Cuba korang bayangkan kalau korang jadi Abah aku. Heheh.. sorry.. tetiba aje aku suruh korang bayangkan jadi Abah aku pulak. Buang tebiat ke apa? Maksud aku cenggini. Abah ada 5 anak masa tu (1987):
1. Along - Form 2
2. Angah - Form 1 kat MRSM Kerteh
3. Bangchik - Darjah 6
4. Aku - Darjah 4
5. Apis - Tadika
Dengan pendapatan yang tak sampai RM1000, memang la tak cukup. Tahun depan aje (1988), kelima-lima anak dia masuk sekolah. Perghhh.. memang getir ujian Abah aku. Macam-macam cara dia buat untuk tambah rezeki. Termasuk la main nombor ekor. Malangnya, beli nombor ekor tak pernahnya kena. Cakap pasal nombor ekor ni aku teringat la masa dulu Abah ada tulis nombor-nombor kat kertas kecik, lepas tu gulung, lepas tu masuk dalam mug yang ada penutup. Lepas tu goncang-goncang mug tu. Dia suruh la aku, Bangcik, Along, Angah semua ambik sorang satu kertas kat dalam tu. Yang mana yang kitorang cabut tu la yang dia beli. Kadang-kadang sampai berkeping-keping kertas Toto dengan Magnum kat rumah aku. Kalau nak balik kampung, sempat lagi singgah kat kedai 4D kat Batu 6 Gombak sana. Dari beli nombor ekor, baik beli sup ekor, boleh gak makan dengan nasik. Tapi sekarang Abah dah insaf.
Petikan filem Ragam P.Ramlee:
Cekok cekok ah!
Cekok cekok ih!
Ekor ekor ah!
Ekor ekor ih!
Aah ah ah!
Ih ih ih!
Hilang gigi tinggal gusi! Fuuuuuuuuhhh...
p/s: kelakar siot masa part ni. Ada satu part lagi yang P.ramlee nak mintak nombor ekor kat hantu perigi. Rupanya yang datang tu bukannya hantu, tapi orang tua yang nak berak bertenggek kat atas perigi tu. Hahahahah.. kelakar siut cerita ni.
Ada satu lagi projek Abah aku, iaitu nak ambik emas kat Jin Tanah. Dia dengan geng-geng dia la. Korang tau ke macam mana rupa Jin Tanah? Jin Tanah la yang menjaga segala harta karun kat dalam tanah termasuk la Tanah Rezab Melayu. Macam-macam barang-barang lama yang diorang kumpul sebagai alatan untuk memanggil Jin Tanah. Ada gading gajah, ada gigi gajah, ada sterika lama. Laaa.. patut la seterika arang yang kitorang guna masa duduk kat setinggan dulu dah takde. Abah dah rembat rupanya. Ye laa.. sejak duduk rumah flat, kan ada letrik. Dah tak pandang dah seterika arang ni. Diorang ramai-ramai masuk hutan sebab nak tarik emas dari dalam tanah. Tak pernah pun dapat. Buang masa dan buang duit aje. Entah-entah Jin Tanah tu gelak je tengok geng-geng Abah aku punya kerja. Baik duit tu beli seluar Jin (jeans), boleh gak pakai untuk lepak-lepak kat Pertama Kompleks. Tapi sekarang Abah dah insaf dan menjadi Insan yang soleh.
Ada jugak benda-benda mistik dan bistik yang lain tapi aku tak ingat. Cakap pasal benda mistik ni aku teringat la ada bomoh pompuan tua yang selalu buat-buat tangkal untuk family aku ni. Masa kekecik dulu aku pakai tangkal kat tangan. Apa fungsinya aku tak tau la. Ada satu malam tu kat rumah Makteh aku, bomoh tu ada datang untuk buat air-air jampi ni. Ramai orang datang masa tu. Dia campakkan berteh beras dalam air dalam besen. Lepas tu dia cakap. "Hah! Tengok tu! kan ada bentuk hantu tu?" Dia kata bertih beras yang terapung dalam air tu menjadi bentuk hantu. Aku tengok takde pun. Ye la.. kalau dah terapung-apung dalam air, macam-macam bentuk boleh jadi. Mungkin dia ingat bertih-bertih yang kaler putih tu berkumpul membuat bentuk hantu Casper. Lepas tu dia macam naik syeh. Siap jalan-jalan dalam rumah, angkat kain sampai paha jadi macam cawat. Seksi jugak. Putih je kulit dia. Nasib baik la orang tua. Kalau tak, sure ada budak muda yang buat 'modal'. Ha ha ha.
Apa aku nak cerita tadi? Sambung balik.
Disebabkan budget family aku yang manjang tak cukup aje tiap bulan, Abah decide untuk meniaga nasik lemak kat opis dia. Haa.. dapat pun cara yang halal. He he.. sebenarnya aku nak cerita pasal aku jadi tokeh nasik lemak. Sambung lain kali la..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Abah ko yg masak ker.... Mak ko yg masak nasik tue taiko?
kalau citer boleh tak abis...huwaaa....taiko selalu camni...jangan marah brader...aku tunggu ko punya lain kali...
dulu aku dok follow satu nombor....tiap2 kali tikam nombor tu saja...dekat 1 bulan....last2 bila aku stop..teruih naik first prize...tak guna betoi...start dari hari tuh...aku dah stop main nombor...ceh! buang duit saja....betoi kata hang...baik beli sup ekor...xpun beli nasi lemak....hehehehe..
kat mana tu taiko?
boleh aku singgah.
lauk paru ada tak?
wow citer best arr... klu ada masa lawat la blog aku
Erm... tumpang skaki... best juga.. citer hang.. betuila..
buang masa main ekor nie... Apa2x pun tokey ekor yang untung..
oklah... CHow!
Erm... tumpang skaki... best juga.. citer hang.. betuila..
buang masa main ekor nie... Apa2x pun tokey ekor yang untung..
oklah... CHow!
uda: kengkadang mak, kengkadang abah..
terabot: sabarrr.. sabarrr
13may: insaflah wahai ummat! err.. kalau ada nombor bagus, bagitau la ha ha ha
boogie: tu dulu laa.. sekarang mana ada
Hazurahammzah: terima kasih kerana datang..
Sunan_Jati: nama hang ni takut aku..
ko jual nasi lemak yang makan habis ke yang makan tak habis?
Post a Comment