Wednesday, June 25, 2008

Gado-Gado

Gaduh-gaduh tak sama dengan gado-gado. Gaduh-gaduh adalah sejenis perbuatan, manakala gado-gado pula adalah sejenis makanan. Aku pun tak pasti macam mana rupa gado-gado ni, tapi aku tau la ianya sejenis makanan. Sama la jugak dengan , onde-onde, otak-otak, epok-epok dan jugak kopek-kopek. Ada ke makanan kopek-kopek?

Sebenarnya... bukan pasal gado-gado yang aku nak cerita ni, jauh sekali pasal kopek-kopek, tapi pasal gaduh-gaduh.

Biasanya peristiwa gaduh-gaduh ni berlaku kat sekolah disebabkan tak puas hati antara satu sama lain. Sebab tak puas hati ni pulak ada macam-macam. Ada yang sebab setakat pandang lebih-lebih, ada yang sebab terpijak tali kasut, ada yang sebab potong barisan masa nak beli makanan kat kantin, dan sebagainya, dan lain-lain lagi lah. Pendek kata, sebab nak jadi gaduh-gaduh tu banyak sangat, dan remeh-temeh belaka. Asal tak puas hati aje nak gaduh. Asal nak gaduh aje, jadi tak puas hati. Lepas gaduh pun tak puas hati, ajak gaduh balik. Sampai la puas hati sebab hati bukan kristal.

Ada sorang member aku ni, nama dia tak payah la aku sebut, cukup sekadar aku perkenalkan dengan gelaran Si A (bukan nama sebenar). Dia ni kecik je orangnya. Tapi perangai macam pelesit. Kalau macam belalang kunyit ok lagi. Dia ni asik nak bergaduh aje. Banyak sangat makan gado-gado agaknya. Kalau tak makan gado-gado pun, mungkin sebab dia suka tengok rancangan komedi Gado-Gado yang dibarisi oleh pelawak terkenal pada masa itu iaitu Imuda, Jalil Hamid, Harun Salim Bachik, Sabri Yunus, Ebby Saiful, Ebbi Yus, dan lain-lain lagi. Buat pengetahuan korang, rancangan Gado-Gado ni ada disiarkan semula di Astro Ria sekarang ni.

Satu hari tu di kantin, Si A telah membuat satu tindakan gangster iaitu dengan menepuk meja makan, macam koboi nak order air susu, walaupun koboi tak minum susu. Kat meja makan tu ada la sorang budak gemuk dan selekeh sedang makan nasik lemak. Budak gemuk dan selekeh tu bukannya aku, tapi aku pun tak tau apa nama dia. Budak gemuk tu rupanya gangster jugak, walaupun tak pernah masuk rancangan Gangstarz. Apa lagi.. berlakulah pergaduhan di kantin. Budak gemuk ni tinggi jugak. Senang aje dia nak melempang-lempang Si A ni. Si A ni pulak nak bagi backhand kena la melompat tinggi sikit. Itu pun 3-4 kali bagi backhand, baru kena sekali. Sampai la time bering (bell ring), baru diorang berenti bergaduh. Nak buat camana, referee tak ada. Kalau tak ada bering tanda habis time rehat, sure bering tanda habis sekolah baru diorang berenti.

Esok tu diorang dah buat epoinmen untuk repeat gaduh kat atas bukit belakang sekolah. Memang kat bukit tu pun selalu bebudak gaduh. Kat bukit tu jugak la budak-budak bermain kotak seperti pantun 'Budak-budak bermain kotak, Main kotak di atas bukit' tu.

Untuk menambahkan keyakinan diri, Si A pun ajak la aku dan member-member aku yang lain back up dia. Mana la tau kalau-kalau dia kalah, boleh la kitorang masuk campur. Tektik kotor ni biasa la bagi gangster-gangster yang suka tunjuk gangster. Ada satu taktik kotor lagi yang Si A ni nak buat. Kali ni dia ada bawak buku lima besi. Bukan buku bacaan tu. Ni adalah sejenis senjata penumbuk yang dibuat daripada besi yang boleh masuk empat jari tangan (kecuali ibu jari).



Kalau kene penumbuk buku lima kat kepala, boleh pecah kepala ooo.. Nasib baik dia tak bawak pencakar macam Wolverine X-Men. Kalau tak, mesti terjadi pertarungan berdarah.

