Tuesday, September 09, 2008

Peristiwa Paling Ngeri Di Bulan Ramadhan

1. Bulan lepas adalah bulan aku dilahirkan... sebab tu aku cuti sebulan dari menulis kat blog.. So, sapa yang jengah-jengah blog aku tapi still takde update, aku mintak maap je la ya. Lagi pun, aku tak mintak korang bayar pun everytime korang cek blog aku. Heheheh... kuang hajar je bunyiknya kan? Sila baling saya dengan bijik getah...

2. Tahun ni cukup menarik sekali sebab 1 September sama harinya dengan 1 Ramadhan. Kedua-duanya adalah bulan yang ke sembilan dalam kalendar masing-masing. Senang je nak kira berapa hari lagi nak rayal betul tak? Apa macam korang punya puasa? Puasa ke.. puas??

3. Disebabkan sekarang bulan puasa, aku nak cerita pengalaman aku pasal puasa la kan.. Kalau aku cerita pengalaman aku mengendap Pakcik Ramli berak kat sungai, macam tak relevan la pulak dengan bulan Ramadhan yang mulia ni. Pahala pun boleh kurang. Korang paham la yang aku tulis ni setakat lawak-lawak bodoh nak isik masa lapang aje kan? Jangan la pulak ada ustat yang sound aku dengan bagi fatwa 'mengendap orang berak tu haram'. Kalau korang nak tau lebih lanjut, baca la komen kat entry aku yang sebelum ni.

4. Masa aku sekolah menengah tingkatan dua, aku ada sorang kawan yang aku malas la nak cakap sapa nama dia kan.. Nanti dia terbaca aku punya blog, dia saman aku, susah la aku. Mana aku nak carik duit. Raya dah nak dekat ni. Kalau aku tak boleh bayar, aku masuk dalam jel, macam mana aku nak update blog? Haa.. kalau aku tak masuk jel pun, 2 bulan sekali update blog, apa citer ye tak? Baik aku masuk jel aje. Tapi sebagai pelawat la.. Macam main Monopoly atau Saidina la. Kalau pelawat, tak payah bayar denda. Kalau betul-betul masuk penjara, sama ada kena bayar denda atau baling dadu maksimum 3 kali. Kalau dapat double, baru boleh keluar. Kalau tak dapat double, kena bayar denda double. Makan keropok double decker pun sedap.

5. Apa tadi? haa... member aku ni gigi depan dia rongak dan ada kaler itam sikit-sikit. Mesti masa kekecik dia suka makan gula-gula, lepas tu tidur tak gosok gigi. Mentang-mentang la bapak dia ada kedai runcit, mesti dia cilok gula-gula yang seatutnya dijual. Ehh.. ni aku kira mengumpat ke ni? Abis la pahala puasa aku. Korang sebagai pembaca pun dikira bersubahat jugak. Baik korang beristighfar segera.

6. Satu hari di bulan puasa, aku dengan member aku ni pun jalan-jalan la kat area Pertama Kompleks tu. Cess.. dah sampai point ke 6, baru aku nak start masuk cerita puasa rupanya. Tapi takpe.. aku teruskan jugak bercerita. Aku jalan-jalan pergi main game la, pergi tengok kaset la.. pergi tengok video tape la.. pergi carik seluar jeans la.. sampai la kat Campbell Kompleks. Masa tu tengahari beb. Panas giler. Macam kena panggang. Aku tau, korang mesti nak cakap "neraka lagi panas" kan?

7. Bila cuaca panas dan rasa dahaga, singgah di gerai ais kacang di minta.. susu dan jagongggg.. kacang dan lengkongggg.. air gula berwarna... (ehh,.. ni lagu ais kacang yang aku belajar masa sekolah rendah dulu. Siap kena lukis gambar ais kacang dalam buku latihan Muzik).

8. Kalau dah panas tu tekak pun kering ler. Kalau tekak kering, kita rasa haus giller ler.. Memang aku rasa haus giler masa tu. Suhu persekitaran masa tu aku tak ingat la berapa fahrenheit, tapi memang panas la. Beruang kutub pun tak tahan kalau kena panas macam tu. Jadi aku dengan member aku tu pun mempertimbangkan la untuk membatalkan puasa kitorang secara sengaja kat tengah bandar tu. Takkan nak korek idung aje beb? Korek idung bukan boleh hilang haus pun kan? Kalau dapat minum air gas sedap ni.. he hehe..

