Wednesday, February 27, 2008

Si Tanggang vs Si Tonggeng

Aku mula dijangkiti sindrom malas belajar di akhir-akhir pembelajaran aku dalam tingkatan satu. Kepala otak aku asik ingat nak main, main, main. Pergi sekolah bukan nak belajar tapi sebab nak main. Bukankah main itu aktiviti yang bernikmat? Masa sekolah rendah dulu, ustat aku pernah cakap yang manusia ni ada 3 jenis nafsu yang utama iaitu nafsu makan, nafsu tidur, dan nafsu seks. Takde pulak nafsu main kan? Ohhh.. mungkin nafsu main dah termasuk dalam kategori nafsu seks. Mintak maaf, lupa pulak.

Disebabkan aku malas belajar, aku cuma dapat nombor 13 aje untuk peperiksaan akhir tahun. Cikgu kelas aku yang bernama Cikgu Johan agak musykil jugak sebab masa pertengahan tahun aku dapat nombor 3. Kira OK la daripada nombor 3 naik nombor 13. Ada peningkatan la maksudnya ye tak? Nasib baik tak dapat nombor 14. Orang kata kalau bangunan ada tingkat 14, mungkin ada hantu. Sebab tu kat opis aku ni lepas tingkat 13 ialah tingkat 13A, lepas tu terus tingkat 15. Tapi still ada hantu jugak sebab bila pukul 7pm je, aircond akan terpadam sendiri. Time tu kan hantu baru bangun tidur. Bila pukul 7am je, aircond terbukak sendiri. Haa.. masa tu hantu dah masuk tidur balik.

Seperti biasa, bila dah habis periksa, cikgu pun agak malas nak mengajar. Aku ingat, time time tu la diorang mengular gi Chow Kit Road, tengok orang jual minyak lintah. Jadi untuk meluangkan hari-hari tanpa kurikulum, cikgu-cikgu pun anjurkanlah pertandingan bakat pentas yang lebih kurang pertandingan Raja Lawak Astro. Ada yang menyanyi batul, ada yang menyanyi maiming macam Shah Rukh Khan, ada yang buat belakon berkumpulan dan ada jugak yang buat drama Bangsawan.

Nak dijadikan cerita, adalah sorang member baik aku ni nama dia Azalan, anak seorang pelakon drama yang bernama M Shahdan. M Shahdan ni selalu belakon jadi orang jahat dalam drama jenayah arahan Yusop Haslam. Bahkan, dalam salah satu episod drama polis tahun 90an yang aku tak ingat apa tajuk dia, tapi bukan Gerak Khas, sebab Gerak Khas belum ada lagi masa tu, si Azalan ni pernah berlakon jadi anak kepada A Galak, ataupun kalau sebut dalam loghat kelantan, A Galok, bukan A Golok, mahupun A Jolok. <-- (Panjang giler ayat aku)

A Galok ni pulak, memang terkenal dengan misainya yang tebal. Oh.. aku bukan nak cerita pasal A Galok. Mintak maaf sekali lagi.

Si Azalan ni pergi la mintak skrip daripada bapak dia ni cerita pasal Si Tanggang Anak Derhaka. Aku rasa semua orang tahu cerita pasal Si Tanggang ni. Sapa tak tahu tu, ada chan la nak jadi anak derhaka. Tapi, sejak kebelakangan ni, banyak pulak cerita cerita pendek lucah dengan file type .3gp yang menampilkan aksi Si Tonggeng. Takpe.. Malaysia Boleh! Berbalik kepada cerita Si Tanggang, kitorang satu kelas pun masuk la pertandingan pentas tu dengan mempertaruhkan drama Si Tanggang ni. Sebagai orang yang dapatkan skrip, Si Azalan ni la yang appoint diri sendiri jadi Si Tanggang. Aku setakat dapat jadi Nakhoda Kapal je. Ceh.. mentang-mentang lah perut aku buncit, memang sesuai jadi Nakhoda Kapal aje la. Ingat... Titanic pun aku boleh drive tau!

Menurut skrip, di akhir ceritanya, Mak Si Tanggang (lakonan Nurul Adiah Hani) ni akan sumpah Si Tanggang menjadi burung wak wak. Burung wak wak ni mungkin berdarah jawa, sebab tu nama dia Wak. Jadi masa training, memang skrip tu lah yang Mak Si Tanggang pakai. Tapi, pada hari persembahan, tetiba pulak Si Azalan suruh tukar skrip. Kena sumpah jadi batu pulak. Oh ya.. Pada hari persembahan, terperanjat jugak aku bila M Shahdan datang sekolah dengan membawak alatan bangsawan seperti baju bajuan, lembing, tombak dan sebagainya. Ini dah kira macam bangsawan betul ni. Kira markah pemakaian tu boleh dapat tinggi la.

Masa persembahan tu, semuanya berjalan lancar dan ikut skrip. Tapi part ending yang paling best:


Mak Tanggang: Ya Allah ya Tuhanku, kau tunjukkanlah kuasamu. Aku sumpah anakku menjadi burung wak wak.

Azalan: wak.. wakkkk.. waaaakkk.. (sambil mengibar-ngibarkan tangan, macam sayap la, dan terbang keliling pentas)

10 saat kemudian,

Mak Tanggang: Ehhh.. silap silap! Aku sumpah kau jadi batu!