Cakap pasal taktik kotor ni, macam-macam taktik kotor yang lebih efektif dan lebih kotor lagi daripada bawak senjata rahsia. Contohnya ialah seperti tak mandi 3 hari sebelum pertarungan, memakai stokin masam, dan jugak makan petai banyak-banyak dan peram kentut selama 3 hari. Oh.. maaf, ini bukan taktik kotor tapi taktik busuk. Tetapi ianya memang berkesan untuk mengalahkan musuh, tanpa pertumpahan darah. Otak tu kena pakai sikit la. Lain kali kalau nak jadi gangster, kena khatam dulu buku '7 Habbits of Highly Effective Gangster'.

Sambung balik cerita epoinmen gaduh.

Petang tu ramai budak-budak berkumpul kat atas bukit tu untuk menyaksikan pertarungan. Tapi belum apa-apa lagi, Si A ni dah serang Si Gemuk. Nak tumbuk curi dari belakang, tapi tak kena pulak tu. Last-last SI A kena grip sampai takleh gerak. Bila dia dah takleh gerak, dia mintak tolong member aku yang lain iaitu Si B untuk tolong dia. Si B pun tumbuk-tumbuk la kepala Si Gemuk. Tapi tak pakai besi buku lima la. Si Gemuk pun lari la sambil tak puas hati sebab kawan masuk campur. Lepas tu, semua pun bersurai tanpa ucapkan takabbalallahuminkum (minna wa min kum takabbal yaa kariiimmm).

Sampai aje kat jalan raya, ada Uncle berbangsa India tengah tunggu atas motor kat tepi jalan. Nama Uncle tu aku pun tak tau sebab dia tak pakai nametag masa tu. So, kita anggap la nama dia Ramachanderan. Uncle Ramachanderan tu tanya kat Si B, apa korang buat ramai-ramai atas bukit tu? Si B cakap tak ada apa2 dengan gaya gangster sambil hembus asap rokok. Uncle ni pun cakap "Jom kita pegi Balai Polis. Sana cerita". Si B ni pun setuju dan membonceng la motor uncle tu. Lebih kurang 100 meter diorang gerak, uncle tu stop motor. Si B pun turun dan datang balik kat kitorang. Cuak jugak dia. Tak pasal-pasal nanti masuk lokap. Mampuss. Tadi macam gangster, last-last cuak jugak.

Nasib baik masa tu takde camera phone macam sekarang. Kalau tak, sure aku dah masukkan dalam youtube.

Sebenarnya ini baru pergaduhan sesama sekolah. Ada lagi pergaduhan yang lagi best. Antara budak Sekolah Gombak Setia dengan Sekolah Seri Gombak. Tapi yang ni aku malas nak cerita. Agak ganas. Nanti blog aku kena ban pulak.

12 comments:

Iz said...

hahahaha.. ape la agaknye yg diperkatakan Si B kepada Uncle Ramachanderan sampai uncle itu setuju menurunkan beliau selepas 100 meter perjalanan? haha

~chacha~ said...

ahahah..

suhanazainal said...

bering! dah lama tak dengar perkataan tu! mase sekolah jadi pengawas aku rasa bangga gile kalau dapat turn utk pegi tekan bering...hehehe....

Uda said...

gado-gado kat tv best la!!!!

p.s. org kechik2 nie mmg gangster skit.... ;-)

zulazri said...

aku pelik... kenapa si B tu selamba je ikut uncle ramachendra tu naik motor? buatnye dia bawak lari si B pastu sontot.

booGie said...

Ah, budak Gombak mmg cenggitu.

Huhuhu...

Taiko said...

iz: aku pun tak tau la.. mesti dia mintak maaf ke apa kat Uncle ramachanderan.

chacha: hi hi hi

suhanazainal: aku pun dah lama tak dengar.. sebab tu aku tulis supaya aku boleh dengar balik.

uda: tongggkat alii!!! (macam iklan plamolive ohhh palmolive!!)

zulazri: gangsterrrr... biasa laa...

boogie: sekurang2nya kami ada kasut buatan sendiri

Anonymous said...

woi cerite pasal achik!

Azraf Hipni said...

bapak ar. sedap seyh cerita kanda. Kene berguru ni dowh~

Izham Miyake said...

budak2 gombak memang gumpunk.. hehehehe... jgn marah...

ahmad_xkesah said...

... semua pun bersurai tanpa ucapkan takabbalallahuminkum (minna wa min kum takabbal yaa kariiimmm).

hahahahahaaa...
aku gado dlu2 xpnah de org ucap cm gni..
ko ni blajar kt skolah agama ke.?
penuh ngn akhlak2 murni..even time gadoh pon..hahahha..ms nk stat xbc bismillah plak ek.??

nadhira said...

ko budak gombak ke?
btw best story ko(aku tahu ko dah bosan dengar)