Thursday, January 17, 2008

Pergi Ke Pasar

Hidup dalam keluarga yang agak susah taraf ekonominya membuatkan aku banyak belajar mengenai kehidupan. Mungkin kalau keluarga aku senang, aku banyak belajar tentang kematian pulak. Tahun 1990 tu Along nak ambik SPM. Bangcik pulak nak ambik SRP. Angah pulak continue study kat MRSM. Adik aku Apis dah darjah 3. Semuanya tengah sekolah. Abah gaji ciput aje. Sebab tu la Abah masih lagi continue meniaga nasik lemak secara sambilan kat opis dia. Itu pun untung tak seberapa sangat la. Setakat nak bayar duit api, air, tanah dan angin tu boleh la. Benda-benda tu kan ada mambang-mambang yang menjaganya. Mambang pun ada departmen-departmen jugak yek? Choba'aaann..

Sejak Mak mengandung ni, banyak kerja Abah yang buat. Aku kena la tolong sikit-sikit. Along, Bangcik dengan Apis apa la tau sangat. Pagi-pagi aku la yang kena pergi pasar beli lauk dan barang-barang dapur yang lain. Masa tu lah aku mula belajar kenal jenis-jenis ikan, macam mana nak pilih ikan yang elok, pilih ayam, daging, sayur-sayur dan sebagainya. Kalau nak harapkan Bangchik, orang suruh beli daun sup, dia bawak balik daun kucai. Lepas tu kompiden je cakap yang dia beli tu sebenarnya daun sup. Daun kucai lain. Agaknya dia main beli aje kucai tu tanpa tanya tokeh sayur tu yang mana satu daun sup. Kalau nak buat sup kucai boleh la. Nasib baik dia tak bawak balik lalang kalau kena suruh beli serai. Kalau tak, makan masak lomak cili api lalang la kitorang. Tapi, kalau suruh basuh kereta, bersih dan cantik dan komitted pulak dia basuh.

Oleh kerana itu la aku yang jadi tukang pergi pasar yang utama. Tapi bagus jugak, sebab dengan cara ni lah orang takleh kelentong aku kalau nak pilih ikan, sayur dan sebagainya. Korang tau ke ada ikan nama 'ikan uji rashid'? Haaa.. kalau tak tau, pergi tanya tokeh ikan. Korang tau ke apa nama anak ikan uji rashid? Ikan Chico la... ha ha ha ha.. Bukan setakat itu, turun naik harga ikan dan sayur pun aku dah boleh tau, sampai la sekarang. Beruntung betul sapa yang dapat berlakikan aku ni. Walaupun aku bawak susu boleh tumpah, tapi aku bawak telur tak boleh pecah. Ha ha haha. Kalau tak paham lawak bangsat pasal bawak susu dan telur ni kena masuk sekolah balik la. yang tak bestnya pulak, bukannya ada awek-awek cun pun yang aku boleh ushar kat pasar tu. Semua level-level makcik-makcik je. Yang anak dara tu ada tapi anak dara tua ada la. Salah sorang tu nama dia Senut. Dia ni kalau bercakap suara sengau. Ada orang tertentu je paham. Kalau dia cakap "ihhhan nhi hafe hilo?" maksudnya "ikan ni berapa sekilo?" Sapa first time dengar, memang nak tergelak pun ada, tapi dah lama-lama kesian pulak. Kalau dia cakap "Ahhu hahahp hetul-hetul nhi,, hak hahham he?" maksudnya "Aku cakap betul-betul ni,, tak paham ke?".

Lepas balik pasar, barulah ada masa aku nak buat kerja sekolah. Kadang-kadang aku masak sendiri aje lauk. Senang je lauk aku, goreng telur mata kerbau je. Taruh kicap. Settel. Eh! Apasal orang cakap telur goreng tu telur mata kerbau? Ada jugak yang kata telur mata lembu. Telur mata kambing aku tak pernah dengar pulak la. Apatah lagi telur mata gajah, zirafah, kura-kura dan singa laut. Ceh.. macam mana aku boleh teringat pasal singa laut pulak ni? Oh yaa.. last weekend aku bawak anak bini aku pergi zoo negara. Ada pertunjukan singa laut. Pandai singa laut tu tepuk sirip macam tepuk tangan. Poyo giler singa laut tu tepuk untuk diri sendiri.

