Thursday, March 15, 2007

Salah Paham Dalam Negara

Aku sekarang dekat Penang. Dah seminggu aku kat Penang. Nampaknya ini adalah project implementation aku yang terakhir. Bulan depan aku dah tukar unit lain. Kena duduk kat opis aje la. Tak masyuk la claim aku lagi nampaknya. Orang bagi naik pangkat, terima aje la. Sampai bila pun aku nak kerja kat field? Dah 7 tahun pun. Tibalah masanya untuk aku buat kerja kira-kira, decide-decide, bajet-bajet, meeting-meeting, paper-paper, powerpoint-powerpoint, presentation-presentation, dan sebagainya.

Kat Penang ni ada security guard dari Nepal. Orang Gurkha. Tapi lagi hensem dari Hamid Gurkha. Dia ni cakap melayu paham sikit2. Cakap omputeh pun paham sikit2 jugak. Alkisahnya, minggu lepas ada kontraktor nak masuk kat site. Kotraktor ni budak melayu. Alaa.. budak baya-baya mat rempit la. Entah macam mana, kontraktor ni boleh bertekak pulak dengan guard gurkha tu. Sebabnya, budak tu cakap 'parking', tapi, si gurkha tu ingatkan budak tu cakap 'f**king'. Macam ni punya orang pun ada ke? Ni salah paham je sebenarnya ni.

Cakap pasal salah paham ni, aku teringat la satu kisah yang terjadi dalam keluarga aku. Abah aku nak hantar adik sepupu aku yang bernama Syafiq ni balik rumah dia. Dia ni memang pekak sikit. Kejadian ni berlaku kat dalam kereta:

Abah: Ehh... kau telepon abah kau, cakap kito dah nak sampai dah ni. Suruh Abah kau siapkan santapan.

Syafiq pun menelepon abahnya.

Syafiq: Hello.. Abah. Kitorang dah nak sampai dah ni. AbahChek (Abah aku) suruh siapkan senapang.

Abah Syafiq: Hahhh??? Gilo apo? Nak buek apo senapang?

Syafiq: Entah.. Abahchek suruh.

Tapi ada satu lagi kejadian yang lebih dramatik. Ianya berlaku kat Abang Ipar aku. Korang tau kan kuih buah melaka? Orang Negeri Sembilan panggil kuih buah melaka tu kuih 'kelopong'. Abang Ipar aku ni orang Penang. Satu hari di bulan puasa. Semasa menikmati hidangan bukak puasa.

Abang Ipar: Mak.. mak buat lah kuih keloper (dengan niat nak cakap kuih kelopong)

Korang tau ke keloper tu apa? Keloper tu ialah kemaluan lelaki (orang NS je tau kot?)

Heh heh heh.

23 comments:

nazztradamus said...

tahniah bro.. lagi la banyak masa nak blog, ye tak BOSS... heh

btw, kontraktor rempit tu salah farking moto situ ke?

Tracy said...

congrats taiko pasal naik pangkat... tq visit blog aku.. rajin ko meng-komen yek...

Unknown said...

saya tahu maksod keloper tu ehehe sbb sy org melaka (sempadan ns) :P

Anonymous said...

gile!..agak kalau mak ko nak amik ati mnantu, cemana agaknye kuih keloper tu ek..aku nak imagine..hahaks!!

shafarina said...

selamat naik pangkat!

tak tau lak bermacam nama buah melaka tuh. mesti kelakar muka mertua bila menantu cakap gitu eh. :P

Anonymous said...

hahahahaha.. kelakar betul entry ni ok..

so abg taiko..dh selalu dok opis skrg ni, rajin2 la apdet blog yeee

Anonymous said...

"do not fear. keloperman is here." (catchy siot nama keloper nih)

Anonymous said...

Taiko, ko ni hari-hari keje garu ketiak pun boleh naik pangkat yer? magik show betul nih.. i'm impressed!!

Unknown said...

heh heh... yg masa kat tangkak tu, mak mintak air masak, dia cakap nak kain basah...

Unknown said...

hahhahahhha

lucah!

aku balik kg minggu lepas, ada makcik tu 'ter opocot' sebut 'keloper'

hhahah

Izham Miyake said...

lindosh, ekau oghang tampin yo?

Kepada taiko, aku harap kau boleh online selalu. boleh kutuk mengkutuk. aku rindu mau lepak. manjang nak lepak aje ko kat sabah la, hatyai la, phuket la, jandabaik la, indon la apa la..

semua tempat awek2 je.. hahahaha

Zetty said...

aku tak pernah tau beb wujudnya perkataan keloper tu. tapi apa2 hal nasib baik mak kau tak sekeh kepala abang ipar kau hehehe.

congratulations beb naik pangkat. Inspekter Sahab la skrg.

Anonymous said...

kelopong den selalu meghaso. kolopir pun den selalu jo meghaso.. hhehhehe :p

Unknown said...

hahaha zetty first time aku nye N9 lagi power dari kau...koloper tu memang orang lelaki nye beb....makcik2 aku suka guna word tu everytime anak lelaki diorang buat hall....koloper botoooo aiiii......

taiko - tahniah diucapkan sebab lepas ni kau kena duduk dalam opis je kan...muakakakkaka.......

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Congrats taiko (dah naik pangkat kena speaking london lebih skit),

Pokok keloper
Buah keloper
Minyak keloper
Air keloper
Daun keloper
Sabut keloper

Eh, banyak pekdah keloper ni ye ...?

:D

13may said...

tahniah brader!

Unknown said...

ish2..pak guard tu kene blaja lg bahase mealyu ni..huhuhu..

Sunan_Jati said...

tahniah brader!

Unknown said...

Tahniah Taiko dah jadi boss sekarang ...

tapi apesal ko punya blog dah lama tak update ???

Anonymous said...

buzzz buzzzz buzzz dunia ko bergegar ala2 aku buzz dalam YM.. buzzz buzzz buzzzz. mana da.. update la blog ko nih taiko (taik kucing)ala2 cam aku selalu cakap kalau kawan aku amik nama taiko masa kat sekolah rendah darjah lima ungu masa zaman aku sekolah rendah dulu la.. jom la lawan galah panjang kalau berani.. tak pun main selipar jepun ke, main cap kaki cola..
buzzzz buzzzzz buzzzzz (kasik gegar duniawi mu)

Anonymous said...

oi

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Oik ... pemalas na'uzubillah.

Aku ingat aku teruk, ko lagi pemalas ... oik! updet la ...

Anonymous said...

kalau kau terror kemaluan pompuan dlam bahasa NS apa??? he he he....