Friday, January 30, 2009

Aku Dan Pertama Kompleks

1. Masa tahun 1991 dulu, aku suka sangat melepak kat Pertama Kompleks. Aku tak pasti kenapa mak bapak Pertama Kompleks tu bagi nama Pertama Kompleks kat Pertama Kompleks. Mungkin sebab Pertama Kompleks tu anak dia yang sulung. Malangnya lepas tu mak dia dah tak beranak beranak lagi dah. Sebab aku tak pernah dengar pun ada Kedua Kompleks. Perodua ada la.

2. Masa dulu belum ada lagi LRT. Jadi, kenderaan utama untuk ke Pertama Kompleks dari Taman Melati ialah Bas Mini nombor 15. Lagi satu alternatif ialah Bas Len Seng nombor 196 atau 198. Tiket dalam 50 sen aje. Selalunya bila masuk aje kat dalam bas tu aku berdoa supaya konduktor bas tu tak nampak aku. Tapi bukanlah baca doa kuat-kuat siap tadah tangan punya. Baca dalam hati dah la ye dak? Kalau dia tak nampak aku, mesti aku tak payah bayar. Lima posen tu besar tu nilai dia untuk budak sekolah macam aku ni. Malangnya, disebabkan aku ni gomok, susah la konduktor bas tu untuk tak nampak aku bak kata pepatah; Nyamuk diseberang jalan dia boleh nampak, ini kan pulak badak air menyeberang sungai secara kuak lentang.

3. Selalunya aku akan turun bas kat Chow Kit. Chow Kit kat belah depan ye. Bukan kat belakang-belakang tu. Masa tu dekat Chow Kit tu banyak orang meniaga macam kat Jalan Masjid India sekarang ni. Ada orang jual baju, jual makjun kuat main, jual minyak lintah, jual cincin sarung kat anu dan macam2 lagi. Yang buat magik show tipu pun ada. Aku suka tengok orang2 yang jual style lelong-lelong ni. Maklumlah, masa tu, lelong.com.my tak wujud lagi. Teringat jugak aku kat brother yang jual ubat kuat punya skrip. "Tuan-tuan tengok saya ni. Muka tak hensem. Hensem lagi muka kambing. Tapi bini ada 3. Muka hensem tak penting sedara. Yang penting, batang mantap!", sambil menunjukkan lengan dan menggenggam penumbuk. Memang muka dia tak hensem pun. Sayang masa tu takde digital cemera, kalau tak, sure aku dah ambik gambar dia dan comparekan dengan muka kambing.

4. Lepas tu, aku pun jalan kaki lah ke Pertama Kompleks. Takkan aku nak jogging pulak kan. Nanti orang ingat aku buat acara merentas desa pulak. Aziz Desa pun tak suka masuk merentas desa. Hasbullah Awang pun tak suka kupas bawang. Abu Bakar Atan pun tak suka berkhatan.

5. Korang tak tertanya-tanya ke kenapa aku suka gi Pertama Kompleks? Aku tau korang sebenarnya tak tertanya-tanya pun. Saja je aku tanya korang macam ni supaya dengan pertanyaan aku ni, korang dengan sendirinya tiba-tiba je tertanya-tanya. Bila korang dah tertanya-tanya, baru lah aku boleh jawab. Nanti kalau tiba-tiba je aku jawab, korang boleh cakap kat aku "Tak tanya punn!!". Malu lah aku kalau korang buat kat aku macam tu.

6. Jawapannya ialah.. eh sat sat... apasal kata dasar dia "jawab" tapi, bila tambah imbuhan "an" kat belakang, tetiba je jadi "jawapan"? Ada cikgu BM tak dekat sini? Lagi satu, aku ada teka teki. Kalau air nescafe campur milo, kita panggil neslo, kalau air bandung campur cincau, kita panggil bancau, kalau air kopi campur teh? Haa.. jawab jangan tak jawab!

7. Balik semula... Jawapannya ialah, kat sana banyak kedai game bro..... Masa tu memang top gila kedai-kedai game ni. Sapa nak kaya cepat masa tu, bukak lah kedai game. Alaa.. kedai game yang masuk syiling doposen tu... macam-macam game ada. Tapi, yang paling femes masa tu ialah game Street Fighter 2. Abuuuuugitt!!! Game bogel bogel pun ada. Kena bukak gambar bogel sambil mengelak untuk dimakan labah-labah. Tapi, game ni aku tengok je orang besar main dari belakang. Diorang terer main game ni. Bila terbukak aje gambar bogel tu, aku pun tumpang tengok sekali. Tak payah bayar pun. Berbulu je brader yang main game tu bila tau aku tengok kat belakang. Sama je berbulu dengan gambar bogel tu. Padahal gambar kartun aje. Tah hapo hapo tah. Aku tau korang mesti tengah imagine gambar tu macam mana kan? Istighfar segera!

