Masa darjah 5 dulu, aku gi sekolah pakai seluar panjang kaler biru. Disebabkan bapak aku tak berduit, dia belikan aku sehelai je seluar sekolah yang kaler blue tu. Bermakna, kalau aku pakai hari isnin, seluar tu dah jadi kepam, sampai hari jumaat la aku pakai seluar kepam.
Tapi, selalunya hari isnin dah kepam. Kenapa boleh kepam? Sebab seluar tu la aku guna untuk bermain bola masa rehat. Tambahan pula, masa pendidikan jasmani pun pakai seluar sebab aku takde track bottom untuk mengcover my humps. My hump.. My hump.. My hump.. My Hump.. Spending all your money on me as many time on me. Cekidaut.. Ciss ada lagu selingan pulak.
Berbalik kepada cerita seluar kepam. Haa.. padang sekolah aku pulak jenis yang botak punya. Maksud aku ialah takde rumput. Kalau korang ni orang yang botak, jangan la kecik ati pulak ye. Aku takde niat nak kutuk orang botak macam korang ni walaupun kekngkadang aku tengok macam tembikai busuk pun ada. Maksud aku ialah kepala betul. Kalau 'kepala yang lagi satu' tu, memang la botak. Maksud aku dengan 'kepala yang lagi satu' ialah kepala lutut. Banyak pulak aku punya maksud aku. Macam kompius pulak kalau baca cerita aku kat paragraph ni.
Apa tadi? haa.. cerita pasal padang botak. Macam padang jarak padang tekukur pun ada. Dah la botak, berdebu pulak tu. Semua itu adalah faktor-faktor geografi yang menyebabkan seluar aku kepam pada hari Isnin. Nak ditambahkan lagi perisa sedap cerita aku ni, aku memang tak pakai seluar dalam masa sekolah rendah dulu. Bapak aku tak cukup bajet nak beli seluar dalam. Tak silap aku, seluar dalam dia sendiri pun dah ada lubang. Bila nak ganti aku pun tak tau.
Nak dijadikan cerita, seluar aku ni memang hobi dia nak koyak kat celah kangkang. Dah 2-3 kali mak aku jahit pun, dia koyak balik. Last2 aku je la yang jahit sendiri. Berjasa jugak seluar kepam tu kat aku. Oleh kerana dialah aku pandai menjahit.
satu hari tu masa pendidikan jasmani, aku terjatuh dan terkangkang. Koyak lama seluar aku kat celah bedah, eh.. celah kangkang tu pun terkoyak kembali. Kira macam luka lama berdarah kembali la. Dah la tak pakai sepender. Aku pun tak tau la ada orang lain nampak tak. Takkan aku nak tanya sorang-sorang pulak "kau ada nampak aku punya anu?". Gilo apo?
Itulah kisah aku dan seluar kepam aku. Moga ianya menjadi pengajaran untuk sahabat mengharungi hidup yang penuh cabaran di masa mendatang.
Sekian terima kasih. Sila tepuk tangan sebab cerita dah habis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
wakakaka.. tembikai busuk.. ko ni otak kuning la taiko.. menyampah pulak aku :p
hahahah...tadik jer aku baru bukak blog ni,pastu saje bukak balik...da ade update..aku ni tak der kije ker..btw,rasenyer ade tak awek senyum2 mase seluar tu koyak...??
haha.
mesti zaman sekolah ngan cousin aku tu kan kan kan?
aku rasa ko patut pakai cawaat besila time tu...baru leh tahan lama...
tapi kena cari yang stainless steel, sebab kalau berkarat kat situ...aduhai...
Assalamualaikum WBT.
Brother Hazril, saya selalu gak baca blog awak. Saya pun from Sains Raub (85-89). Wishing u good luck and all the best in your future undertaking. Skang keje kat TM.Tulisla bebanyak pasal secondary school.. saja nak recall back nama2 cikgu and the good old days kat sains raub... thanks
org tak nampak apa apa kot...sama jek kepamnya haha!
Bluqube resurrected!
http://lizzam.blogspot.com/
hahaha!
patutnye dah x kepam dah la sluar ko tu. sbb dah ade lobang kt celah tu. udara klua masok ngn senang..
bukan takat udara je nikman. Burung kuar masuk pun senang..
*tepuk-tepuk tangan*
Aku suka gambar Dr House tu.
Chi: kuning lah best. boleh stim stim
anonymous: ada. heh heh heh
caza: iye betul tu..
lizzam: kalau berkarat, taruk DD seven, berkilat la dia balik.
Anonymous: lambat lagi la cerita pasal sekolah menengah. tahun depan baru start. ha ha
Zetty: kepam bukan sebarang kepam. Tapi kepam ke pangkal lengan.
nikman: bukan setakat udara.. tanah, api, air pun senang keluar masuk. sebab tu kepam.
Tenno: alamak. kalau burung masuk, mungkin sebab dia nak bagi anak dia makan. ha ha ha
wan: terima kasih kerana tepuk.
aku rasa sekarang pun ko kepam lagi kan... tambah bila outstation... 2 bulan, 2ulan la tak basuh...
Taiko <-- ko check tak telo ko hilang sebelah ke tidak masa tu? ke sempit kutip balik? hehe..
dlm byk byk kepala...kepala mana yg paling keras????
hahha...jawab jawab!!
Post a Comment