Azalan tetiba aje bertukar daripada burung wak wak terus sujud jadi batu.

Lalu dewan sekolah tu pun bergegarlah sebab dihiburkan dengan lawak tak sengaja tersebut. Macam mana cerita sedih boleh jadi komedi pulak ni?

Bila keputusan diumumkan, kitorang dapat la nombor satu.

TAMMAT

20 comments:

Anonymous said...

Hahahaha.. kelaka betul.. Nasib baik Si Tanggang terrer bleh mentransform diri beliau daripada manusia kepada burung wak wak kepada batu.. lucu sungguhhhhh

Anonymous said...

bapak azalan belakon remang remang kotaraya kot
ni antara tajuk drama yusuf haslam sebelum gerak khas

Uda said...

M Shahdan tue ada naik pentas tak ambek hadiah? Consider dier ala2 producer la tue.... kan....

p.s. aku ingat dulu dlm ujang ker gila2, si tanggang disumpah jadi peti ais.... haha!!!!

Anonymous said...

ahahhaaa..
apesal azalan tu x jd patung burung ek..
combine power sumpah..
jd burung wak wak batu..hehehhe


p/s:patut mak tanggang sumpah skali nakhoda kapal tu psl bwk lari anak die..ahaha...
dh jd due ekor burung wak wak...

Anonymous said...

kahkahkha... nasib baik bleh kontrol hensem lagi mak tenggang dengan si tenggang tu :))

Anonymous said...

ngihihi geli betol ati aku..
siap cakap ..eh silap silap!!..Mak Jah betol.

p.s : Uda..ada gak yang mak die sumpah jadi Dayabumi.pastu nyesal sbb lupa nak sumpah jadi soping kompleks..huhu

shafarina said...

muahahahahahaha

daripada nak cover silap, terus jadi johan. kira OK aperrr

Mak Su said...

siut punyer cerita, wak wak pun ada, langsung lupa nak insaf

peej said...

lawak..lawak..
nmesti terkejut je azalan tuh..tetibe kene jadi burung wak wak..
nasib baik pastas je die terbang sana sini...pastuh bole lak jadi batu...
sian betull..2 kali kene sumpah..muahahha...

Izham Miyake said...

Aku dah agak dah.. mesti macam tu punya ending dia..

hahahahaha...

banjarconverto said...

mesti berdentum lantai pentas bila tetiba je daripada tgh terbang, melutut jadi batu..gedegangg!!

suriani said...

nostalgia betui la baca entry nih...
apsal ko tak truskan karier dalam bidang teater pulak?
tentu ko ngan azalan buleh jadi pelakon/pengarah yang baik.. he heh!

suriani said...

by the way, my new address is :

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

sensenang, singgahlah yek?

booGie said...

Wah... sekolah2 dulu anda dah ambil seni persembahan ya?

Hebat!

Aku Comel said...

kekekeke...hilarious!!
zaman sekolah memang best!

nananane said...

hahahaha.

ni memang betul-betul anak derhaka sampai kena sumpah dua kali. berkesan. berkesan.

mesti bengang je azalan lepas tu. haha.

WNA said...

macam mana dr batu ley jd burung wak2 ni?hahaha.

seb tanggang pandai cover.
:P

Taiko said...

Iz: nasib baik tak transform dari burung kepada kambing. kalau tak, sure kena bunyi mbek mbek.

yusuf kelana: ye la tu kot..

uda: aku ada lagi buku kartun ujang tu. zaman tu ujang selalu ubahsuai cerita p ramlee dalam kartun.

ahmad: aku takleh jadi burung wak wak. jadi ayam boleh la. terbang rendah je.

passerby: aku rasa sebab pandai kontrol hensem la kitorang menang kot..

cik lidi: ohhh.. itu cerita dalam majalah Ujang. Bukan kartun kartunis Ujang dalam majalah Gila-Gila.

wan: persembahan group lain pun tak best... sebab tu senang menang kot..

maksu: insaf sekejap aje. lepas tu derhaka balik.

peej: bab tu aku tabik spring jugak kat azalan. tapi sayang, sekarang ni dia jadi despatch aje..

tenno: ciss.. aku pun dah agak dah.. he he

banjar: memang berdentum lantai tu... itu pasal la satu dewan gelak besar. rugi je sebab tak sempat nak rakam video. kalau tak, boleh masuk dalam youtube.

umi: nak buat camana. bapak aku suruh aku jadi akauntan. tapi aku tak nak. aku nak jadi enjener. kalau jadi pelakon, sure aku kena halau.

boogie: bakat terpendam beb!

aku comel: memang best. sampai aku pun tak tau nak cerita yang mana satu. cuma malas aje nak update blog. he he he he

nana: dia takdelah bengang, sebab piala kemenangan tu dia bawak balik macam dia peserta solo pulak. he he he

purplechoc: terbalik tu.. dari burung kepada batu laa..

Anonymous said...

Kah kah kah! X pernah aku gelak kuat gila baca blog... thumbs-up!

Jeszyuu said...

kelakar betull.. guling2 gelak.. hek hek XD