Tuesday, January 23, 2007

Dicubit Oleh Cikgu Sarip Yang Kejam

Kalau korang nak tau, masa darjah lima dulu aku kena jadi penolong ketua darjah. Aku memang tak suka jadi 'ketua-ketua' ni dulu. Kalau dapat gaji takpelah jugak. Sebenarnya ada member aku yang jadi penolong ketua darjah ni pindah sekolah ke Kedah. Bebudak lain pergi undi aku pulak untuk ganti dia. 'Cadangan ditutup' pulak tu. Memang tak ikhlas pun masa aku jadi penolong ketua darjah dulu. Ketua darjah ialah budak pompuan. Biasanya masa time nak balik, lepas bebudak naikkan kerusi atas meja, ketua darjah dan penolong kena berdiri kat depan dan cakap 'terima kasih cikgu!!'. Tapi aku tak pergi ke depan. Memang aku nak protes. Aku tengok Cikgu Sarip tenung aku semacam je. Macam nak makan aku je. Aku tau la paha aku macam paha ayam. Bezanya cuma paha aku lagi seksi dari paha ayam, dan lebih seksi dari paha Dayang Nurfaizah.

Masa aku nak keluar dari kelas, Cikgu Sarip tahan aku. Bila semua budak dah keluar, dia ambik kesempatan mencubit aku sekuat hati. Memang aku rasa dia cubit aku sekuat-kuat hati dia. Dah la cubit kat atas dada (berdekatan dengan ketiak). Kira sempadan antara ketiak dan dada la. Tempat sensitif tu! Sakit gila!! Rasa macam baru lepas diperkosa aje masa tu. Hilang teruna aku! Lepas tu rasa macam nak demam je. Balik rumah, aku tengok badan aku dah lebam sebab kena cubit. Aku kalau setakat kena lempang ke, rotan ke, aku boleh tahan lagi. Tapi kalau cubit memang aku allergic la. Tak caya korang cuba lah cubit aku. Kalau nak kena flying kick cuba la.

Masa tu aku rasa macam nak balas dendam aje kat Cikgu Sarip. Siap la nanti kalau aku dah besar, aku jadi Cikgu, aku cubit anak kau dengan playar, Saripp. Lepas tu, bila anak Cikgu sarip dah besar, dia jadi cikgu, dia cubit pulak anak aku dengan Apit G (sejenis radas dalam makmal - takde kena mengena dengan G Spot. Kenapa nama dia Apit G? Sebab bentuk dia macam huruf G. Apit G ni kira adik beradik jugaklah dengan pipet (sebut betul-betul), buret (sebut betul-betul), dan tungku kaki tiga.

Semenjak kejadian dicubit tu, aku pun terpaksalah jadi Penolong Ketua Darjah dengan iltizam yang tinggi. Best jugak tulis nama-nama budak yang bising kat papan hitam masa cikgu meeting. Aku tulis nama aku pun ada jugak sebab aku pun bising. Tapi aku padam balik la bila aku dah diam balik. Har har har harun..

Monday, January 22, 2007

MUahahahah..

MUAHhHhAHh HHhaa hah hahah

ARSENAL 2 - 1 MAN. UNITED

BEST GILLER SIOTTT... MACAM MAKAN KONETO JE RASA DIA..


Fabregas and Van Persie in making..

Monday, January 15, 2007

Pergi Ke Sabah

Hari ni aku akan ke Sabah. Aeroplane MAS yang aku tempah akan bertolak pukul 1845. Aku kena naik kat KLIA. Nanti pukul 1845 aku akan tunggu tepi KLIA tu, dan tahan aeroplane tu untuk naik. Sampai je kat Sabah nanti, aku kena tekan loceng untuk turun. Mintak-mintak la aeroplane tu tak penuh. Kalau penuh terpaksa la aku bergayut kat pintu dia sampai la Sabah.

Sudah lama aku tidak pergi ke Sabah. Last sekali ialah 2 tahun dulu semasa aku masih bekerja dengan Celcom. Kali ni aku akan lepak sabah selama sebulan. Ya.. sebulan. *Petak kepala aku dok sana sebulan*

bye

Thursday, January 11, 2007

Gemuk Itu Indah

Masa darjah lima tu badan aku seperti dipampam. Heheh.. maksud aku, seperti kena pam. Makin lama makin kembung. Makin lama makin kembung. Ok lah jugak kalau makin kembung aje. Kalau kejap kembung, kejap kuncup, lepas tu kembung balik, kuncup balik, tu dah kira proses luluhawa. Kalau batu besar mengalami proses luluhawa, lama kelamaan boleh retak dan jadi kecik-kecik tau. Jadi, kalau nak kembung, kena teruskan mengembungkan lagi badan. Jangan kejap kembung kejap kuncup. Nanti badan boleh retak. Yang bestnya, walaupun badan aku kembung, tapi aku lebih hensem dari ikan kembung.

