Monday, August 14, 2006

Pencopet Terhebat

Enuff cerita pasal B'day. Dah basi dah... Nampaknya setahun saja lagi untuk aku mengecap umur 20an. Bulan lapan tahun depan aku dah jadi 30an. Tidaaaaaaakkkk.. Dulu masa umur 20 tahun, bangga je sebab macam dah jadi orang dewasa. Ni nak masuk 30, dah rasa tua dah. Kalau ada mesin masa kan best? Boleh la aku patah balik 20 tahun dari sekarang. Boleh la aku jumpa aku. Tengok betapa comot dan compang-campingnya aku dulu.

Hmmm.. hari ni aku nak cerita pasal satu kisah jenayah yang aku dah buat masa aku umur sepuluh tahun dulu. Kisah yang pertama ialah kisah mencuri di kedai, manakala kisah yang kedua pulak ialah mencuri di kedai.

Hari tu hujan lebat. Kedai runcit tingkat bawah kat Blok D6 kepunyaan Makcik Kedai dan Pakcik Kedai tu dah tutup. Aku tak pasti kenapa kedai diorang dah tutup padahal hari masih lagi petang. Korang dapat analisa tak kisah aku ni?

1. Hari Petang
2. Hujan Lebat
3. Kedai dah tutup

Orang tua-tua kata, waktu hujan-hujan memang enak untuk.. errr.. untuk.. tidur. Ya, maksud aku.. untuk tidur.

Tuan kedai tu terlupa nak tutup tingkap. Aku dengan kawan aku iaitu Sham berjaya menyeluk kedai tu dari luar tingkap untuk mencapai sekotak sticker-sticker peraduan Thundercat. Ye laaa... Pakcik Kedai tu tengah main 'pedang Thundercat', aku ada peluang la curik sticker Thunder! Thunder!! Thundercatt!!! HOOOOOoo!!! Terus kitorand lari ke arah kawasan pembinaan rumah baru dekat Taman Melati sana. Masa dulu Taman Melati tu baru nak buat rumah teres. Kitorang sorokkan dekat situ la.

Esoknya baru la kitorang bukak bungkusan sticker tu satu-satu untuk carik yang mana ada cop. Dalam sekotak tu, ada satu je yang ada cop. Itu pun yang dapat hadiah cikai punya. Penat je curik. Tapi lepas tu aku rasa macam takut-takut je nak pergi kedai tu. Aku rasa macam Makcik Kedai tu tau je yang aku yang curik. Tu la.. sapa suruh lupa nak tutup tingkap. Mesti gelojoh gila masa diorang nak err... nak tidur. Ya, maksud aku masa diorang nak tidur petang tu. Sampai terlupa nak tutup tingkap.

Cerita yang kedua pulak, kisah kat kedai lain. Apa nama kedai tu aku pun tak ingat. Mak suruh beli minyak kelapa. Takkan nak beli minyak motor pulak. Mak bagi aku seringgit. Duit seringgit tu dah buruk sikit. Memang senang kenal la duit tu. Sesampainya dekat kedai. Aku terjumpa lagi Sham. macam takde orang lain pulak. Memang partner in crime betul la dia ni. Dari skodeng bontot Pakcik Ramli sampai la nak mencurik. Bila dia tau aku nak beli minyak, dia suruh tunggu dulu. Kedai tu tengah busy sebab ada supplier biskut nak hantar biskut2 dalam tin besar. Alaaa.. yang kita boleh nampak wajah biskut tu dari luar tin tu. Boleh beli pakai timbang kati je.

Masa kedai tu tengah busy, ramai pulak pelanggan datang. Tak terlayan la tuan kedai tu. Maka Syam pun menyuruh aku supaya ambik minyak tu dan belakon macam dah bayar, terus keluar kedai. Syam pulak curik biskut satu tin besar. Dia ambik biskut tu dari tokeh biskut tu selamba aje. Mungkin tokeh biskut tu ingat Syam tu pekerja kedai. Tuan kedai pulak ingat Syam tu pekerja Tokeh Biskut. Power sungguh ilmu curik dia.