9. Tapi.. nak beli air kat mana beb? Dan nak minum kat mana beb? Aku tak nak le tak pasal-pasal kena angkut dalam black maria, then kena tidur kat lokap. Kalau masuk dalam Utusan Malaysia, malu la aku dan keluarga aku. Lama jugak aku dengan member aku tu pikir nak minum ke tidak. Last-last kitorang decide nak beli air tin gas perasa oren kat vending machine aje. Sebab vending machine tak boleh buat muka suspicious sambil berkata dalam hati "Tak puasa ke mamat ni?". Bijak tak aku punya strategi?

10. Kat Campbell Kompleks tu ada satu vending machine yang agak tersorok sikit. Tapi takut-takut jugak kitorang nak gi beli. Ulang-alik ulang alik depan vending machine tu. Kalau vending machine tu boleh bercakap, mesti dia sound "Hoiii.. nak beli, beli aje la. Takut ke?". Last2 kitorang berjaya jugak beli air oren F&N sorang satu. Tanpa ucap terima kasih pun kat vending machine tu, cepat-cepat kitorang masuk air tu dalam poket. Poket pun nampak kembung ajer.. Nasib baik takde poket kat zip depan. Kalau tak, nampak kembung, mesti orang ingat lain pulak.

11. Satu masalah lagi... mana nak minum? Korang agak tempat kat mana yang paling selamat? Takkan nak bawak balik minum kat rumah pulak. Jadi, tempat yang paling sesuai ialah kat jamban laaa... kat mana lagi? Kitorang masuk tandas awam yang kena bayar doposen tu la... Aku masuk kat jamban tu, mak aiii... bau kencing kuat giler.. Korang tau la tandas awam zaman dulu. Taik pun melepet-lepet kat jamban tu, takde orang basuh. Tapi aku gagahkan jugak membukak air tin tu dan minum tanpa baca doa minum atau doa berbukak puasa. Bismillah pun tak sempat.

12. Baru dalam seteguk dua, aku dah tak tahan. Dah la air oren warnanya oren. Air kencing pun warnanya oren jugak. Minum air oren di dalam jamban yang berbau kencing yang berwarna oren jugak telah mengakibatkan aku terasa seolah-olah aku sedang minum air kencing. Terus aku muntahkan balik air oren tu dan keluar dari jamban yang sungguh berbau tungkik. Lari tanpa ada niat untuk menoleh ke belakang lagi. Bak kata orang putih, keep moving forward, don't reverse sensor yourself.

13. Aku menyesal. Dah la puasa aku aku batal. Minum pun tak puas. Kalau aku tau, aku komor-komor dengan air paip kat surau aje lagi bagus. Lepas tu telan la sikit-sikit. Lepas tu pura-pura ambik air semayang. Lagi bijak betul tak? Itu lah peristiwa paling ngeri pernah aku alami di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.

14. Untuk adik-adik dan abang-abang, kalau nak membatalkan puasa tu, carik la jamban yang bersih sikit ya.. Ishh.. karang aku cakap macam ni, ada pulak ustaz yang kata aku ni tak paham hukum puasa pulak.

Selamat berpuasa.

Puasa Yang Yen,
Batal Puasa Minum Oren.

Puasa Yang Yan,
Minum Oren Dalam Jamban.

Yin dan Yang pun ada kaitan dengan puasa ke?

25 comments:

Iz said...

bestnye kalau dapat minum air sekarang.. dahaga gile.. tak dapat air gas oren pun takpe, dapat 100 plus pun jadilah.. untuk mengembalikan bendalir badan.. rasa kering kontang dah badan aku

~chacha~ said...

ha!akhirnya bang taiko updet jgk..

eeee terbayang la pulak air oren ngn air kencing..hish!

Anonymous said...

Taiko, tengok sini...

Anonymous said...

waaa...
pengakuan yg ikhlas..
kene wt sumpah cm saiful gak ek.?
ahahaha..
pape pon camat bepose..

"gendang gendut tali kecapi..
kenyang perut terawih xpegi.."

@tune® said...

ko da ganti pose yg ko minum oren dlm jamban tuh ke belom?baik ganti...

hakhakhak..aku nk jadik ustazah plak kalao ade ustaz dlm komen yg lepas...wagaga...

