terup tu. Di antaranya:

1. Tepuk tangan dekat lantai bagi terup tu terbalik
2. Susun dekat bucu court badminton, baling dengan selipar dari jauh.
3. Black jack dan banyak lagi. Korang tak pernah main ke? Itu pun nak kena ajar ke?

Eh? Tadi aku cakap nak cerita pasal kelahiran adik aku, tapi apa pasal aku cerita pasal terup pulak ni?

Ha... pada pertengahan Bulan Julai tu, bermula la era aku dipanggil Bangteh. Sebelum tu family aku panggil aku adik je. Adik aku tu bapak aku bagi nama Hafizul. Tu la first time aku tengok budak baru lahir. Aku pun pelik, apasal a budak ni tutup je mata dia. Tak boring ke tidur je? Kat TV ada cerita Ultraman Hayata pun adik aku tak nak tengok jugak. Ruginya!

Aku rasa aku duduk kat Perak sampai Mak aku habis pantang kot.

Masa nak balik dari Perak ke KL tu, Along nak ikut tapi Abah tak bagi. Abah pinjam kereta kawan. Aku rasa kereta Datsun la. Warna coklat cair macam kaler taik orang. Masa bertolak nak balik tu, Along meronta-ronta nak ikut balik. Atuk pegang Along tak bagi datang dekat kereta. Bila kereta dah jauh sikit, baru Atuk lepaskan Along. Aku nampak Along berlari-lari datang dekat kereta. Tapi tak cukup pantas seperti Watson Nyambek untuk memintas kereta Datsun yang Abah bawak lebih kurang 40 km/j tu. Sedih jugak. Isk!

Hari ni takde kesimpulan. Tetiba je aku rasa syahdu pulak. Tolong sedekahkan Alfatihah kat Arwah Along aku ye..

Salam....

2 comments:

Tenno Miyake said...

Eh.. along yang kau cerita ni along kau ke along orang lain?

hmm.. teringat pulak citer along kau dan bekas tunangnya yang selalu datang jumpa mak kau dulu..

Taiko said...

Abang sulong aku la..