Pantun Nasihat dari aku hari ini...
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Bau badan penagih dadah,
Macam taik bercabang tiga.
Buah cempedak di luar pagar,
Ambik galah tolong jolokkan,
Buang anak di tepi pagar,
Sebab selalu kena jolokan.
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebijik di atas peti,
Rompak kedai emas sebab nak kaya,
Kalau kantoi kena hukuman mati.
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Mati pucuk sebelum waktu,
Bini yang curang carik lain jantan.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau nak umur panjang,
Hentikan minum arak, wine dan todi.
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Dua tiga beg tangan orang kau bawak lari,
Nasib tak baik kena tumbuk terajang.
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau berkongsi jarum masa isap dadah,
Kena HIV baru kau ingat mati.
Anak rusa nani,
Lari kembang ekor,
Kat rumah dah ada bini,
Kenapa kau carik pelacur?
Buai laju-laju,
Sampai cucur atap,
Merempit laju-laju,
Kepala putus terbang sampai atap.
Gendang gendut tali kecapi,
Perut gendut makan duit rasuah setiap hari.
Hari ini hari Jumaat,
Hari esok hari sabtu,
Jangan jadi orang jahat,
Nanti mati jadi hantu.
Kesimpulannya: jangan buat benda jahat kalau tak nak jadi hantu.. Buruk muka hantu ni. Kalau tak caya, korang tengok la cerita Zombie Kampung Pisang.
Wednesday, April 25, 2007
Friday, April 13, 2007
Ketiak Masam
Bau apa yang paling busuk? Stokin kotor? Belacan? Udang Hanyir? Susu basi? ROkok? Sila susun ikut tahap kebusukan masing2.
Ini adalah soalan peraduan sabun cuci baju Top.
Bagi aku bau yang paling busuk ialah bau stokin kotor. Memang masam. kalau tak caya cuba korang bau stokin korang. Masam tak? Tapi, petang ni paradigma aku telah bertukar. Aku rasa bau ketiak yang busuk lagi busuk. Sebab apa? Macam ni ceritanya tuan-tuan dan puan-puan.
Tadi aku nak turun untuk gi minum petang. Bila lif terbukak aje, ada sorang awek cun keluar. Then, bila aku masuk aje.. mak aiii.. BAU KETIAKKKK!!! Dalam hati aku, aku menganalisa apa punya busuk la ketiak awek tu tadi. Aku tercarik-carik la kot-kot kalau ada bulu ketiak yang gugur kat dalam lif tu tapi tak ada. Kalau aku jumpa, boleh la aku nyanyikan lagu Gugurnya Bunga Cinta nyanyian kumpulan Laksamana yang top pada tahun 90an dulu.
Bila lif tu sampai kat level 10 (opis aku level 16), ada sorang awek pulak masuk. Bila dia masuk je, muka dia berkerut tengok muka aku. SIALAN!!! Mesti awek tu ingat bau ketiak aku yang menguasai ruang lif tu. Masa tu baru aku terpikir, mungkin bau ketiak tu bukan berasal dari awek cun yang memula tadi. Kesian dia kerana aku telah memfitnah dia di dalam hati tanpa 4 orang saksi. Patutlah masa dia keluar lif tadi macam tergesa-gesa je.
Sampai ground floor, awek yang saspek bau ketiak tu ialah bau ketiak aku telah keluar dengan sepantas gerakan. Aku dengan bengangnya telah mengeluarkan kentut dalam lif tu sebelum keluar sebagai tanda protes. Seperti yang tuan-tuan semua sudah sedia maklum, saya memang boleh memanipulasikan kentut saya. Bila saya nak kentut, saya akan cuba keluarkan dengan paksaan. InsyaAllah akan keluarlah kentut baru. Saya memang seorang genius kentut.
Itu sajalah cerita aku hari ni. Sori sebab lama dah tak update. Malas laa.... heh heh heh.. syukurlah sebab aku terlibat dalam peristiwa ketiak busuk tadi. Kalau tak, sure aku tak update2 blog aku. Heh heh heh...

Subscribe to:
Posts (Atom)