Tuesday, January 23, 2007

Dicubit Oleh Cikgu Sarip Yang Kejam

Kalau korang nak tau, masa darjah lima dulu aku kena jadi penolong ketua darjah. Aku memang tak suka jadi 'ketua-ketua' ni dulu. Kalau dapat gaji takpelah jugak. Sebenarnya ada member aku yang jadi penolong ketua darjah ni pindah sekolah ke Kedah. Bebudak lain pergi undi aku pulak untuk ganti dia. 'Cadangan ditutup' pulak tu. Memang tak ikhlas pun masa aku jadi penolong ketua darjah dulu. Ketua darjah ialah budak pompuan. Biasanya masa time nak balik, lepas bebudak naikkan kerusi atas meja, ketua darjah dan penolong kena berdiri kat depan dan cakap 'terima kasih cikgu!!'. Tapi aku tak pergi ke depan. Memang aku nak protes. Aku tengok Cikgu Sarip tenung aku semacam je. Macam nak makan aku je. Aku tau la paha aku macam paha ayam. Bezanya cuma paha aku lagi seksi dari paha ayam, dan lebih seksi dari paha Dayang Nurfaizah.

Masa aku nak keluar dari kelas, Cikgu Sarip tahan aku. Bila semua budak dah keluar, dia ambik kesempatan mencubit aku sekuat hati. Memang aku rasa dia cubit aku sekuat-kuat hati dia. Dah la cubit kat atas dada (berdekatan dengan ketiak). Kira sempadan antara ketiak dan dada la. Tempat sensitif tu! Sakit gila!! Rasa macam baru lepas diperkosa aje masa tu. Hilang teruna aku! Lepas tu rasa macam nak demam je. Balik rumah, aku tengok badan aku dah lebam sebab kena cubit. Aku kalau setakat kena lempang ke, rotan ke, aku boleh tahan lagi. Tapi kalau cubit memang aku allergic la. Tak caya korang cuba lah cubit aku. Kalau nak kena flying kick cuba la.

Masa tu aku rasa macam nak balas dendam aje kat Cikgu Sarip. Siap la nanti kalau aku dah besar, aku jadi Cikgu, aku cubit anak kau dengan playar, Saripp. Lepas tu, bila anak Cikgu sarip dah besar, dia jadi cikgu, dia cubit pulak anak aku dengan Apit G (sejenis radas dalam makmal - takde kena mengena dengan G Spot. Kenapa nama dia Apit G? Sebab bentuk dia macam huruf G. Apit G ni kira adik beradik jugaklah dengan pipet (sebut betul-betul), buret (sebut betul-betul), dan tungku kaki tiga.

Semenjak kejadian dicubit tu, aku pun terpaksalah jadi Penolong Ketua Darjah dengan iltizam yang tinggi. Best jugak tulis nama-nama budak yang bising kat papan hitam masa cikgu meeting. Aku tulis nama aku pun ada jugak sebab aku pun bising. Tapi aku padam balik la bila aku dah diam balik. Har har har harun..

18 comments:

Anonymous said...

huhu agak kelucahan nama radas2 makmal kan...

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Agaknya Cikgu Sarip geram tengok dada ko yang masak ranum tu ... :D

Dia tu gay ke?

booGie said...

Dlm byk-byk nama yang disebut, hanya G Spot je yg saya faham.
Tambahan, kesian dada anda...

Lily G said...

Cikgu Sarip ni, bapak dia nama Dol ke?

Anonymous said...

hahaha.. apit G mana ada dlm makmal, dlm bengkel KH (kemahiran hidup) ada la brader..

Anonymous said...

ngee... azq tak penah cubit kerr? ngeeee

Anonymous said...

Rasa saya semua sekolah ada cikgu yang bernama sarip dan juga cikgu rahmah.

Unknown said...

cubit-cubitan senggol-senggolan ke?
*mcm pernah dengar ini lagu...

Zetty said...

peha kau lagi seksi dari Dayang Nurfaizah time dia pakai baju biru nyanyi kat AJL??? pergh!

13may said...

cikgu sarip ada gigit2 tak??? hahha...mana la tau..kot kot dia tertarik ngan bahagian dada hang tuh....huhuhu...

Izham Miyake said...

tsaiko giler cikgu sarip..

bistu, ko carik tak anak dia. entah2 dah besar dah...

agak2 cikgu sarip atau anaknya baca tak entry nih? hahahaaha!

XRNH said...

har har har har harun???

lawak gila, hahahaha..senak perut dok gelak.. hahaha..

Taiko said...

anonymous: jangan mandi hadas menggunakan radas ya..

cipan: mungkin kot. dah la tak pakai coli.

boogie: anda memang dewa kama sutra

lily: bukan dol.. samdol

macha: ha ah laa.. lupa pulak. aku guna untuk kepit kayu. terima kasih atas pembetulan.

passerby: itu rahsia rumahtangga

azq: syyyyy...

zetty: nampaknya kau cepat menangkap apa yang aku cuba terjemahkan. terang hati.

13May: heh heh. geli pulak aku baca.

entah: sejak aku sekolah menengah aku dah tak nampak cikgu sarip. Ramli sarip ada la nampak dlm tv.

tina: awat gambar macam kuntilanak? takootttt...

Unknown said...

nama aku masa kat skolah dulu, kaki retot...sebab masa time science aku jadik kaki retot meladun bola....

Unknown said...

beshnya kena cubit eh? ekekek

nazztradamus said...

aku rasa dada ko lagi seksi dari peha ayam & peha dayang nurfaizah la.. sebab tu cikgu sarip rela nak cubit kat situ.. nyum nyum

XRNH said...

kuntilanakk??

tak guna punya olanggg!!!!

Anonymous said...

LUCU LA STORY AWAK NIE....NAK PECAH KEPALA SAYA KETAWA NIE........