Friday, December 17, 2010

Brick Game


1. Dengan muka tak bersalah, hari ni aku nak update blog.

2. Ceritanya macam ni.

(yahuuu.. senang je nak dapat 2 point. Kita terus ke point ke 3)

3. Masa sekolah dulu aku cuma seorang student. Mana ada gaji. Bengkrap la Kementerian Pelajaran kalau semua student ada gaji. Bila ada gaji, ada la payslip. Bila ada payslip, boleh la buat personal loan dengan Bank Rakyat dan masuk MLM tertentu dan bersedialah untuk dipulau oleh kengkawan dan guru disiplin.

4. Gaji yang aku ada pun cuma gergaji besi yang aku jumpa dan kutip kat rumah setinggan yang dah takde orang duduk kat sinun. Tu pun dah bekarat. Kalau aku gergaji badan orang macam citer Chainsaw Massacre, orang tu boleh dapat penyakit kancing gigi la. Bukan kencing gigi. Mana ada orang kencing keluar gigi. Tersumbatlah lubang kalau macam tu. Manakala kencing kat gigi orang pula adalah satu aktiviti yang tak bermoral.

5. Bila takde gaji, aku pun takde la duit yang cukup untuk beli barang2 keperluan yang ada dijual kat pasar malam seperti Brick Game dan kaset cetak rompak. Masa zaman tu, main brick game (tetris) adalah satu hobi yang top di kalangan rakyat Malaysia tak kira la tua, muda atau janda. Trut trutt truttt bunyik dia. Boring boring, main brick game. Tengah tunggu bas main brick game. Tengah berak pun boleh main brick game. Sampai tak sedar yang kita belum cebok lagi walaupun dah 4-5 ketul brick yang kita teran keluar dan masuk ke jamban. Jatuhkan dan susun aje la elok2 dalam mangkuk jamban tu. Agak agak dapat buat satu layer, flash kan jamban tu bagi brick brick tu semua hilang. Then, sambung balik jatuhkan brick yang baru. Lama lama boleh naik level. Makin tinggi level, makin lajulah brick yang kita kena keluarkan. Kalau brick tu dah melimpah keluar dari jamban, baru game over.

6. Aku rasa baik aku berhenti kat sini sebab aku nak cerita pasal lain sebenarnya tadi. Sambung minggu depan, insyaAllah

7. Inilah gamba brick game. Hensem kan?