Wednesday, May 30, 2007

Darah Tinggi

Semalam aku gi klinik.

Aku mintak doktor cek tekanan dara. Eh silap, cek tekanan darah.

Doktor kata tekanan darah aku tinggilah. Tapi aku lupa pulak nak tanya berapa meter tingginya.

Selalunya tekanan darah tinggi ni terjadi apabila kandungan garam dalam darah terlebih. Kalau aku masak, aku akan taruk garam secukup rasa je. Memang dalam buku resepi pun selalu mention 'garam secukup rasa'. Hmmm.. Adakah sebab masa kecik-kecik dulu aku ada terminum air laut masa mandi kat Port Dickson? Takkan sebab tu kot? Peristiwa tu dah lama berlaku. Masa tu bulu ketiak pun takde lagi.

Lagipun, kalau darah aku terlebih garam, kenapa kalau aku tak mandi sehari ketiak aku jadi masam? Maksudnya, aku terlebih asam, bukannya terlebih garam. Atau aku sebenarnya terlebih asam garam? Inilah asam garam kehidupan.

Cakap pasal asam garam ni, aku teringat masa aku bujang-bujang dulu, aku menontoned (past tense) cerita Roda Impian kat TV bersama housemate di Bukit Beruang, Melaka. Masa tu pengacaranya ialah Halim Osman. Ada sorang peserta tu, seorang lelaki berbangsa India, memang kelakar gila la. Nama dia aku tak ingat la. Situasinya macam ni:

Pembayang: Simpulan Bahasa

Jawapan: A-S-A-M ?-A-R-A-M

Memang tinggal huruh G aje yang tak bukak lagi. Sampai kat mamat India tu, dengan kompidennya dia cakap "Saya selesaikan Halim... ASAM HARAM!!"

Aku gelak macam nak kena histeria kat rumah tu. Halim pulak dengan selamba cakap "ohh.. asam masih boleh dimakan di Malaysia".

Berbalik kepada cerita darah tinggi. Mak bapak aku sebenarnya ada darah tinggi. So, aku memang berkemungkinan besar la untuk mengidap darah tinggi. Ditambah pulak, kerja aku 2 tahun kebelakangan ni penuh dengan pressure dan selalu kena kerja lebih masa. Kadang-kadang aku kerja malam. Kadang-kadang, balik dari kerja malam, aku 'kerja malam' lagi sebelum tidur. Heheh.

Atau, mungkin sebab masa zaman remaja dulu aku menyuap halwa telinga aku dengan muzik-muzik yang keras? Tak logik pulak aku rasa.

Atau, mungkin sebab hari2 aku minum nescafe?

Entahlah.. yang pastinya, aku perlu berjogging setiap hari. Aku rasa dah nak masuk 2 bulan aku mengamalkan jogging sampai tak larat nak lari dah. Kalau berterusan macam ni, aku ingat tahun depan aku akan jadi hensem la. Sila doakan kejayaan saya, kenang daku dalam doamu.

Terima kasih.

Friday, May 18, 2007

Enam Tahun Berlalu..

18 Mei 2001 - Hari Jumaat. Aku dinikahkan dengan isteri tercinta.

18 Mei 2007 - Hari Jumaat jugak. Aku dah ada 3 anak

Sekejap je aku rasa. Dah 6 tahun aku meninggalkan zaman bujang sunti. Buat pengetahuan korang, aku masih lagi teruna masa aku dinikahkan dulu. He he he.

Ohh.. gambar ni bukan gambar kawin. Tapi gambar sempena raya tahun lepas.

Thursday, May 17, 2007

WAJIB TONTON - SUMOLAH



Hi Kawan-kawan,

Malam tadi aku tengok SUMOLAH dengan wife aku. Cerita ni memang kelakar. Korang pergilah tengok. Ajak la mak bapak, adik beradik, kengkawan etc tengok sama-sama. Kalau korang tak gelak masa tengok cerita ni, elok korang jadi Zombie aje la. Lepas dah tengok tu jangan lupa tolong promosikan kat internet, radio ERA, RTM, TV3, balai raya, Pertama Kompleks, Stesen LRT, dan PLUS Highway.