Mak dengan Abah masih lagi meniaga nasik lemak. Jadi kalau ada belen-belen (balance-balance) nasik tu, aku TERPAKSA habiskan. Aku memang tak suka tengok makanan dibazirkan. Saudara-saudaraku sekalian... Bukankah membazir itu amalan syaitan?? Syaitan kan makhluk yang direjam?? Kalau aku tak tolong habiskan nasik-nasik tu, nanti aku macam mengamalkan amalan syaitan pulak. Kalau kena rejam, mati lah aku. Tapi, lama-kelamaan, badan aku pulak yang jadi macam anak jin dan syaitan. Dilema sungguh!

Walaupun aku gemuk, tapi aku seorang yang aktif. Hari-hari aku main bola. Aku memang terel main bola masa sekolah rendah dulu. Sekali aku rembat memang senak la perut golkeeper nak tangkap bola tu. Lebih kurang macam cerita Shaolin Soccer la. Sekarang je macam dah jadi kaki bangku. Mungkin sebab start sekolah menengah aku lebih suka main basketball.

Aku tak ingatla berat aku berapa kati masa tu. Tapi kira level budak gemuk la. Buah dada pun dah start tumbuh dah masa tu. Ha ha ha ha ha..

Chow

Monday, January 08, 2007

Cikgu Sarip Yang Kejam

Damn!

Rupanya dah nak sebulan aku tak update blog. Bulan lepas memang bizi gilo. Bulan ni dah tak bizi sangat, tapi malas dan takde rasa teruja untuk update.

Ok lah.. aku dah lama tak cerita pasal riwayat hidup aku. Aku sambung aje la..

Pada tahun 1988 aku masuk darjah 5. Cikgu kelas aku masa tu cikgu laki. Nama dia Mohd Syarif bin Omar sebab nama bapak dia Omar. Orang panggil dia Cikgu Sarip. Dia ni berbangsa orang jawa totok. Rambut kerinting. Muka ada kesan-kesan jerawat. Macam P.Ramlee masa muda-muda la. Dia ni garang nak mampus. Tapi kelakar jugak. Seingat aku, pada hari pertama masuk darjah lima lagi aku dah kena hempuk dengan dia ni. Ye la.. hari pertama sekolah mana ada belajar apa-apa kan? Sapa ada belajar tu memang nerd nak mampus la dan boleh go to hell la kan? Jadi, untuk memenuhi masa terluang tu kita kena la bermain-main kan? Bila bermain-main mesti la bising-bising kan? Sebab tu la kepala aku kena hempuk dengan buku yang besar dan keras. Siol jugak Cikgu Sarip tu kan? Itu kira ok la lagi.

Ada member aku bernama Tarmizi lagi best. Dia ni habit dia menggosok-gosok lubang hidung sendiri dengan jari. Cuba korang tegakkan jari telunjuk macam nak tunjuk arah. Jari telunjuk tau, bukan jari hantu. Lepas tu korang gosokkan jari telunjuk secara melintang kat kedua-dua lubang hidung korang (lubang hidung kiri dan kanan) seperti mengasah pisau. Laju-laju tau. Haa.. cubala! Macam tu la habbit si Tarmizi ni. Sampaikan masa tengah tiup rekoder sambil disaksikan orang ramai pun dia sempat pause untuk gosok hidung. Mungkin dia ada resdung atau pun taik hidung dia berkeping-keping kat dalam hidung.

Haa.. sebenarnya aku nak cerita yang si Tarmizi ni kena lempang dengan cikgu Sarip Dol tu dengan kedua-dua belah tangan. Selepas kena lempang tu aku tengok kepala dia bergegar-gegar seperti loceng besar lepas kena ketuk. Lepas tu dia tersengih-sengih seperti redho ke atas apa yang telah dilakukan ke atas dirinya. Kelakar siot. Apa? tak kelakar ke? Kalau tak kelakar dah la. Aku stop sini je la.

Esok aku try sambung lagi.

Tata..