Tuesday, July 24, 2007

Hero Yang Dilupakan

1. The Greatest American Hero



Korang pernah tengok cerita ni? Cerita superman kelakar. Rambut kerinting. Terbang pun asik terlanggar tembok. Tidak ada kena mengena dengan kumpulan Alleycats.

2. Captain America



Korang pernah tengok kartun ni? Kartun yang tak banyak pergerakan. Kira komik unanimated yang disiarkan dalam TV. Mati semasa perang Telok di Telok Intan.

3. Shazam



Korang pernah tengok cerita ni? Ini orang petir. Terbang sepantas kilat. Tidak ada kena mengena dengan Pasukan Shahzan Muda.

4. Plasticman



Korang pernah tengok kartun ni? Dia ni sekali melangkah, 3 bangunan. Ye la.. kelangkang dia boleh dibesarkan sesuka hati mak bapak dia je. Bukan setakat kelangkang, satu badan dia boleh jadi panjang. Kalau main basketball, badminton, bola tampar etc mesti champion. Telah berjaya dalam bidang plastic surgery.

5. Kaber Hero Kaber Zero



Korang pernah tengok cerita ni? Aku baru semalam tengok. Tergelak-gelak aku sensorang. Ha ha ha ha. Yang ni belum dilupakan, sebab masih lagi kuar kat TV.

Friday, July 20, 2007

Sekolahku Syurgaku

Masa darjah 6 dulu aku cukup suka pergi sekolah. Aku pelik jugak sebab ada budak-budak yang tak suka pergi sekolah. Mungkin sebab masa darjah 6 dulu batch aku yang merasmikan bangunan baru. Kerusi baru, meja baru, papan hitam baru, malah jamban pun baru. Korang tau je la jamban kat sekolah macam mana condition dia kan? Bau dah la semerbak. Kadang-kadang ada taik melepet kat atas lantai. Anak sapa lah agaknya yang otot kemut dia tak kuat untuk menahan taik daripada terkeluar. Jadi, kalau ada jamban baru, ada la selera sikit untuk memburan (berak) kat sekolah.

Sebenarnya ada beberapa perkara yang menyebabkan aku suka pergi sekolah.

1. Dapat skodeng anak dara sunti.

Apa benda sunti tu ha? Suntut aku tau la. Tapi sunti tu apa benda? Ooo.. mungkin sebab masa tu kitorang kena suntik BCG. Eh.. BCG ke kancing gigi ha? aku lupa la. Alaa.. yang enjek kat bahu sampai berkudis tu la. Ke.. enjek rubella? Aku lupa la. Kancing gigi kot? Aku dulu tak tau apa sebenarnya kancing gigi tu. Kencing aku tau la. Tapi takkan nak kencing kat gigi? Buang tebiat ke apa.

Aku kalau bab enjek-enjek ni memang macho la. Masa umur aku 2 tahun dulu, mak aku cakap, jarum patah bila nurse tu cucuk bontot aku. Power giller bontot aku. Macam besi. Besi berani pulak tu. Satu level dengan Transformers la.

Berbalik kepada cerita anak dara sunti..

Best ooo skodeng. Itu saja.

2. Dapat semayang jemaah dengan kengkawan.

Lepas skodeng kena la bertaubat ye tak? Baru la dosa-dosa tu terhapus. Kalau nak pergi semayang, ada satu bilik darjah yang dijadikan surau. Cuma kalau nak ambik wuduk aje yang kena ambik kat singki tandas. Ada sorang member aku ni, agak pendek jugak la orangnya. Dia nak basuh kaki kat singki tu. Masa dia nak tarik kaki dia keluar dari singki tu, entah macam mana singki tu boleh tertarik keluar sekali, lalu terhempas ke lantai, pecah berderai seperti pasir di tepi laut.

Habisss.. terpaksa la kitorang mengaku dan pergi membuat aduan di bilik Guru Penolong Kanan 1, yang bernama Puan Asiah. Puan Asiah ni dah tua orangnya. Kurus kering, pakai tudung, dan bercermin mata. Kadang-kadang aku nampak dia ni macam nenek kebayan jahat dalam kartun Popeye. Popeye kan ada 2 musuh. Bluto dengan Pompuan tua tu kan? Haaa.. macam yang pompuan tua tu la si Puan Asiah ni. Cuma Puan Asiah ni takde bela burung enggang macam cerita Popeye tu la. Kalau ada pun, mungkin dia tinggalkan kat rumah. Kalau bawak ke sekolah, kena tangkap dengan pengawas, mesti dia malu.

Selepas kita kena bebelan dia, dia suruh kawan aku tu ganti balik singki tu. Dan, bilik darjah yang dijadikan surau itu pun tak leh digunakan untuk semayang. Sebenarnya ada sorang cikgu pompuan yang mintak bilik darjah tu dijadikan tempat semayang. Apa nama dia aku tak ingat la. Dia ni pakai purdah. Aku rasa dia ni pengikut Al-Arqam. Memula aku nampak dia pakai purdah, aku ingatkan dia ada menuntut ilmu Ninja. Tapi aku tak nampak la pulak dia bawak bom asap serta senjata bintang kecik. Kalau dia mengajar, baru dia bukak dia punya tutup muka. Tak cun pun. Hehehe

Apasal hari ni aku tulis banyak pulak ni? dah la.. buang masa aku je.