Ayuh kawan-kawan... kita PECAH PANGGUNG minggu ni. Support brader Afdlin Shauki! Dia gemuk, dia kelakar, dia comel, dia kreatif.. macam aku jugak.

Kalau korang boleh support cerita Spiderman, takkan korang takleh support SUMOLAH. C'monlah..

Regards,

Taiko Must Die


Friday, May 11, 2007

Ibu

Hari ni aku nak cerita pasal Ibu la..

1. Ibu Jari (ke.. Jari Ibu?)

Walaupun jari telunjuk, jari hantu, jari manis dan jari kelingking tidak dilahirkan oleh ibu jari , tanpa ibu jari susah lah jari-jari yang lain tu nak bekerja. Kecualilah kalau jari telunjuk hanya kita gunakan untuk mengorek hidung (bontot sekali-sekala), jari hantu untuk tunjuk isyarat lucah, jari manis untuk sarung cincin, dan jari kelingking untuk korek telinga.

Bayangkan kalau anda takde ibu jari? nak suap nasik susah, nak ambik barang susah, nak tumbuk orang pun tak sakit.

Cuma, nak basuh berak je senang. Saya tak taulah kalau anda includekan ibu jari masa anda basuh berak. Sebab itulah ibu jari tugasnya suci. Walaupun kita hanya ada ibu jari, kita akan sentiasa bersyukur sebab sentiasa tunjuk tanda 'good'. Heh heh

2. Ibu Roti

Walaupun ibu roti tak mengandungkan dan melahirkan roti, tanpanya roti akan jadi lempeng sahaja. Ya.. saya tahu, lempeng juga sedap dimakan kalau dapat cicah dengan sardin. Tapi, roti enak dimakan begitu saja. Kalau tak caya cuba dengar lagu iklan Gardenia.

3. Ibu Kota

Saya suka lagu 'Ibu Kota cinta' nyanyian Def Gab C. Walaupun suara penyanyi dia sengau sikit, tapi sungguh sesuai dengan genre lagu yang dibawak. Tahukah anda bahawa 20 tahun dulu, radio KLFM di panggil Radio Malaysia Ibu Kota (RMIK)? Apa kena mengena pulak cerita ni? heh heh

4. Ibu Mertuaku

Cerita P. Ramlee ini pernah memenangi anugerah dalam Pesta Filem Asia. Dalam kategori apa aku tak ingat la. Korang bayangkan lah kalau P. Ramlee takde ibu jari. Mesti dia susah nak main seksofon. Begitu jugak dengan Chombi, kalau ibu dia takde, entah-entah dia pun jadi buta. Silap-silap jadi bohsia. Dah la buta, jadi bohsia pulak tu. Hina sungguh! Aku takut kalau ada Bohjan ajak buat projek dalam kereta, dia nak pegang lain, tapi terpegang batang gear. Heh heh heh.

p/s: Kalau korang nak tunjuk kepada isteri korang yang korang lebih utamakan keluarga isteri korang dari keluarga korang, senang aje. Korang kena sayang ibu mertua isteri korang melebihi korang sayangkan ibu mertua korang sendiri.

5. Ibu Ayam

Ibu ayam sanggup merelakan dirinya bertelur untuk menyambung zuriat. Korang bayangkanla - Ingat senang ke nak keluarkan telur tu? Takde bidan yang sambut pun! Dah la telur tu besar. Lepas tu sanggup pulak mengeram telur sampai menetas. Korang sesuka hati je curik telur tu untuk makan. Cuba ayam pulak yang curik telor korang? Lebas tu diorang patuk-patuk telor tu untuk makan. Apa perasaan korang?

6. Untukmu Ibu

Lagu nyanyian kumpulan Exist ni sungguh pelik.

