Monday, January 15, 2007

Pergi Ke Sabah

Hari ni aku akan ke Sabah. Aeroplane MAS yang aku tempah akan bertolak pukul 1845. Aku kena naik kat KLIA. Nanti pukul 1845 aku akan tunggu tepi KLIA tu, dan tahan aeroplane tu untuk naik. Sampai je kat Sabah nanti, aku kena tekan loceng untuk turun. Mintak-mintak la aeroplane tu tak penuh. Kalau penuh terpaksa la aku bergayut kat pintu dia sampai la Sabah.

Sudah lama aku tidak pergi ke Sabah. Last sekali ialah 2 tahun dulu semasa aku masih bekerja dengan Celcom. Kali ni aku akan lepak sabah selama sebulan. Ya.. sebulan. *Petak kepala aku dok sana sebulan*

bye

13 comments:

13may said...

hahha...petak kepala!

booGie said...

Pegi KK ka?
Psstt... duk kat Sutera la, bwh club dia blh tahan! huehueh

Anonymous said...

yer sekarang ni aku sedang membayangkan en taiko melambai tangan menahan kapalterebang hahahah. harap2 pilot dia membrek dengan tepat.

Anonymous said...

"Tiket! Tiket!" kata pramugari dlm kapal terbang tuh.

Pastu bila ko tekan loceng nak turun, diorang bg ko parachute. Ko terjun la sendiri.

Kalo kapal terbang mcm ni kan best..

Unknown said...

we missed you already... :(

Lily G said...

pagi pagi pergi ke sabah
pergi sabah naik basikal
adakah manasabah
pergi sabah naik basikal

Anonymous said...

mane ader dalam kapal terbang pramugari diorang mintak tiket. cakap macam orang tak sekolah.

biasanya sebelum korang naik kapal terbang si ketua pramugara bagi pelempang kat penumpang setiap satu. Jadi, dalam kapal terbang si pramugari takde la nak jerit "Tiket,tiket!". Diorang check tanda pelempang jer.

bile nak turun pesawat, penumpang kena bagi pelempang dekat si ketua pramugara tu balik sebagai tanda check-out.

Awas pada sesiapa yang excess baggage. Normally masa korang nak check-in diorang main sepak jer dekat muka.

Zetty said...

so agaknya kat sabah nanti kau apdet blog ke tak?

Anonymous said...

lily,

munasabah. sbb pegi dari sarawak :p

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Boleh apa pergi Sabah naik basikal.

Tolak basikal masuk kat cabin, lepas tu duduk lah atas basikal tu. Empat jam lepas tu sampai la.

Kan? Kan!

13may said...

buat apa bawa basikal...baik bawa motosikal...cepat sikit...

kan? kan?

Taiko said...

Boogie: mau yang pilipin ka??

passerbye: pilot hari tu menggelabah sebab stereng allignment lari.

azq: meh la datang sini. boleh honey moon. ha ha

lego: betak sungguh!

lily:

pagi pagi pergi sabah,
pegi sabah naik basikal,
Kalau ada bawak bekal,
Lagi best kalau pegi sabah naik basikal.

naiji: apa yang kau meghepek ni syaiton?

zetty: insyaAllah aku apdet.

skiver: kau memang bijak! aku tak terpikir pun boleh pegi sabah dari sarawak. Kalau duduk kat sempadan sabah-sarawak lagi senang. Jalan kaki pun boleh.

Tenuk: kau pun bijak! kirim salam kat m.kumaresan ya..

13may: kau lagi bijak!! naik motor boleh bawak awek sekali ye dak?

Izham Miyake said...

apsal semua orang bijak2 ni taiko.. cuak aku nih..