Thursday, December 13, 2007

Memberbulukan Encik Vincent

Dalam banyak-banyak mata, mata apa yang ada buku teks?

Tettt..

Jawapannya ialah mata pelajaran.

Aku rasa ramai budak lelaki yang setuju kalau aku cakap mata pelajaran yang paling best sekali ialah Pendidikan Jasmani. Kalau ada budak lelaki yang tak suka mata pelajaran seperti yang disebut di atas, mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti obesiti melampau, konflik jantina, ataupun nerd semulajadi. Aku pun obesiti jugak masa tu tapi aktif jugak bersukan. Tapi tak jugak aku kurus-kurus sebab makan nasik banyak. Mak aku masak sedap aje hari-hari sebab tu lah aku makan banyak. Kalau ikan bilis mentah tu, di basuh, ditumbuk kasar-kasar dengan lesung batu, gaul dengan cili padi tumbuk, perah limau nipis sikit pun dah jadi penyebab aku makan nasik banyak. By the way, sambal ikan bilis mentah tersebut namanya sambal gesek. Apa yang gesek aku pun tak tau. Mungkin pencipta sambal gesek tu suka makan sambal gesek sambil gesek biola. Tapi bukan la Allahyarham Hamzah Dolmat pencipta sambal gesek berkenaan. Korang kenal ke siapa Hamzah Dolmat? Cuba google sikit. Jangan Google Hamzah Samdol sudah, kalau tak, Google akan suggest 'hamzah samuel' pulak (baru try kejap tadi). Sapa pulak Hamzah Samuel ni? ada kena mengena dengan Samuel Jackson kot..

Berbalik kepada matapelajaran pendidikan jasmani. Masa tu nama penuh mata pelajaran yang disebut di atas ialah Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Cikgu subjek ni ialah Cikgu Vincent, seorang lelaki Cina berketurunan Baba (bukan Babi). Dia punya cakap melayu sebijik macam melayu cakap melayu. Kalau dia ajar teori kat dalam kelas, memang kelakar la. Tapi kalau time aktiviti di padang, memang serius orangnya. Ada 2 perkara yang aku telah lakukan yang membuatkan Cikgu Vincent berbulu dengan aku.

Yang pertamanya ialah semasa dia suruh kitorang training lompat jauh. Apa kejadah budak gemuk macam aku ni nak training lompat jauh kan? Lompat katak boleh la. Dia siap buat line minimum kat atas pasir tu untuk kitorang lompat. Sapa tak lepas, kena pumping 10 kali. Aku dengan berlagaknya cakap la kat Cikgu Vincent "Cikgu, saya mesti lepas punya, saya dah makan steroid tadi". Zaman-zaman tu kan tengah top cerita pasal ahli sukan pakai steroid. Berbulu je dia dengar. Memang aku saja je bagi dia berbulu sebab dia bagi line minimum yang dah sah-sah aku tak lepas punya. Tapi dengan semangat membara, aku ambik jarak jauh-jauh, lari dan lari dan lari dan lari dan pap!! aku pijak papan lonjak dan badan aku terus melayang ke udara dan terus mendarat dan.... tak lepas la pulak line minimum tu heheh. Lepas tu dia cakap kat aku "Haaa,, makan steroid ya.." KUKK!! kepala aku kena sekeh daaa.. siol je.

Yang keduanya ialah semasa dia suruh kitorang training lontar peluru. Kalau nak lontar peluru pistol aku ingat kacang aje la. Tapi ni lontar peluru meriam tu. Apa takde kerja lain ke selain nak baling peluru? Pakai aje la meriam terus, jauh la dapat baling peluru tu. Mengong punya sukan. Kalau takde meriam pun, carik la mana-mana orang nama Meriam atau Mariam. Kalau panggil Meriam Belina (pelakon ghairah dari Indonesia) lagi bagus. Alamak! Nama Makcik aku Mariam la.

Nak jadikan cerita, hari tu peluru yang betul dah habis. Terpaksa la Cikgu Vincent menggunakan bola lisut (softball) untuk training lontar peluru. Softball tu memang ringan gila la. Bebudak lain tarining lontar bola lisut tu seolah-olah berat macam peluru la. Tertonggek-tonggek bontot diorang berlakon konon-konon bola tu berat. Kalau bontot macam J.Lo ok la jugak heheh. Bila time aku je, aku baling la bola tu kuat-kuat, melayang bola tu lalu atas kepala Cikgu Vincent. Lebih kurang setengah meter je dari kepala dia. Aku tak ada niat pun nak baling kat arah dia. Dah takdirnya bola tu nak pergi arah dia, aku nak buat camana kan? Hehehe salahkan takdir pulak. Kalau aku baling rendah sikit, memang kena chop la dahi Cikgu Vincent hari tu. Malangnya bukan dahi dia yang kena chop, tapi pipi aku yang kena chop dengan pelempang sulung dia. Sakit siot. Stueau Bucharest betul!!!

Lepas kena pelampang tu aku pun hanya mampu tersengih aje la. bebudak lain aku nampak macam tahan-tahan je nak gelak. Lepas habis PJ tu ada yang cakap kat aku "lain kali kalau kena lempang lagi mintak aje tulung dengan bang Brahim.. tulung Bang Brahim.. tulung.."