" Ohhh Ibuuu.. kau disiram bayu pagi"

Ooo.. mungkin ibu dia kerja menoreh getah. Tak pelik.. tak pelik.. aku silap. Mintak maap.

Selamat Hari Ibu

Monday, May 07, 2007

Tak Dapat Jadi Pengawas

Dah lama dah aku tak cerita sejarah hidup aku. Bukan apa, bila nak cerita pasal sejarah hidup ni, ceritanya kena cerita betul. Bila ceritanya cerita betul, penguasaan ruang dan roh agak terbatas. Untuk meluaskan penguasaan ruang dan roh, aku kena GALI balik sejarah hidup aku yang lebih dulu makan kiki bubble gam daripada korang. Untuk menggali bukannya senang - perlu ada konsentrasi dan mood yang bersesuaian. Sebab itu sejak kebelakangan ini, aku hanya mengupdate blog semata-mata untuk 'melepaskan kentut dalam lif'. Apa yang ada dalam kepala otak aku, aku main tulis aje.. tak kira la pantun ke.. sukan ke.. dan lain-lain lagi.

Baiklah anak-anak, tampa (saja je aku eja salah - sepatutnya 'tanpa' - ini hukum tajwid ikhfa' - bila huruf n mati bertemu huruf p) melengahkan masa, aku sambung la kisah hidup aku..

Masa darjah lima dulu aku teringin untuk dipilih jadi pengawas bila naik darjah 6. Kenapa aku nak jadi pengawas?

1. Sebab pengawas pakai baju kaler biru
2. Sebab pengawas pakai tai kaler merah
3. Sebab pengawas dapat jaga kelas lain masa cikgu meeting

Selalunya budak yang dipilih jadi pengawas ialah budak2 yang pandai. Aku adalah seorang budak yang pandai. Kadang-kadang aku juga jadi seorang budak yang pandir. Masa darjah 5 dulu aku dapat nombor 5 dalam kelas, dan jugak nombor 5 dalam sekolah. Kat luar sekolah aku tak tau la aku dapat nombor berapa. Dalam peperiksaan akhir tahun, aku telah mendapat markah matematik 98% walhal tak ada sorang pun budak lain yang dapat markah 90 ke atas. Memang tahun tu soalan susah sikit, sebab ada campur soalan syllabus darjah 6. Cikgu Sarip yang kejam itu telah memberikan aku hadiah berupa album gambar. Nanti kalau aku jumpa album gambar tu kat rumah mak aku, aku scan dan taruk dalam blog ni. Nasib baik la English aku lemah masa tu. Kalau tak, memang kompom dapat nombor satu punya.

Malangnya aku tak diterima sebagai pengawas. Padahal ada budak yang lagi bodoh daripada aku dapat jadi pengawas. Bukan setakat yang bodoh dari aku je, yang bodoh betul pun ada yang dapat jadi pengawas. Aku rasa satu sebab je yang menyebabkan aku tak dapat jadi pengawas - sebab pakaian aku lebih sesuai untuk jadi pengganas. Ye lah.. baju aku kadang-kadang ada kesan sambal nasik lemak. Seluar aku kepam. Ketiak aku masam. Seluar dalam pulak tak pakai.

Atau pun, mungkin sebab aku gemuk. Adakah budak gemuk tak layak jadi pengawas? Ini tidak adill!! Walaupun aku gemuk, tapi aku hensem, dengan syarat kena kasi make up dulu la. Tambahan pulak, budak gemuk lah yang sesuai untuk menjadi pengawas atau lebih dikenali dengan nama bouncer. Baru la budak2 takut. Betul tak? Lagi pun, bukan salah aku yang menyebabkan aku gemuk. Semuanya salah err salah sapa ha? Ye laa.. ye laa... salah aku laaa..