8. Lagi satu yang aku suka main ialah Billiard. Alah.. yang macam snooker tapi bukan snooker tu. Kau dapat 3 bijik bola merah, aku dapat 3 bijik bola putih. Lepas tu kita main la tunjal-tunjal bola tu antara satu sama lain, masukkan dalam lubang. Sapa yang abis 3 bijik tu dulu, dia kalah la. Yang ni lima posen sekali main. Kalau bola tu dah masuk lobang, tak boleh keluar balik dah. Kalau nak main lama, agak2 bola tu macam boleh masuk je kalau kena tunjal, kitorang tahan la bola tu supaya tak masuk lobang. Lepas tu sorok la bola tu kejap. Yang jaga kedai ni selalunya aunti yang mata rabun. Sebab tu line clear aje. Kalau amoi mata rabun, kan best. Ini aunti, ceh.. buang karan je.

9. Lepas puas main game, aku pun balik naik bas sebab dah lapar. Sampai rumah aku pun makan nasik banyak-banyak. Sedap ooo makan nasik masa lapar. Free pulak tu. Dari aku mengabiskan duit makan nasik kat kedai, baik aku main game.

10. Itulah kisah aku dan Pertama Kompleks. Jom la pergi Pertama Kompleks. Aku cerita-cerita macam ni, dah gian la pulak rasanya aku nak main game kat situ balik. Lain feel dia dengan main PS2 atau computer game bai. Dia punya joystick, dia punya button, dengan aroma kedai game tu lagi.. Perghhhh.... tangkap leleh bai.. Sampai terlupa pulak tahun ni umur aku 32 tahun. GatDemmit!!

Pertama Kompleks... kau lah tempat aku membesar.. tanpa kau, siapalah aku....

Surat Tunjuk Sebab

Assalamualaikum. Ke hadapan pembaca sekalian. Apa khabar? Harap-harap pembaca sekalian sihat walfiat punto. Aku kat sini sihat walaupun penyakit kentut merata tempat aku masih belum pulih sepenuhnya, terutamanya bila ada kat dalam lif seorang diri.

1. Rasanya tak perlulah aku mintak maaf sebab tak update blog dah 4 bulan. Ini semua bukan salah aku. Sebenarnya aku tak update blog sebab aku dah tersesat ke alam bunian lepas raya puasa hari tu. Aku tersesat 4 hari je sebenarnya. Biasalah.. kalau kat alam bunian 4 hari, kat alam manusia dah 4 bulan. Naib baik aku tak tersesat 12 hari. Kalau tak, lagi lapan bulanlah korang nak tunggu aku update. Dekat alam bunian sana mana ada internet. Diorang semua pakai ilmu batin aje kalau nak bertelekomunikasi. Kalau korang nak tahu, sejurus selepas aku kembali ke alam manusia ni, terus aku update ni ha.. Korang jangan tak caya pulak. "Tumpah aku tak tipu.. Bumi Allah!" (Sumpah aku tak tipu, Demi Allah)

2. Setelah 4 hari (bersamaan 4 bulan waktu manusia biasa) aku tak menjengah blog aku sendiri, aku terperanjat sebab dah ada 24 follower yang mengaku follow blog aku. Terima kasih la kat korang. Korang jangan follow aku lelebih pulak. Takut jugak aku, kalau-kalau aku nak ke jamban pun korang follow jugak. Lagipun, banyak ajaran sesat kat dalam blog aku ni. Kalau lari korang punya akidah, akhlak, dan pendidikan moral, aku tak jamin dengan ikat jamin. Kesedaran sivik bermula di rumah. Bila la aku nak merasa honda sivik?

3. Last sekali aku cerita pasal apa ha? ohh.. masih dalam tahun 1991 ke? hua hua hua.. dah jauh ketinggalan dah cerita aku ni.

4. Aku buat entry baru lah ye... bila aku nak buat entry baru tu? 4 bulan lagi kot?? heheheh