Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya 2008

Memandangkan ini adalah entry terakhir aku di bulan puasa tahun ni, aku nak cerita sikit la pasal beberapa perkara yang bersangkut paut dengan puasa dan perkara yang berkaitan.


1. Masa kekecik dulu niat membaca puasa telah diubah kepada 'Nawaitu Saumaghodin, Nasik disuap, lauk ikan sardin'. Aku memang suka makan sardin. Sambal sardin, masak lemak cili api sardin, kari sardin, karipap sardin, sandwich sardin, semua aku suka. Tapi aku tak suka masuk dalam bas mini yang penuh macam sardin. Kecuali kalau dapat berimpit dengan akak-akak yang vogue dan mantop. Kalau tergesel-gesel, buat muka sardin aje. Sardin pun jeles tengok orang yang buat muka sardin. Ohhh... cakap pasal niat juga, korang tau ke niat apa yang boleh membuatkan korang dapat banyak harta? Jawapannya ialah 'niat insong matekaji semarengiseng!'

2. Makan sahur adalah amalan sunat yang penting sebab nanti siang takdela lapar sangat. Makan sayur pun penting untuk memastikan makanan kita dapat dihadam dengan sempurna. Kalau tak, nanti kena sembelit macam aku pagi tadi. Gila punya siksa aku nak meneran. Hampir aku putus asa lah. Tapi semalam aku dah makan sayur terung. Yang aku pelik, terung yang aku makan tu jenis yang kecik punya. Tapi apa pasal bila aku berak, keluar terung jenis yang besar punya? Takkan dia sempat membesar dalam perut?

3. Pasar Ramadan memang satu tempat yang sesuai untuk membeli makanan berbukak puasa. Tapi kadang kadang harga makanan kat pasar ramadan ni cekik darah betul. AKu rasa macam nak cekik-cekik je para peniaga tu sampai keluar darah. Maksud aku dengan para peniaga tu ialah peniaga yang ramai-ramai tu. Bukannya para yang diorang gunakan untuk meletakkan makanan diorang tu. Kalau aku cekik para tu, peniaga tu sempat la cekik aku balik. Tapi kalau dia cekik aku, aku pun cekik dia jugak. Jadi la peristiwa cekik mencekik. Kalau kuat sangat, pergi la cekik leher zirafah! Berani?

4. Makanan yang jarang orang masak masa bulan lain, tetapi ramai orang masak masa bulan puasa ialah bubur lambuk. Bumbur lambuk ni aku tak suka sangat. Nama dia pun tak sedap iaitu lambuk. Mana diorang dapat perkataan lambuk tu, aku pun tak tau la. Kalau nama dia bubur lambak, mungkin sebab diorang kena lambak-lambakkan bahan masakan tu. Orang yang masak pun, janganlah telur terlambak pulak. Malu nanti kalau orang tengok. Kalau pakai kain pelekat, jangan la buat joget lambak di khalayak ramai. Nanti kain terlambak, sapa yang malu?

5. Berbukak puasa memang seronok kalau beramai-ramai. Kenapa kita guna perkataan 'berbuka'? Kita tak tutup pun puasa kita kan? Tiba-tiba aje nak bukak? Ini satu persoalan yang menjadi dilema dalam diri aku sekarang ni. Apa yang kita bukak? Ye la.. kita bukak mulut sebab nak makan. Tapi, kenapa masa lepas sahur kita tak cakap kita bertutup puasa? So.. apa kena mengena persoalan aku ni dengan ayat pertama aku tadi iaitu 'Berbukak puasa memang seronok beramai-ramai?'. Ahhh.. lupakan aje la.. baca aje la point yang seterusnya.

6. Sembahyang Terawih masa awal-awal Ramadan memang penuh masjid. Tapi dah nak masuk minggu ke dua dan ke tiga puasa makin lama makin kurang orang pergi masjid. Mungkin ramai orang takut nak keluar rumah sebab bulan dah nak mengambang. Kalau bulan mengambang, drakula dengan werewolf akan berkeliaran. Oh.. lupa pulak.. bulan puasa hantu kena ikat. Hmm... Jadi, kenapa diorang tak berani gi masjid ha? Hmmm.. mungkin diorang adalah darah keturunan orang-orang Saiya seperti cerita Dragon Ball. Kalau diorang tengok bulan mengambang, diorang akan jadi kingkong yang besar. Bagi yang tak baca cerita Dragon Ball, abaikan aje la. Kalau nak baca, datang la rumah aku. Ada complete set. DVD complete series pun ada. Buat pengetahuan korang, sebenarnya Dragon Ball ada tujuh bijik semuanya.