Bye.

Oh lupa pulak.. di bawah ialah gambar Meriam Belina. Yang pompuan laa.. bukan yang laki.

20 comments:

13may said...

hehhe....

errr...meriam belina tu sapa???

Anonymous said...

aku dulu mintak ayah aku buat boomerang pakai kayu. die ambik dua bilah kayu kecik. die paku dua2 kayu tue. jadi la boomerang. pas2 aku main baling2, kelepuk kena kepala ayah aku. aper yg aku ingat lps tue, aku dh berpinau dah.... laju sungguh pelempang ayah aku.... hahaha!!!!

p.s. meriam belina ok lagi.... ayu azhari lagi hot taiko....

Cikgu Era said...

hurmmmmmmmmm...
saje jer wat perut aku kejang pepagi nih...

nazztradamus said...

oohh.. aku selalu bayangkan meriam belina sebelum tido masa time sekolah kecik2 dulu..(dlm "catatan si boy 2" dia ada pakai bikini..huhu)

Zetty said...

ceh...siap gugel ni gambar meriam belina.

Anonymous said...

ahahaa...
abis sume cikgu kt skolah ko bengang ek..
xkn xde cikgu yg ko ske..
bese cikgu pmpuan laa..
xde yg cun2 ke..
huhuuu..
ko skolah kt mane nih..
x mmbrangsang kn..
ahahaaaaha

peej said...

part mintak tolong bang brahim tuh mmg sangat lawak ok..tergelak je sorg2..nasib baik x tergelak sambil terkentut2 ke apa..
taiko...selalu la update..seronok la baca...punyalah jenuh nak menunggu 1-1 entry itu...hmmpphh

Maklongnya Bedah said...

sedapnya bila baca pasal sambal tuh.. tapi kat umah aku, kami panggei sambal tumbuk. pakai ikan bilis goreng lagi sedap. pastuh campur cili merah & cili padi.. dan belacan. perah air limau sebanyak mungkin. fuhhhhhhhhhh! kan kecur air liur aku dah...

Unknown said...

heh heh.. teringat masa hari sukan. setiap org kena contribute markah kat rumah masing2. sukantara ke apa nama dia. tapi bukan sukaneka.

Mak Su said...

ish ish ish, tak pasal2 meriam belina masuk blog ko.

Maklongnya Bedah said...

ye, betul lah tuh azq. sukatara. seblum tuh kan kena *womap* dulu lari2 keliling compound skolah. lupa ka? :P~

shafarina said...

perghhhhhhhhh (tang gambar sahaja)

suriani said...

ko mmg kelakau la bro..
tiap kali baca entry ko, aku siap sedia je nak gelak...memang mantui dan menceriakan hari aku!

siap ada gambo meriam belinna lagi tuh!

Twiggy said...

omg sumpah kelakar gila! boleh bayangkan muka cikgu vincent tu camane masa hampir kena bola tuh..ahhahaha..

lepas ni mesti ramai yang google meriam belina

Unknown said...

haa aku tau sambal gesek tu. org jawe tuu

Unknown said...

meriam belina sangat cantek

Taiko said...

13may: Mak sedara aku.

uda: ya betul, ayu azhari, sarah azhari serta semua adik beradik perempuan dia heh eh.

cik seri: pergi urut perut ye lepas ni.

nazz: perghhh... syabas syabas. Carik VCD la balik ni. cerita catatan si boy 2. Kalau nak nengok sofea jane pakai bikini, cari cerita Harry Boy.

zetty: terima kasih kepada gugel. Abis mana lagi nak carik kan? he he

ahmad: ada 2-3 cikgu pompuan je yang memberangsangkan. tapi dah kawin la..

peej: soryy la.. aku agak bizi la sekarang ni. Kalau update pun tunggu kepala otak tengah tak stress.

ateen: perghhh... aku baca kau punya komen pun dah kecur air liur. Kena test buat ni.

azq: hah! memang cikgu vincent ajar tu sebab nak training sukantara la tu.

maksu: abiss.. meriam belina masukkan gambar aku dalam blog dia. Tak adil la kalau aku tak masukkan gambar dia dalam blog aku.

wan: google la meriam belina lagi. lagi banyak yang perghhh..

umi ameer: dah hobi aku buat lawak bodoh dan lawak lucah. nak buat camana kan? he he

twiggy: google jangan tak google. Naikkan rating meriam belina. Tapi aku rasa dia dah insaf dah sekarang ni. Dah pakai tudung.

na: aku orang minang, bukan orang jawa.

lindosh: kalau tak cantik, tak dapat jadi pelakon maaa.

Izham Miyake said...

adam brown said....

Hi, this is not so related to your page, but it is the site you asked me 1 month ago about the abs diet. I tried it, worked well. Well here is the site


Hahahaha... Ko nak diet ke taiko?

Kantoi!

Zack ~ 'A said...

hehehehe
lawak ok taiko nihhh... tergelak2 jer sy dr tadi... mwahahahahahhh

Clark Davis said...

edusson
Each paper you receive from our essay writing company is an entirely original custom piece of writing created only for you based on a unique set of instructions.

Browse our catalog, and if you have any other questions, get in touch with our friendly essay service customer support team.

Our service policies outrightly ban and fiercely penalize any form of plagiarism among our writers.