Bila dah habis UPSR aku pun tak tau nak buat apa di sekolah. Cikgu pun dah kena sindrom penyakit tak masuk kelas. Jadi aku sebagai ketua darjah pun mengorganizelah beberapa permainan untuk dimain bersama kawan-kawan. Ada yang bawak playing card macam happy Family, Donkey, Old Maid, Snap, Top Trump, dan ada jugak yang bawak dam ular, dam haji, chess, Saidina, Sahibba. Walaupun kami main dam, tetapi kami tak hisap dam. Hisap dam kat sini bukan bermaksud menyonyot kertas dam. Tetapi isap dadah la. Takkan tak tau kot? Bukan hisap gam.. hisap gam lain. Hisap dam kalau tak silap aku ialah hisap ganja. Oh.. masa tahun tu kan lagu Isabella meletup. Lirik lagu tu pun bebudak tukar jadi "Isabella anak Pak Dollah.. Isap ganja di belakang sekolah" Takde tempat lain ke nak isap ganja selain kat belakang sekolah? Bodoh betul.
Masa upacara penyampaian hadiah akhir tahun, aku ada masuk persembahan drama pentas. Mentang-mentanglah aku gemuk, cikgu tu suruh aku berlakon jadi wali Allah yang pakai pakaian Pak Lebai, bukan pakaian Wak Dojer. Cerita mengisahkan seorang anak yang derhaka pada ibunya. Dia mencurik duit emaknya untuk berjoli, bukan bercoli. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Suatu hari, dia dirompak oleh 3 orang penyamun yang jahat. Kalau penyamun memanglah jahat kan? Masa dia gaduh-gaduh dengan penyamun tu, matanya jadi buta sebab kena baling dengan pasir. Bila mata dia dah buta, dia menyesal, lalu datang lah wali Allah (bukan pari-pari) untuk mengajar dia membaca tulisan Braille. Acah aje! Wali Allah tersebut datang untuk berdakwah kepada dia supaya bertaubat dan memohon maaf kepada mak dia walaupun hari raya Aidilfitri lambat lagi. Puasa pun belum.
Aku lah yang jadi wali Allah tu. Aku pakai jubah putih dan serban bukan turban. Suara pun kena buat macam ada gema-gema sikit seperti di dalam gua. Barulah real konon-konon aku ni dari alam lain. Selepas kena 'sekolah' dengan aku, si budak jahat itupun insaf dan meminta ampun dengan emak dia sambil menangis teresak-esak. Selepas itu tiba-tiba aje budak yang jahat yang dah insaf tu, emak dia, adik dia, ketua kampung, penyamun dan aku sekali menyanyi nasyid beramai-ramai untuk menginsafkan para penonton. Aku lihat ada penonton yang duduk tahiyyat akhir sambil berlinangan air mata. Ada jugak yang sedang ruku'. Selepas itu, tirai pun ditutup untuk persembahan seterusnya. Aku tak pasti ada orang tepuk ke tidak sebab ustat cakap kalau tepuk tangan nanti setan keluar. Kalau nak tepuk tangan jugak, kena tepuk pakai belakang tangan, bukan tapak tangan. Kalau tepuk tangan sambil menguap, setan yang keluar tu akan masuk balik dalam mulut kita kalau kita tak tutup mulut. Bagus lah kalau setan masuk dalam mulut. Kita boleh kunyah badan dia dan telan. Barulah setan mati.
Frust jugak aku sebab takde anugerah pelakon terbaik. Kalau ada anugerah pelakon terbaik, aku wajib menang. Sebab watak aku yang paling baik iaitu wali Allah. Boleh lah aku buat ucapan kat pentas "I sound stupid if I spik in Malay". Pelakon terjahat pula akan jatuh kepada 3 orang penyamun tersebut sebab pegang watak jahat.
Bye
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
erk..
apesal sume audience duk lm tahiyyat akhir.?
ade yg ruku' plak..
ko blakon cite sedih ke.?
hahaa..
p/s:berjoli ngan bercoli lain ek.?igt kn same haha..
berlakon jadi wali Allah dah... bila plak nk jadi wali nikah... haha!!! eh anak2 ko semua laki2 kan...???? aku lupa la...
p.s. isap dam ker isap bal???? sama kot....