Uda said...

....campur semua, enak rasanyer, kegemaran kita semua.... ;-)

p.s. taiko, ko tak jula baju raya tahun nie???? hehe.... :-)

Anonymous said...

Puasa, jangan tak puasa...
Kalau tak puasa takleh raye...

My Featured Wikipedia Article @ GoWikipedia.blogspot.com

Mak Su said...

membazir jer batalkan posa mcm tu, ... ahaks

Taiko said...

1z: 100 plus tu boleh menghilangkan dahaga seorang pelari marathon. Bayangkan la apa yang boleh dilakukannya untuk anda?

chacha: jangan lah ber abang abang dengan saya... hi hi hi..

zax: dah tengok dah... thanks.

ahmad: aikk??? cerita tak puasa pun nak dipoltikkan kan? he heh heh

atune: baik ustazah.. (sambil duduk tahiyat akhir)

uda: wahhh.. hapal nampak???? aku x jual la tahun ni.. buat untuk kengkawan je...

zizz: kalau tak raya, tak boleh puasa 6... he heheh

maksu: anggap lah pembaziran itu amalan syaitan...

tropicoloco said...

larr...cuti rupanya..apa2 pon slamat membatalkan puasa..cuba try air anggur plak..hahahaha...

Anonymous said...

Lama tk jengah blog nih. Tgh dok baca pasai puasa ada plak kena refer Appendix A: Previous entry. Kah..kah.. kah.. kesian ustad tu ko suruh suntik hormon. Klu ikut istilah BM, dia tu org yg "mandiri" -> mandi sendiri, ko plak "kendiri" -> kencing berdiri. hahaha... Slamat berpose..

nazztradamus said...

bro! aku tak gi terawih malam sabtu tu! tapi aku puas ati.. sebab 4-0. wakakaka..

p/s: aku dah melompat blog :)

booGie said...

Loya da anak tekak aku ngan air oren.

Hampes Taiko.

nananane said...

kesiannye. kitorang pun beli kat vending machine jugak. Tapi pegi minum kat surau.

surau selalu takde orang pun.

Anonymous said...

salam..blog yang besh..make me gelak sampai ketat perot..nak berak jadinyer..hahaha

Anonymous said...

Takper ada hikmah tu...

Lain kali ikutlah resmi vending machine

Walaupun dia jual air oren tapi tak pernah pun dia cilok air dia jual walaupun bukan bulan puasa

Tak caya cuba tanya dia.

Anonymous said...

terkekek2 aku baca entri ni.
hihi..

Unknown said...

aiseh nak minum oren teringat airkencing..kalu air cincau teringat air kelimbah maybe..

Taiko said...

tropicoloco: cuti takde gaji beb... air anggur memang sedap beb.. kalau peram lama sikit anggur tu, lagi sedap air dia.. hehe

anonymous: komen macam kau ni la yang aku suka... ada kreatif kreatif sikit.. hahah... kendiri kencing berdiri.. kalau senduduk?

nazz: puas hati giler kan??? patut la aku masuk-masuk blog kau tak update dah setahun.. rupanya dah pindah alamat..

boogie: minum la air lain.. air sirap pun sedap.. macam minum darah jugak..

nanana: ohhh.. itu cara batal puasa paling afdal.. dalam surau.. apasal aku tak terpikir ha? kalau dalam masjid negara, lagi afdal heheheh..

orensangkuit: jangan sampai cirit birit ye...

shuk: komen macam kau ni pun aku suka... aku dah cuba tanya vending machine tu.. aku tanya "boleh ke aku batal puasa hari ni?".. dia diam aje.. diam tandanya setuju... kesimpulannya, vending machine memang berhati mulia...

nurnana: terkekek macam ikan kekek?

vonn: kalau air cincau teringat air loji.. heheh dalam dia ada berudu...

13may said...

hehhe hehhe hehhe....

ko memang briliant!

:D

Izham Miyake said...

Cerita kau buka puasa makan taik idung bila nak keluar ni ?

Hehehe :p

Azraf Hipni said...

legend syal memory ko~ ingat lagi lagu time sekolah rendah tu

13may said...

selamat hari raya!

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri 1429H
maaf zahir batin....hohoho baliikkk kammppunggg. hehe :)

Anonymous said...

salam
bila nak hapdet neh pakcik
raya dah aabes punn