Oleh kerana aku terlalu frust sebab tak dapat jadi pengawas, aku pun bagi notis untuk tak nak datang sekolah selama dua bulan kat Guru Besar. Disebabkan Guru Besar tu takut dengan aku, dia pun setuju dengan kehendak aku tu atas alasan, memang time tu sekolah semua cuti. Heheheh *kata tadi kena buat cerita betul, ni apahal cerita tipu pulak ni?*

Sekian terim kasih.

p/s: errr.. kalau korang jadi cikgu aku, korang lantik tak aku jadi pengawas?

Thursday, May 03, 2007

Arena Sukan

Hari ni aku nak bercerita pasal sukan la pulak.


1. Bola Sepak

Pernah berlaku salah paham di sebuah negara dunia ke tiga dalam sukan ini. Ini adalah kerana ada puak yang membaca huruf 'e' dalam perkataan 'sepak' secara 'e pepet', dan ada yang membaca secara 'e taling'. Mereka bertegang urat untuk memastikan bola sepak di mainkan dengan menyepak bola dengan kaki atau menyepak (lempang) bola dengan tangan. Akhirnya semua rakyat yang bergaduh itu mati kena tendang dan tampar oleh Menteri Belia dan Sukan negara itu. Buat pengetahuan anda 'e pepet' takde kena mengena dengan sejenis kemaluan.


2. Sepak Raga (Sepak Takraw)

Pada asalnya sepak raga dimulakan oleh seorang suami yang panas baran. Si suami telah menyuruh si isteri pergi ke pasar untuk membeli kuih cekodok. Tetapi si isteri yang bodoh-bodoh alang itu telah membawa balik beberapa ekor kodok dalam raga yang selalu digunakan untuk pergi pasar. Dengan kemarahan berganda, si suami telah menyepak raga itu sekuat hati dengan cara lipat maut.


3. Bola Keranjang

Pada zaman Parameswara dulu, permainan bola keranjang hanya dimainkan oleh sepasang pengantin baru semasa majlis kenduri kahwin (lepas acara marhaban). Ianya bertujuan untuk memanaskan badan sebelum mereka pergi ke ranjang.


4. Bola Tampar

Merujuk kepada peristiwa ngeri dalam sejarah bola sepak di atas, penyokong puak-puak yang mengatakan bola sepak sepatutnya dimainkan secara melempang bola dengan tangan telah mencipta permainan bola tampar ini. Menurut sumber yang boleh dipercayai (seorang pengawas pusat sumber), mereka telah melukis gambar Menteri Belia dan Sukan pada bola tampar itu untuk memastikan spike yang dilakukan sekencang cerita Moero Attack!


5. Badminton

Nama asal permainan Badminton ialah Bulu Tangkis. *oleh kerana terlalu lucah, aku terpaksa mengkensel untuk ceritakan asal-usul permainan ini* Tapi, aku bagi clue la sikit.. *tak jadi la... sebab clue pun terlalu lucah* Kalau nak tau jugak, sila tanya Misbun Sidek dan Haliza Misbun.


6. Judo

Permainan yang tak bermoral ini berasal dari negara Jepun. Orang-orang Jepun suka sangat mengacau kengkawan tengah semayang. Sewaktu rukuk dan sujud, kengkawan yang tak semayang tu telah menyuntut jubo orang yang semayang dengan menggunakan hujung jari. Pada suatu hari, salah seorang mereka telah tersilap suntut. Ada ke pergi suntut jubo Pak Imam. Pak Imam yang sedang khusyuk itu telah melatah dan suaranya berkumandang di corong speaker melalui mikropon. Oleh kerana rasa terhina, Pak Imam telah membelasah penyuntut itu dengan teknik Judo yang kita kenali pada hari ini. Pada asalnya, qariah surau di kawasan kejadian itu ingin menamakan seni mempertahankan diri itu sebagai 'Jubo'. Tetapi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancungan telah mengubah namanya kepada Judo supaya nampak lebih manis mengikut adat resam ketimuran.

Heh hehh.. ada lagi sukan lain sebenarnya.. tapi tak larat pulak nak tulis. Makin lama makin merapu pulak nampaknya. Stop kat sini dulu la. he he he.

Majulah Sukan Untuk Negara