Berlakon jadi wali Allah, harap-harap sebelom ko mati betul-betul jadi wali Allah
dulu byk malaun isap dam kat dam klang gate. time balik sekolah kalau nak gi mandi ramai2, kena husya line dulu ok ke tak sebab takut kena pow, huhu.
penonton yg tgh ruku' tu, insaf ke atau tgh urut lutut sebab lenguh berdiri lama2 ??
Oh! adakah kalau kita perangai cam setan adalah berpunca dari tabiat telan setan???
hahha hahha...
Salam Merdeka dude!
pertandingan nyanyi2 tak de ker... alah... boringlah teater bebudak, mesti time tu ko tak macho, ek?
kelakar kay..everytime baca ur entry mesti akan mengimbas kenangan dizaman muda2 ok..
Nasib baik kat Malaysia. Kalau ko sekolah kat Indon, jadi Wali Songo (Sembilan) la ya?
eerr.. mcm mana ko boleh jd wali Allah?
ko score dalam paper Pen. Islam ke?
//dah 2thn+ aku bace blog ko nih ..entry baru sampai darjah enam?
wali songo? jadik wali songeh boleh le.. sbb banyak songeh!
wali allah ada brapa org aaa...saja tnya...sebenaqnya nak suruh ko sudi2kanlah diri walau tak sudi gi tgk aku pnya entry..hehehe..
hahahaha
penonton lelaki pun kena duduk dalam tahiyat akhir ke? ingatkan penonton perempuan je selalu duduk dalam tahiyt akhir.
tak boleh tahan gelak mase part bernasyid last2 sekali tu, sebab penyamun pun join. hahahaha.
(^___^)
ahmad: apa daa.. kau ni tak mampu membezakan cerita betul dengan 'rencah' cerita daaa. aku kencing aje pasal tu. heheheh
uda: wali nikah lambat la lagi. anak aku sorang ada pompuan. tunggu anak kau je bila nak keluar.
ada jugak orang cakap isap bal. Tengok kawasan kot..
kima: tak mungkin kot? jadi hamba Allah je mampu.
nazz: kau dulu selalu mandi ke kat klang gate tu? ada perogol budak lelaki la. tak berani aku mandi kat sana. takut kena rogol.
13may: boleh jadi juga. sebab zaman sekarang banyak sangat setan bertopengkan malaikat.
maksu: kalau tak macho mana boleh jadi wali Allah. Sekurang-kurangnya macho macam m rajoli lasindah cafe. pertandingan nyanyian takde. kalau nak nyanyi masuk Bintang RTM lawan Ramlah Ram.
peej: memang saja je aku bagi kau menggamit memori silam cewah!
cipan: ye betul. kau hapal ke nama wali songo? hehehe
azq: banyak songeh sebab banyak tersengih
hazura: aku ingat kau dah tak update blog. dulu everytime aku masuk, asik sama je.. heheh
nanane: duduk tahiyyat tu aku tipu aje la. heheh
Heppi merdeka bro..
nnti ko cite psal ko smbut merdeka lak..
sempoii..
p/s: demn aku kene kencing..
ptut r rs basah je..
giler hebat arsenal main lawan portsmouth !! bangga seyy..!!
ahmad, kau tak baca ujang atau lanun ke masa kekecik dulu?
hahahahha...and hai..ustazah aku dulu pun marah tepuk tangan..jadi kitorg tak tepuk tangan kalau nasyid..tp kalau lagu pop tepuk tangan gak...apatah kalau yg nyanyi tu cikgu..contohnye di waktu hari guru...cikgu ko tak nyanyi ke time hari guru?
tenno..aku xbc ujang r..dlu ade gila-gila jek..ujang xkuar lg hehhee..
giler arh.. kalO berlakOn jadi ustaz atau wali.. bOleh menang pelakOn terbaik la.. emm.. kalO camtu.. kalO nak menang.. kene amek watak yg berbaik jerla.. barulah leh menang pelakOn pembantu terbaik.. pelakOn lelaki terbaik.. hahaha...
Post a Comment