Cukuplah 6 point. Aku update ni pun sekadar melepaskan batuk ditangga. Tak ikhlas/sincere pun. Hheheheh...

Sebanarnya aku nak ucap Selamat Hari Raya aje. Tapi tak sampai hati la pulak kalau takde apa-apa cerita.

So, aku nak ucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
&
Maaf Zahir Batin

kepada semua pembaca blog aku yang takde faedah ni. Kalau aku ada terkasar bahasa, menyinggung hati dan perasaan korang, aku mintak maaf banyak-banyak le. Balik kampung tu bawak kereta berhati-hati ler. Kalau naik bas pun berhati-hati jugak. Biar lambat tak apa, asalkan selamat. Tapi, aku mesti nak bawak laju jugak. Kalau slow aku mengatuk, lagi bahaya kan?

Bye...

Tuesday, September 09, 2008

Peristiwa Paling Ngeri Di Bulan Ramadhan

1. Bulan lepas adalah bulan aku dilahirkan... sebab tu aku cuti sebulan dari menulis kat blog.. So, sapa yang jengah-jengah blog aku tapi still takde update, aku mintak maap je la ya. Lagi pun, aku tak mintak korang bayar pun everytime korang cek blog aku. Heheheh... kuang hajar je bunyiknya kan? Sila baling saya dengan bijik getah...

2. Tahun ni cukup menarik sekali sebab 1 September sama harinya dengan 1 Ramadhan. Kedua-duanya adalah bulan yang ke sembilan dalam kalendar masing-masing. Senang je nak kira berapa hari lagi nak rayal betul tak? Apa macam korang punya puasa? Puasa ke.. puas??

3. Disebabkan sekarang bulan puasa, aku nak cerita pengalaman aku pasal puasa la kan.. Kalau aku cerita pengalaman aku mengendap Pakcik Ramli berak kat sungai, macam tak relevan la pulak dengan bulan Ramadhan yang mulia ni. Pahala pun boleh kurang. Korang paham la yang aku tulis ni setakat lawak-lawak bodoh nak isik masa lapang aje kan? Jangan la pulak ada ustat yang sound aku dengan bagi fatwa 'mengendap orang berak tu haram'. Kalau korang nak tau lebih lanjut, baca la komen kat entry aku yang sebelum ni.

4. Masa aku sekolah menengah tingkatan dua, aku ada sorang kawan yang aku malas la nak cakap sapa nama dia kan.. Nanti dia terbaca aku punya blog, dia saman aku, susah la aku. Mana aku nak carik duit. Raya dah nak dekat ni. Kalau aku tak boleh bayar, aku masuk dalam jel, macam mana aku nak update blog? Haa.. kalau aku tak masuk jel pun, 2 bulan sekali update blog, apa citer ye tak? Baik aku masuk jel aje. Tapi sebagai pelawat la.. Macam main Monopoly atau Saidina la. Kalau pelawat, tak payah bayar denda. Kalau betul-betul masuk penjara, sama ada kena bayar denda atau baling dadu maksimum 3 kali. Kalau dapat double, baru boleh keluar. Kalau tak dapat double, kena bayar denda double. Makan keropok double decker pun sedap.

5. Apa tadi? haa... member aku ni gigi depan dia rongak dan ada kaler itam sikit-sikit. Mesti masa kekecik dia suka makan gula-gula, lepas tu tidur tak gosok gigi. Mentang-mentang la bapak dia ada kedai runcit, mesti dia cilok gula-gula yang seatutnya dijual. Ehh.. ni aku kira mengumpat ke ni? Abis la pahala puasa aku. Korang sebagai pembaca pun dikira bersubahat jugak. Baik korang beristighfar segera.

6. Satu hari di bulan puasa, aku dengan member aku ni pun jalan-jalan la kat area Pertama Kompleks tu. Cess.. dah sampai point ke 6, baru aku nak start masuk cerita puasa rupanya. Tapi takpe.. aku teruskan jugak bercerita. Aku jalan-jalan pergi main game la, pergi tengok kaset la.. pergi tengok video tape la.. pergi carik seluar jeans la.. sampai la kat Campbell Kompleks. Masa tu tengahari beb. Panas giler. Macam kena panggang. Aku tau, korang mesti nak cakap "neraka lagi panas" kan?