Dua tiga singa laut berlari,
Mana nak sama si singa belang,
Singa laut sebenarnya tak boleh berlari,
Singa pun takde belang, harimau je ada.

Buah betik, buah pala,
Picit *****, dapat pahala.

Hihihi

20 comments:

Anonymous said...

Hohohh.. best best.. aku bace blog ko kat opis ni buat tegelak2 je.. tapi jarang ade update.. silelah jadi blogger yg baik tahun ni ye.. mane tau kot2 bleh lawan kennysia.com :)

13may said...

hehhe hehhe hehhe....lawak betoi :D

Anonymous said...

nasib baik abg ko terbeli daun kucai..buatnye terbeli daun terup?

Anonymous said...

nasib baik abg ko terbeli daun kucai..buatnye terbeli daun terup?

suriani said...

taiko oi..
memang gelak sensorang baco blog lucah ko ni...
nak nangis aku ni menahan gelak... kih kih kkuih

Mak Su said...

hihihih, hahahaha, har har har....eh! naper aku gelak? ada ker sebab aku paham lawak ko? chisss!

Anonymous said...

hihiii...
seb baik name nye telur mate kebau..
kalo tukar name jd telur dlm sluar..?
huru hara kn...
ekekkee..

Anonymous said...

Taik la ko taiko.... habes report aku penuh typo, dok gelak kat lawak ko.... ces....

p.s. aku pernah pg kedai kat... hmmm ah... tampin. masa tue tgh outstesen.... sajer jer buat suara sengau, nk tgk reaksi org.... giler. tokey kedai tue gelakkan aku lps aku keluar... cis...

Maklongnya Bedah said...

adeh.. sakit perut aku gelak. tapi bab pantun 2 kerat kat bawah tuh, aku siyes taleh tangkap yang *****. *sengeh*

Anonymous said...

HAHAHAA.. sesuka ati ko je tuduh singa laut tu poyo tepuk utk diri snirik.. hahahhaa siot aaa.. ko buat aku gelak lagi.. hahaha

banjarconverto said...

kesian si Senut tu...apparaaa ko nih...kekekeke.

errr, apa jadi kat dia sekarang? dah kawin ke?...kehkeh

Unknown said...

bab beli ketam tak pass lagi. tapi masak gulai ketam mmg terer!

Zetty said...

siap letak skrip sengau nihhhh.

Anonymous said...

Ikan maya karin tak de ke? orang kata maya karin ada bau ikan..ha ha

Mama_Nofal said...

muahaha lawak la..ermm..kna wat andaian sndiri ka **** kt pantun 2 kerat tuh ekekkekek

Taiko said...

iz: Bizi sikit lah. Tu yang jarang-jarang update tu.

13may: tak sengaja beb! aku punya aura gila kadang2 datang macam turun wahyu je. he he

taik: kalau beli daun terup, kita main declare la!!

umi: sediakan tisu premier ya untuk lap air mata.

maksu: meh aku geletek lagi sampai terkencing.

ahmad: kalau telur dalam seluar, itu telur masin.

uda: gila jugak kau ye. he hehe

ateen: ***** tu password, sebab tu ada keluar ***** je.

cipan: memamg poyo pun, tak caya kau pegi la zoo.

banjar: tak tau la aku dia hidup lagi ke tak. tapi dah lama aku tak nampak.

azq: dulu miskin, tak mampu nak beli ketam.

zetty: kalau tak taruk kang, takut orang tak paham.

lily: bau ikan ke, bau ikan masin? he hehe

ms_mer: ya, kena buat andaian sendiri berdasarkan sejauh mana tahap kelucahan anda. he hehe

Izham Miyake said...

Ingat tak citer mamat sengau main dengan bini dia tu.

"jap jap.. Hemut hemut.."

Dia nak cakap

"Jap jap.. semut semut.."

Bini dia ingat

"Sedap sedap kemut kemut..."

hanny said...

adoi...sakit perut gelak sampai keluar air mata berbaldi baldi!!....
salam dari bumi sakura

Anonymous said...

Currently it sounds like Movable Type is the best blogging platform out there right
now. (from what I've read) Is that what you're using
on your blog?
Also visit my homepage ; casino games onlinehttp://

Anonymous said...

What's up, this weekend is pleasant in support of me, for the reason that this point in time i am reading this impressive informative article here at my house.

Check out my homepage - zcode system picks