Monday, September 25, 2006

Puasa di Perantauan

Pejam-celik-pejam-celik, angkat-tolak-masuk-picit, naik-tangga-turun-tangga, sorong-papan-tarik-papan, alih-alih dah bulan puasa dah.. Tahun ni aku berpuasa di perantauan. Tahun lepas pun kat perantauan jugak (Penang). Nak buat macam mana, dah body-luck (nasib badan).

Selingan (Lagu Perwira - Nyanyian Saloma)

Kekanda di medan perang,
Adinda di medan seni,
sama-sama berjuang,
sama sama berbakti,
untuk ibu pertiwi..

Majulah kekanda maju, jangan undur (Bulan puasa tak baik otak kuning. Ni lagu perang ni.)
Dinda mohon doa restu.. bla bla bla

Pagi tadi aku sahur kat bilik aje. Room Service hantar makanan sahur. Dah la taruk dalam mangkuk tingkat. Macam nak gi picnic kat PD je. Menunya ialah:

1. Nasik sepinggan
2. Kari ikan 4 ketul
3. Ayam masak kicap 4 ketul
4. Sambal udang - 5 ekor
5. Epal, Oren, Kurma, dan air kosong.

Punya la banyak lauk dia bagi. Macam perli aku je.. tak abis pun aku makan. Sapa nak sahur free, datang la bilik aku, bawak nasik je. Kalau boleh, bawak neskepe tarik kurang manis sekali.

Bulan-bulan puasa ni teringat aku masa darjah 5 dulu. Aktiviti paling menguntungkan masa tu ialah menjual tikam. Korang tau ke tikam yang mana aku maksudkan ni? Bukan kuih lompat tikam, tapi tikam judi punya. Koyak nombor, kalau kena, boleh dapat duit. Ada macam-macam design tikam ni. Ada gambar Apache (red indian), Jacki Chan, Superman, Thundercat, Kungfu mabuk, Buah-buahan, dan macam-macam lagi. Aku beli satu set tikam dengan harga Singgit setengah je. Tapi bila jual balik, boleh dapat 4 hinga lima ringgit satu. Biasanya satu tikam yang aku jual, habis dalam 2-3 hari je. Ada bakat jadi tokeh judi aku ni.

ESok aku sambung.... bulan puasa tak baik cerita merapu banyak sangat. Lagho..

Astaghhfirullahal'azim..

p/s: selamat berpuasa kepada yang puasa. Kepada yang tak nak puasa, makanlah korang kahak-kahak aku kat neraka nanti. Ha ha ha ha.

p/s2: bau mulut aku dah macam bau kasturi dah... ahhh.. segarnya..

18 comments:

Adu said...

Selamat Berpuasa Taiko. Bestnye lauk sahur ko. Aku makan roti ngan telur jek.

Selamat berbuka!

13may said...

sekali harung saja ka makanan sahur semua tuh???

ok..selamat menjamu selera:)

Taiko said...

sekali harung je la. Bukan aku order.. hotel yang bagi free.

Sunan_Jati said...

Waa... taiko.. hang baut aku teringat kisah yang lalu la...
aku pun dulu mcm hang jugak.. tokey hehehe!... yang heran tu.. bulan posa sj ader jual..

Ordinary Superhero said...

Wah, kecik kecik dah pandai bisness. Tapi kenapa permainan tikam ni popular masa bulan puasa?

Anonymous said...

HAHAHA!!!! Aku dulu jual tikam gak. Tp aku tokey penipu. Aku dah cabut tikam yg menang hadiah. Pastu aku jual yg lain. Dpt duit jual, hadiah aku dpt simpan.... Setan sungguh aku....

p.s. Tp kantoi ngan ayah aku. Kena rotan berbirat sampai dua minggu... (bapak aku semmgnyer ganas)

ILynn Virgobiru said...

aku dah terjebak masuk blog ni.
mmg kisah2 yg mnarik.
yelah,aku rs bdk2 lelaki mmg byk cite2 mnarik sbb diorg ni la kepala buat bende yg tidak2. hahahaha

selamat berpuasa taiko!

an2 said...

aku tau ko kalau bab makan memang kuat, tapi kata nak kurus?

gerberra said...

dear encik taiko,
di bulan mulia ini marilah kita merebut peluang beramal ibadat sambil dapat mengempiskan perut yg gemuk. Hehehe..Selamat berpuasa.Jangan makan byk sgt, susah bini n anak2 ko nak peluk nanti.Berusahalah!!

Lily G said...

selamat berposa taiko. posa diperantauan ni kira suma-suma pon posa lah ek?

Izham Miyake said...

ala perantauan sangat .. setakat JB-KL 2-3 jam aje.. kechoh la mamat ni hehehe..

woi.. bila nak buka pose sama2.. alang2 dah dekat JB tu..

kepala_angin said...

first time jumpa kuih lompat tikam tu kat pasar ramadhan last year. sedap... tapi, this yr tak de lak org jual :-(

Zetty said...

so, ukuran pinggang dah berkurangan belum?

Anonymous said...

ala, makan punye banyak, patut ko tak boleh guna lif, ikut tangga jer, baru berkesan hehe..

kalau bilik ground floor, wajib naik turun tangga sploh kali.. heheh

Anonymous said...

Oit, siapkan la kerja cepat, nanti jadi macam aku tahun lepas, da tinggal 5 hari nak raya baru siap kerja bai!

Anonymous said...

kt kg aku tikam masa bulan poser bleh dapat air tin, jelly besor & mercun/bunga api.smua tu hasutan spaya ponteng poser.tikam stail gores&menang.jauhila tikam dbulan poser.

Izham Miyake said...

eh ko kerja dengan bznya lagi ke?

Taiko said...

ye la.. ye laa.. aku update la