Friday, December 30, 2005

Ikan, Cacing dan Labi-labi

Today is Friday.The 6th day of the week. The chief of the days. Actually there are 9 days in a week. Sunday, Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Today, and Yesterday.

Ok gak English aku kan?

Haaa.. hari ni aku nak cerita pasal satu musim yang seronok gila dekat Kampung Setinggan tu. Musim yang aku nak cerita kan dekat sini bukanlah Musim Panas, Musim Bunga dan sebagainya tapi MUSIM IKAN SEMBILANG.

Orang Negeri Sembilan selalunya panggil ikan keli yang duduk dalam sungai tu sebagai ikan sembilang. Kalau ikan sembilang yang duduk dalam laut tu, Orang Negeri Sembilan panggil Ikan Sembilang Laut. Perkataan 'panggil' dekat sini bermaksud 'gelar' atau 'beri nama'. Bukannya panggil yang sama maksud dengan 'tegur', 'ajak' atau 'jemput'. Aku takut nanti korang salah paham pulak. Nanti korang ingat orang NS ni suka duduk tepi sungai dan panggil ikan tu "Ikan sembilang.. ooo ikan sembilang.. jom gi minum". Kalau macam tu dah jadi macam kes cerita Bawang Merah yang panggil mak dia yang dah jadi ikan kaloi dalam kolam tu.

Dekat sungai kawasan rumah aku tu memang banyak ikan sembilang. Senang aje nak memancingnya. Selalunya kitorang carik cacing sebagai umpan. Nak dapatkan cacing pun senang aje. Cangkul aje tanah, melambak-lambak la cacing keluar. Lepas masukkan cacing tu kat mata kail, kena ludah dan baca jampi:

Cing-cing-cing,
Budak jahat suka tekencing.

Baru boleh senang dapat ikan. Ini kalau aku tipu ni korang percaya aje la ye.

Cakap pasal cacing ni aku teringat pulak masa kekecik dulu aku pernah kena kecacingan. Mak aku bagi makan ubat yang bernama 'Combantrine' kat aku. Melambak-lambak cacing keluar kalau aku berak. Tapi aku takdela pakai cacing tu untuk buat umpan. Korang ingat aku ni pengotor ke apa? Mentang-mentanglah hari tu aku asyik cerita pasal bontot orang aje. Tapi kalau pagi-pagi aku berak dekat sungai tu, kadang-kadang berebut-rebut ikan-ikan sembilang nak makan taik aku. Aku tak tau la diorang nakkan taik aku ke atau cacing dalam taik aku. Korang tanyalah ikan tu sendiri. Itupun kalau korang tak segan.

Teknik memancing ikan sembilang ni senang aje sebab mereka suka duduk dekat air keruh. Bukan Ayer Keroh kat Melaka sana. Kan aku tulis huruf 'a' dengan 'k' tu pakai huruf kecik. Itu maksudnya kata nama am. Haa.. kitorang kocak-kocakkan air sungai dekat Hulu untuk bagi air sungai kat Hilir tu keruh. Ini aku main tibai aje tulis hulu dan hilir ni. Kalau salah, salahla. Lepas tu taruk aje mata pancing, tak sampai seminit, dapat la ikan. Aku selamba je pegang ikan sembilang tu pakai tangan. Tak pernah kena sengat pun. Kalau nasib tak baik dapat labi-labi.

Masa dulu sebelum aku dapat tengok rupa labi-labi yang sebenar, aku bayangkan yang 'labi labi' tu adalah makhluk berserban dan berjanggut. Korang nak tau kenapa? Sebab aku kompius antara labi-labi dengan nabi-nabi. Angah pernah takutkan aku supaya tak pergi dekat sungai sorang-sorang. Nanti labi-labi kejar. Aku yang tak tau rupa labi-labi pun terbayangkanlah macam rupa nabi walaupun aku tak tau rupa nabi tu macam mana. Mungkin sebab dekat tv ada cerita Arab pasal kisah Nabi Muhammad, aku bayangkanlah labi-labi tu macam orang Arab. Bila first time aku nampak rupa labi-labi, baru la aku tau yang rupanya macam kura-kura.

(psss.. ada tak agaknya orang Arab yang baca blog aku ni? Sori ye Osama Laden)

Kura-kura dalam perahu,
Labi-labi dalam bot,
Dalam sungai ada buaya,
Tiba-tiba je ikan jaws lalu.

Apa benda aku merepek ni?

Satu hari tu aku meredah sungai tanpa pakai kasut. Aku tak ikut nasihat "Puspa Wangi" dalam cerita Musang Berjanggut supaya pakai kasut dalam sungai. Jadi aku pun terpijaklah kaca. Patutlah sakit aje rasanya. Koyak ibu jari kaki kiri aku. Lebar jugaklah. Aku menangis bagai nak rak. Nasib baik ada sorang pakcik tu angkat aku bawak balik rumah. Diorang ikat betis aku dengan getah tayar. Nak bagi darah tak keluar banyak kot. Sakit siol. Nak pergi klinik bukannya dekat-dekat. Diorang taruk minyak dan balut aje la luka aku tu. Nasib baik tak habis darah aku keluar. Sampai sekarang ni ada lagi kesan luka tu. Kalau tak caya, nanti aku ambik gambar tapak kaki aku dan masukkan dalam ni. Sebelum ambik gambar tu aku nak make sure aku pakai stokin masam. Nanti bila korang bukak aje blog aku, keluar bau masam dekat speaker PC korang.

Sebenarnya lepas semayang jumaat tadi aku makan nasik dengan ikan sembilang sebab tu la aku cerita pasal ni. Sori kalau tak best. Selamat Tahun baru dan selamat bercuti.

Azam aku pada tahun baru ni ialah untuk mengurangkan berat badan sebanyak 3kg sebulan. Boleh percaya ke? Tengok la nanti..

Take care you all.. chow!

7 comments:

Unknown said...

Dude...selamat tahun baru to you too...

Zetty said...

oghang ghombau takdo poie mancing dah. masuk yo pasar ghombau tu, dapek la boli sokilo dual Jgn lupo kotok kopalo eh dulu.

Dalam sungai ada buaya,
Tiba-tiba je ikan jaws lalu,
Akhir kata dari saya,
Taiko dan bini....Selamat tahun baru!

Unknown said...

YAKIN BOLEH! BOLEH KURUS!

Anonymous said...

hello jam,remember me. terus trang aku katakan yang aku sezarah pun tak percaya yang kau akan berjaya menguruskn badan kau.

Izham Miyake said...

Taiko!

Aku sungguh menyokong kau nak mengkuruskan badan.

Cubalah try product sendayu tinggi. Tapi macam mahal sikit.

-Mati Lemas-

Hahahah!

Suraya said...

pegi jek fitness first. u'll surely be a few thousand ringgit poorer n a few kilos lighter! ;)

Anonymous said...

A'kum,
tah la. rasanya elok bangun pagi2 gi mandi (cairkan lemak kat kulit badan) terus solat, minum air sejuk (air mati - istilah org kuala kangsar) bebanyak, buat senaman pagi/petang, dan doa padaNya :)

- http://oldsiska.blogspot.com/
- http://rumbye.blogspot.com/