Aku pun balik la hantar minyak kat rumah. Lepas tu terus turun untuk gi main bola. Bila dah habis main bola, terasa la haus. Duit seringgit yang sepatutnya aku beli minyak tadi ada. Boleh la beli aiskrim pop yang boleh patah dua tu. Aku seluk poket, alamaaakkk... mana pulak duit aku cicir ni? Sioll.. buat penat je curik minyak. Bila aku balik dari main bola, Mak tegur aku.

Mak: Beli minyak kat mana tadi?
Aku: Kat kedai (heh heh.. ni aku reka-reka je ni. Mana la aku ingat perbualan yang sebenar)
Mak: Berapa ringgit?
Aku: Singgit laa..
Mak: Bayar tak?
Aku: Laa.. takkan la tak bayar..
Mak: Abih.. ni.. duit singgit ni macam mana boleh ada kat sini ni??

Cisss... patutla hilang duit tu. Rupanya masa aku tergopoh-gapah nak gi main bola tu, duit tu dah jatuh kat lantai. Aku sengih aje la as usual. Mak pun gelak aje la. Takde la pulak Mak suruh bayar balik. Dia ambik balik la duit tu. Siol je.

Teringat pulak kes duit lima posen masa aku duduk setinggan dulu. Tapi masa tu memang aku dah bayar la. Sebab masa tu aku tak sekolah lagi. Tak memerlukan duit ni. Bila dah derjah empat ni, duit tu boleh beli macam-macam ooo... sebab tu jadi gang M-16 heh heh heh..

9 comments:

Anonymous said...

Apa dah jadi ngan Sham tue sekarang... silap2 dah jadi....(?????) hehehe

Anonymous said...

Alaaa.. yang kita boleh nampak wajah biskut tu dari luar tin tu.

biskut pun ade wajah ker.. hehe. anyway blog ni mmg best and lawak giler ok..

terabot said...

taiko, alahai...pandai sangat buat conclusion, ujan, etc..tu..kecik2 dah pandai buat conclusion....

13may said...

Analisa aku:
Kedai akan ditutup apabila hujan turun pada sebelah petang kerana tak sabar2 nak....errr...maksud aku...nak tido ler:P

boleh ker camni?

Izham Miyake said...

Analisa aku:

1. Ko pernah terkantoikan bunyi pakcik & makcik kedai tu buat projek 'tidor' masa kedai tu tutup.

2. Ko tengok citer blue sejak umur 4 tahun sebab itu ko tahu.. hahahahaha.. :p

NORDIN ABD RASID said...

kalu kira kasta kejahatan kau time tu dah tinggi tu.. tapi kanak2 apa ada hal..dulu zmn kanak2 kalu rab* pompuan rutin mingguan malah ada yg ketagih smpai tiap2 hari.

p/s: pastinya kanak2 itu bukan aku.

Anonymous said...

LOL

Besar tu tin biskut nak angkat bawak lari.

Taiko said...

uda: panjang ceritanyaa.. sabarrr.. sabar..

finaz: awak syafinaz juri One In A Miilion tu ke? kenapa awak reject kawan saya Izham (Tenno miyake) masa dia gi audition dulu? heh heh..

Terabot: heh heh

13May: ye.. itulah maksud saya! (macam iklan McDonald kat TV)

Tenno: Tak pernah la aku kantoi diorang. Tapi, aku start tertengok citer blue start dari iTTM la.. sebelum tu aku teruna suci.

nordinar: cesss.. mengaku aje la.. berkias-kias pulak. Kau ada raba cikgu tadika ke dulu?

wan: betul wa cakap lu.. tak tipu. Italian Job maa,..

Taiko said...

eh silap.. darjah 2 aku dah tengok citer blue dah. Tajuk dia 'Blue Thunder'. Cerita pasal helikopter (sebelum Airwolf)