Thursday, January 11, 2007

Gemuk Itu Indah

Masa darjah lima tu badan aku seperti dipampam. Heheh.. maksud aku, seperti kena pam. Makin lama makin kembung. Makin lama makin kembung. Ok lah jugak kalau makin kembung aje. Kalau kejap kembung, kejap kuncup, lepas tu kembung balik, kuncup balik, tu dah kira proses luluhawa. Kalau batu besar mengalami proses luluhawa, lama kelamaan boleh retak dan jadi kecik-kecik tau. Jadi, kalau nak kembung, kena teruskan mengembungkan lagi badan. Jangan kejap kembung kejap kuncup. Nanti badan boleh retak. Yang bestnya, walaupun badan aku kembung, tapi aku lebih hensem dari ikan kembung.

Mak dengan Abah masih lagi meniaga nasik lemak. Jadi kalau ada belen-belen (balance-balance) nasik tu, aku TERPAKSA habiskan. Aku memang tak suka tengok makanan dibazirkan. Saudara-saudaraku sekalian... Bukankah membazir itu amalan syaitan?? Syaitan kan makhluk yang direjam?? Kalau aku tak tolong habiskan nasik-nasik tu, nanti aku macam mengamalkan amalan syaitan pulak. Kalau kena rejam, mati lah aku. Tapi, lama-kelamaan, badan aku pulak yang jadi macam anak jin dan syaitan. Dilema sungguh!

Walaupun aku gemuk, tapi aku seorang yang aktif. Hari-hari aku main bola. Aku memang terel main bola masa sekolah rendah dulu. Sekali aku rembat memang senak la perut golkeeper nak tangkap bola tu. Lebih kurang macam cerita Shaolin Soccer la. Sekarang je macam dah jadi kaki bangku. Mungkin sebab start sekolah menengah aku lebih suka main basketball.

Aku tak ingatla berat aku berapa kati masa tu. Tapi kira level budak gemuk la. Buah dada pun dah start tumbuh dah masa tu. Ha ha ha ha ha..

Chow

9 comments:

terabot said...

Kalau aku tak tolong habiskan nasik-nasik tu, nanti aku macam mengamalkan amalan syaitan pulak

- itu mentekedarah namanya...hehehe

azq said...

heh heh...

13may said...

pakai bra saiz berapa???
hahha...

passerby said...

kuakuakua.... aku suka cerita shaolin soccer itu

LEGO said...

Nasi lemak berapa Posen? ade kacang tak?

Taiko said...

terabot: syaitan memnag suka makan darah ha ha ha

13may: 34C auwww.. maluuu

passerby: cerita tu memang best giler seumur hidup

lego: singgit setengah. ada kacang 2 ulas.

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Moral ceritanya adalah:

Kalau makan nasi lemak banyak-banyak, nanti tumbuh nasi lemak dua bungkus kat dada. Dah kena pakai bra.

:D

Tenno Miyake said...

patutla ko asyik ke tempat baju perempuan bila ke shopping complex.. dah biasa rupanya..

Fina said...

kok aku satu skolah ngan kau dulu, mesti kau la budak slalu kena bahan ngan aku kan.....bih tu aku akan offer nak share bra ngan aku tak...entah2 sama size kan...