Monday, January 08, 2007

Cikgu Sarip Yang Kejam

Damn!

Rupanya dah nak sebulan aku tak update blog. Bulan lepas memang bizi gilo. Bulan ni dah tak bizi sangat, tapi malas dan takde rasa teruja untuk update.

Ok lah.. aku dah lama tak cerita pasal riwayat hidup aku. Aku sambung aje la..

Pada tahun 1988 aku masuk darjah 5. Cikgu kelas aku masa tu cikgu laki. Nama dia Mohd Syarif bin Omar sebab nama bapak dia Omar. Orang panggil dia Cikgu Sarip. Dia ni berbangsa orang jawa totok. Rambut kerinting. Muka ada kesan-kesan jerawat. Macam P.Ramlee masa muda-muda la. Dia ni garang nak mampus. Tapi kelakar jugak. Seingat aku, pada hari pertama masuk darjah lima lagi aku dah kena hempuk dengan dia ni. Ye la.. hari pertama sekolah mana ada belajar apa-apa kan? Sapa ada belajar tu memang nerd nak mampus la dan boleh go to hell la kan? Jadi, untuk memenuhi masa terluang tu kita kena la bermain-main kan? Bila bermain-main mesti la bising-bising kan? Sebab tu la kepala aku kena hempuk dengan buku yang besar dan keras. Siol jugak Cikgu Sarip tu kan? Itu kira ok la lagi.

Ada member aku bernama Tarmizi lagi best. Dia ni habit dia menggosok-gosok lubang hidung sendiri dengan jari. Cuba korang tegakkan jari telunjuk macam nak tunjuk arah. Jari telunjuk tau, bukan jari hantu. Lepas tu korang gosokkan jari telunjuk secara melintang kat kedua-dua lubang hidung korang (lubang hidung kiri dan kanan) seperti mengasah pisau. Laju-laju tau. Haa.. cubala! Macam tu la habbit si Tarmizi ni. Sampaikan masa tengah tiup rekoder sambil disaksikan orang ramai pun dia sempat pause untuk gosok hidung. Mungkin dia ada resdung atau pun taik hidung dia berkeping-keping kat dalam hidung.

Haa.. sebenarnya aku nak cerita yang si Tarmizi ni kena lempang dengan cikgu Sarip Dol tu dengan kedua-dua belah tangan. Selepas kena lempang tu aku tengok kepala dia bergegar-gegar seperti loceng besar lepas kena ketuk. Lepas tu dia tersengih-sengih seperti redho ke atas apa yang telah dilakukan ke atas dirinya. Kelakar siot. Apa? tak kelakar ke? Kalau tak kelakar dah la. Aku stop sini je la.

Esok aku try sambung lagi.

Tata..

10 comments:

Izham Miyake said...

Redho?

Aku dapat rasakan keredhoannya sama seperti bila kita gelakkan romdzi masa dia garu hambang dia tu.

Redho sungguh dia masa tu.. hahahaha...!!!!

Babi taiko.. buat aku gelak macam babi berkubang aje.. apa tak kelakar ke? hahaha..

Anak Mami said...

hang ni memang lawak la.. lawak tahap gaban!! (aku tau la, aku dulu selalu tengok citer gaban ni.. memang lawak detu..)

Anonymous said...

ye ye ye taiko dah sambung balik! aahh hidup aku kembali ceria.. btw, jawa totok tu menatang apa? mcm lucah je bunyiknyer..

Taiko said...

tenno: 'apa sengih-sengih?'. yang itu lagi best. ha ha ha

lego: bagus.. macam tu la sahabat.

anak mami: lawak ke citer gaban tu. aku saspen ada lah tengok gaban tu.

macha: jawa totok tu jawa pure lah. mana ada aku mencarut. totok tak sama dengan tetek tau.

13may said...

ceh! nak tengok entri baru punya pasal, rupanya dah sebulan aku masuk blog hang tiap2 hari....

Zetty said...

pergh, tiup rekoder sambil menggosok hidung...mana mau carik itu mcm punya skil ok. sila kagum.

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Brutal betol cikgu sarip ko tu. Aku pun keturunan jawa totok tapi takde lak kaum kerabat aku macam tu.

Agaknya selalu tak dapat kot ...

Taiko said...

13May: Syahdu sungguh aku mendengarnya. Tima kasih la..

zetty: Kalau gosok hidung, note akan ubah jadi G Sharp.

cipan: dia cikgu bujang laa... air naik kepala la tu

Rt Hon Sir Cipan Nougat-Tenuk said...

Air kalau naik kepala, kena tampar kepala kecik la, bukan kepala orang.

Bila kena tampar, kepala kecik tu pening. Bila dia pening, kejap lagi tu dia muntah la. Lega lepas tu ...

Tampar kepala orang, orang tu yang pening. Kalau dia muntah, dia yang lega.

Ko balik kampung kang bagi tahulah kat Cikgu Sarip macam tu ... :P

Unknown said...

apa beza penampor dan tempeleng?