Saturday, October 14, 2006

Mercun Lagi (aku janji ini last punya)

Beberapa peristiwa menarik tentang mercun dalam hidup aku:

1. Sewaktu di Kampung Opah aku di Tapah Road (masa aku darjah 3), aku dan bebudak kampung main mercun lidi beramai-ramai. Mercun lidi adalah mercun yang ada lidi, kalau dibakar, dia akan terbang dan meletup di udara. Masa tu takde lagi mercun Thunder Clap yang bunyi berdesing masa terbang tu. Bebudak kampung tu tak main mercun ni secara 'taruk dalam botol dan bakar'. Sebaliknya diorang pegang mercun tu, bakar, baling. Tujuannya ialah supaya mercun lidi tersebut terbang lebih tinggi.
Ada sorang budak ni bernama Baron. Dia bakar mercun tu dan baling tinggi-tinggi. Malangnya mercun itu terbang ke bawah balik dan kejar dia balik. Dia lari. Masa tu dia pakai kain pelekat. Entah macam mana mercun tu boleh masuk dalam kain dia. Apa lagi, terlompat-lompat la member sampai mercun tu meletup. Memang macam kartun lah. Lepas tu dia cek kain dia ada terbakar sikit. Dia cium tempat yang terbakar tu, kemudian sambil tersengih-sengih dia cakap "Bau sate... Bau sate". Aku gelak macam nak terguling. Nasib baik tak meletup kat tolor dia. Kalau tak, sure mandul sebab dia tak pakai seluar dalam.

2. Ada sejenis mercun ni, aku panggil dia mercun gila. Ada yang panggil mercun lalat/lebah sebab dia tak meletup, cuma terbang sambil keluar bunyik lalat/lebah je. Aku kan duduk rumah flat tingkat empat. Dari beranda tempat sidai baju rumah aku, aku bakar mercun gila tu, aku baling ke bawah. Nak dijadikan cerita, makcik yang duduk ground floor tu tengah masak kat dapur dia. Mercun yang aku baling tu terbang masuk kat dapur dia. Apa lagi... "Oppp.. mak kau meletup pantat pantat pantat!!" aku dengar dia melatah. Lepas tu dia keluar dari dapur dia dan marah kat bebudak yang main mercun kat bawah. Aku terselamat ha ha ha.

3. Korang tau mercun papan? alaa.. yang Orang China bakar masa Kongsipatchoy tu. Kaler merah. Mercun ni digunakan untuk menyiksa binatang. Binatang apa yang aku siksa? Katak longkang. Alaaa. katak yang kembung-kembung yang ada kaler oren-oren sikit tu. Aku himpit katak tu dengan batu supaya tak dapat bergerak. Lepas tu aku selitkan mercun papan kat bawah batu tu jugak, dan aku bakar. Mercun tu meletup dengan batu dan katak tu sekali terpelanting. Kesian katak tu. Tak pasal-pasal mati katak. Ada member aku yang berani pegang katak, sumbatkan mercun tu dalam mulut katak, lepas tu bakar. Berkecai katak tu. Mati syahid akhirnya. Aku ingat lagi sesuai kalau pakai mercun katak kat katak tu.

4. Mercun tarik adalah mercun yang paling simple sekali masa tu. Tarik aje dengan dua-dua belah tangan, meletup la dia. Masa dekat sekolah, aku dengan member aku ikatkan mercun tarik tu kat tayar basikal budak. Bila budak tu naik basikal masa balik mercun tup meletup. Tak pasal-pasal budak tu terhoyong-hayang jatuh sebab terkejut. Aku dengan member aku gelak syaitan saja sambil perhati dari jauh.

5. Meriam buluh - Aku tak pernah main meriam buluh. Masa kekecik dulu bila kau nak join bebudak besar main meriam buluh, sure kena halau punya. Sialan. Jadi aku tak tau macam mana nak main meriam buluh. Kalau aku tau main, sure aku dah letupkan KLCC.