7. Bila cuaca panas dan rasa dahaga, singgah di gerai ais kacang di minta.. susu dan jagongggg.. kacang dan lengkongggg.. air gula berwarna... (ehh,.. ni lagu ais kacang yang aku belajar masa sekolah rendah dulu. Siap kena lukis gambar ais kacang dalam buku latihan Muzik).

8. Kalau dah panas tu tekak pun kering ler. Kalau tekak kering, kita rasa haus giller ler.. Memang aku rasa haus giler masa tu. Suhu persekitaran masa tu aku tak ingat la berapa fahrenheit, tapi memang panas la. Beruang kutub pun tak tahan kalau kena panas macam tu. Jadi aku dengan member aku tu pun mempertimbangkan la untuk membatalkan puasa kitorang secara sengaja kat tengah bandar tu. Takkan nak korek idung aje beb? Korek idung bukan boleh hilang haus pun kan? Kalau dapat minum air gas sedap ni.. he hehe..

9. Tapi.. nak beli air kat mana beb? Dan nak minum kat mana beb? Aku tak nak le tak pasal-pasal kena angkut dalam black maria, then kena tidur kat lokap. Kalau masuk dalam Utusan Malaysia, malu la aku dan keluarga aku. Lama jugak aku dengan member aku tu pikir nak minum ke tidak. Last-last kitorang decide nak beli air tin gas perasa oren kat vending machine aje. Sebab vending machine tak boleh buat muka suspicious sambil berkata dalam hati "Tak puasa ke mamat ni?". Bijak tak aku punya strategi?

10. Kat Campbell Kompleks tu ada satu vending machine yang agak tersorok sikit. Tapi takut-takut jugak kitorang nak gi beli. Ulang-alik ulang alik depan vending machine tu. Kalau vending machine tu boleh bercakap, mesti dia sound "Hoiii.. nak beli, beli aje la. Takut ke?". Last2 kitorang berjaya jugak beli air oren F&N sorang satu. Tanpa ucap terima kasih pun kat vending machine tu, cepat-cepat kitorang masuk air tu dalam poket. Poket pun nampak kembung ajer.. Nasib baik takde poket kat zip depan. Kalau tak, nampak kembung, mesti orang ingat lain pulak.

11. Satu masalah lagi... mana nak minum? Korang agak tempat kat mana yang paling selamat? Takkan nak bawak balik minum kat rumah pulak. Jadi, tempat yang paling sesuai ialah kat jamban laaa... kat mana lagi? Kitorang masuk tandas awam yang kena bayar doposen tu la... Aku masuk kat jamban tu, mak aiii... bau kencing kuat giler.. Korang tau la tandas awam zaman dulu. Taik pun melepet-lepet kat jamban tu, takde orang basuh. Tapi aku gagahkan jugak membukak air tin tu dan minum tanpa baca doa minum atau doa berbukak puasa. Bismillah pun tak sempat.

12. Baru dalam seteguk dua, aku dah tak tahan. Dah la air oren warnanya oren. Air kencing pun warnanya oren jugak. Minum air oren di dalam jamban yang berbau kencing yang berwarna oren jugak telah mengakibatkan aku terasa seolah-olah aku sedang minum air kencing. Terus aku muntahkan balik air oren tu dan keluar dari jamban yang sungguh berbau tungkik. Lari tanpa ada niat untuk menoleh ke belakang lagi. Bak kata orang putih, keep moving forward, don't reverse sensor yourself.

13. Aku menyesal. Dah la puasa aku aku batal. Minum pun tak puas. Kalau aku tau, aku komor-komor dengan air paip kat surau aje lagi bagus. Lepas tu telan la sikit-sikit. Lepas tu pura-pura ambik air semayang. Lagi bijak betul tak? Itu lah peristiwa paling ngeri pernah aku alami di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.

14. Untuk adik-adik dan abang-abang, kalau nak membatalkan puasa tu, carik la jamban yang bersih sikit ya.. Ishh.. karang aku cakap macam ni, ada pulak ustaz yang kata aku ni tak paham hukum puasa pulak.

Selamat berpuasa.

Puasa Yang Yen,
Batal Puasa Minum Oren.

Puasa Yang Yan,
Minum Oren Dalam Jamban.

Yin dan Yang pun ada kaitan dengan puasa ke?