Friday, April 13, 2007

Ketiak Masam

Bau apa yang paling busuk? Stokin kotor? Belacan? Udang Hanyir? Susu basi? ROkok? Sila susun ikut tahap kebusukan masing2.

Ini adalah soalan peraduan sabun cuci baju Top.

Bagi aku bau yang paling busuk ialah bau stokin kotor. Memang masam. kalau tak caya cuba korang bau stokin korang. Masam tak? Tapi, petang ni paradigma aku telah bertukar. Aku rasa bau ketiak yang busuk lagi busuk. Sebab apa? Macam ni ceritanya tuan-tuan dan puan-puan.

Tadi aku nak turun untuk gi minum petang. Bila lif terbukak aje, ada sorang awek cun keluar. Then, bila aku masuk aje.. mak aiii.. BAU KETIAKKKK!!! Dalam hati aku, aku menganalisa apa punya busuk la ketiak awek tu tadi. Aku tercarik-carik la kot-kot kalau ada bulu ketiak yang gugur kat dalam lif tu tapi tak ada. Kalau aku jumpa, boleh la aku nyanyikan lagu Gugurnya Bunga Cinta nyanyian kumpulan Laksamana yang top pada tahun 90an dulu.

Bila lif tu sampai kat level 10 (opis aku level 16), ada sorang awek pulak masuk. Bila dia masuk je, muka dia berkerut tengok muka aku. SIALAN!!! Mesti awek tu ingat bau ketiak aku yang menguasai ruang lif tu. Masa tu baru aku terpikir, mungkin bau ketiak tu bukan berasal dari awek cun yang memula tadi. Kesian dia kerana aku telah memfitnah dia di dalam hati tanpa 4 orang saksi. Patutlah masa dia keluar lif tadi macam tergesa-gesa je.

Sampai ground floor, awek yang saspek bau ketiak tu ialah bau ketiak aku telah keluar dengan sepantas gerakan. Aku dengan bengangnya telah mengeluarkan kentut dalam lif tu sebelum keluar sebagai tanda protes. Seperti yang tuan-tuan semua sudah sedia maklum, saya memang boleh memanipulasikan kentut saya. Bila saya nak kentut, saya akan cuba keluarkan dengan paksaan. InsyaAllah akan keluarlah kentut baru. Saya memang seorang genius kentut.

Itu sajalah cerita aku hari ni. Sori sebab lama dah tak update. Malas laa.... heh heh heh.. syukurlah sebab aku terlibat dalam peristiwa ketiak busuk tadi. Kalau tak, sure aku tak update2 blog aku. Heh heh heh...

12 comments:

Rambo said...

Laaa Taiko.. aku ingatkan ko ada masalah erectal disfunction sebab tu ko lama tak update blog.. malas-malas pun naik pangkat yerr.. memang ajaib singh laah ko..

Mohd Azizul said...

Genius Kentut = Dewa Kentut...

ko nih adik beradik Mat Kent ker ???

Tenno Miyake said...

pagi tadi aku jumpa tobiaque dalam commuter.

aku rasa bau paling busuk ialah bau kaki afizal (ayam)

sekian terimas.

Twiggy said...

lif kekadang bleh jadi poisonous gas chamber..seriously

lilyliverbird said...

*phhhhhhhhhhbt*

booGie said...

Saya ketiak wangi.
Kentut wangi.
Itu wanita2 yang jelita bagitau.

mail said...

kalau zaman dulu2 ko mesti digelar 'pandai kentut'

Mak Su said...

la... kelakarnyer blog ko... orang nogori ker? kek kampung den dulu, dipangge orang cam ni, "kuek kontot"

cikPijah said...

kesian mangsa-mangsa seterusnya tu..

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Ala taiko ni lembab la.

Lain kali ko ada dalam lif camtu, tiap kali pintu dia buka, ko tekap hidung ngan tangan & buat muka kena torture la.

Gerenti tak ada org yg nak naik lif tu sekali ngan ko .... :D

13may said...

hahahaha!

Amira Zura said...

Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

Salam admin. Tumpang Iklan:-

Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
Wanita cantik bermula dari diri :)

[BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]