6. Mercun percut (payung terjun). Mercun ni kalau bakar, dia akan terbang, meletup dan turun sebagai percut. Satu hari tu aku bakar mercun ni, tapi aku tak sempat baling. Aku dibawak terbang oleh mercun tu. Nasib baik mercun tu jadi percut. Aku pun selamat mendarat. Yang peliknya, masa aku bakar mercun tu, aku kat KL. Bila aku landing, aku ada kat tepi laut. Kat KL mana ada laut. Ohh.. mimpi rupanya.

Sila kongsikan pengalaman anda bersama mercun.

9 comments:

Izham Miyake said...

Hek elleh..

aku baru je nak buat explanation pasal mercun ni kat blog aku, sejak korang semua macam tak faham sangat pasal mercun..

aku rasa ko tak cover mercun das la. xkan la ko tak main mercun das.. Bunga api cap kucing... mercun ular, dan sebagainya lah..

meriam buluh senang aje nak main.. tahun ni. aku nak main meriam buluh tembak bebudak yang buat bising kat rumah aku dan kawasan masjid aku tu...

kau tak reti main meriam buluh? hek eleh.... ciiiiiiiikai.. hehe (macam lego cakap)

Anonymous said...

Meriam buluh syok beb... Dulu masa aku kechik2 ader bebudak main nie dekat umah aku... Bising nak mampos. Bengang nyer pasal, esok tue bapak aku buat meriam sendrik nyer lg besau & lg power bunyi, celen bebudak nyer tue. Hahaha, member serender... Bapak aku mmg otai buat meriam... hehehe...

Anonymous said...

aku x penah main meriam buluh.. tp aku hangin dgr bunyik meriam buluh.. ada sekali tgh smayang terawih terkezut aku bebudak main meriam buluh.. memula ok.. tp last skali kuat giler pastu terus senyap. sok dlm sokkaba kuar berita budak taman aku putus jari.. padah muka!! hahahahariraya

13may said...

tempat aku..kami panggil meriam karbaid....siap berperang ngan kampung sebelah....

Anonymous said...

meriam yg paling sempoi dan senang dihidangkan adalah meriam katak. cuma menggunakan tin milo yg besar dan tebuk je lubang kat bontot tin tu. telungkupkan dan sedia untuk dicucuh. tapi jangan lupa kabait lak... cucuh camtu je sampai raya tahun depan pun tak meletup. bunyi boleh la tahan... nak lepas2 gian.

meriam ni dulu aku main kat tepi rumah je. tapi bapak aku punya la mengamuk (tandanya meriam ni tak boleh dipelekeh -kuat siot) last2 aku pi main kat ladang kelapa sawit, nak privacy punya pasal. tapi kena maki kat pakcik yg lalu ngan moto kat situ. maunya tak marah... tengah syiook bawak moto sambil bawak sabit pengait, tau2 bunyi meriam katak aku. tak hingat punya tekejut pakcik tu. hampir dia nak campak pengait dia. pastu kita org pakat gelak. tu yg buat dia lagi hangin.

Ordinary Superhero said...

Kawan aku pernah main mercun lebah. Sekali baling masuk dalam koler baju. Mau enam bulan jugak baru hilang lendir nanah sebab terbakar. Haru woo.

Anonymous said...

Woi mercun ayam pon ader. Ayam bapak ngan ayam betina. Dia bunyi "kiokkk!!" pastu kalau ayam btina kuor teloq sbijik. Mercun ni utk pompan yg takot main mercun jek. skian tima sey.

Taiko said...

Tenno: Aku takde pengalaman menarik tentang mecun das. Sebab tu aku tak cerita. Ya, aku akui aku ciiiikai.

Uda: Makcik aku sorang nama Meriam tapi tak pandai buat meriam. Buat lemang pandai la.

Luckily: CIiiiiKai!!

13may: Ya, dikampung aku pun begitu. tetapi diorang tak bagi aku joint. Sialan!

cangkul: yaa... yaaa.. meriam katak. Bagus.. pengalaman macam ni la aku nak dengar. Ha ha ha. Tima kasim.

Ordinary: Haaa... ni pun kelakar. ha ha ha. Tima kasim.

mayatkarim: yaa.. aku ingat.. mercun ayam. ha ha ha.. bagus.. bagus..

Azhan's said...

hahah..memang sirius lawak!=)