Bye

Monday, July 16, 2007

Chop!

Masa darjah enam dulu aku terkena Chicken Pox. Aku rasa masa tu aku tak pernah lagi pun makan chicken chop. Tapi kenapa aku boleh kena chicken pox? Takkan korang tak tau kot.. Sebab.. chicken pox takde kena mengena dengan chicken chop.

Penjelasan: Kalau chicken chop ada kena mengena dengan chicken pox, sure korang boleh kena lamb pox kalau makan lamb chop. Kalau makan pakai chopstik, mesti korang kena poxstick.

*Aku rasa korang dah paham bahawa pox takde kena mengena dengan chop*

Bercakap tentang chop, chop ni ada tiga maksud.

1. Cetak. Contohnya cop syarikat, cop mohor, cop stem dan sebagainya.

Contoh perbualan: Kau ni hari-hari mintak duit kat aku! Ingat aku ni kerja cop duit ke? Dah la kerja malas. Muka pun tak hensem. Tua kutuk. Nak mampus! Baik kau pergi belajar main bola. Untung-untung boleh ganti pemain Malaysia. Pemain yang sedia ada pun dah kaki bangku. Lagi sekali kau mintak duit kat aku, aku tempeleng kau sampai ada cop bentuk tapak tangan aku kat pipi kau!

2. Pause: Kalau tengah bercakap atau tengah main, kita kena cakap 'chop!' untuk menghentikan perbualan atau permainan.

Contoh perbualan: Cop! aku nak terkentut kejap. Prottt... Ok. Boleh sambung makan balik. Silakan.. silakan... tambah lauk, jangan malu-malu.

3. Booking: Untuk memastikan orang lain tak ambik apa yang kita nak.

Contoh perbualan: Hello.. Air Asia ya? Saya nak chop tiket pergi Siam la... Apa? ada orang lain dah cop? Takkan tak boleh adjust? Hah? Tak boleh? Takpela kalau macam tu, saya cop awak aje lah. Ohh.. awak pun dah kena cop? Takkan tak boleh adjust? Boleh? Yahooo.

Apa daa.. sekejap 'chop', sekejap 'cop'.

Dalam banyak-banyak cop, cop apa yang kuat? Tettt.. masa dah habis. Space Cop Gaban.

Dalam banyak banyak ular, ular apa yang alim? Tettt.. masa dah habis. Ulama'

BYe

Wednesday, July 11, 2007

Tiga Lawak Bodoh

Berdirinya saya di sini ialah untuk menyampaikan 3 buah lawak bodoh. Semoga boleh menghilangkan stress!

Lawak Bodoh 1

Di dalam satu bilik darjah, semua pelajar tidak dibenarkan untuk bercakap. Tetapi ada seorang budak yang bernama Manap bergegar-gegar sehingga mengganggu pengajaran yang disampaikan oleh si cikgu.

Cikgu: Manap, kenapa awak bergegar-gegar? Awak tak sihat ke?
Manap: Maaf cikgu. Saya terpilih opsyen 'vibrate'. Saya tukar kepada silent ya.


Lawak Bodoh 2

Satu perbualan telah berlaku antara seorang warga Malaysia dengan warga Indonesia.

Malaysia: Butuh kamu lah!
Indonesia: Kamu butuh aku untuk apa?
Malaysia: Supaya kamu jadi anak gampang
Indonesia: Waduhh.. aku bukan berasal dari keluarga gampang. Aku anak singkong.


Lawak Bodoh 3

Latip yang kurang pendengaran ingin meminta nasihat dari kawannya dengan meminta skrip yang sesuai semasa melawat Pakciknya di hospital. Kawannya pun memberikan skrip yang sesuai untuk di hafal oleh beliau.

Skrip asal..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Sudah semakin sembuh. Dua tiga hari lagi baiklah ni.
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Boleh tahan juga. Berselera Pakcik makan.
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Sungguh berpuas hati. Kerana pakcik dilayan seperti VIP.
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Tiba di hospital..

Latip: Apa khabar pakcik?
Pakcik: Aku terasa seperti mau mati. Lebih baik mati dari sakit seperti ini!
Latip: Syukur alhamdulillah.. semoga dipercepatkan hajatnya. Bagaimana makanan di sini?
Pakcik: Makanan yang aku dapat macam makanan kuda!
Latip: Bagusss.. Makanan begitu memang sesuai untuk Pakcik. Enak sekali! Bagaimana layanan yang Pakcik terima di sini?
Pakcik: Aku dilayan seperti bangkai bernyawa!
Latip: Hebat sekali! Pakcik sungguh beruntung kerana memang pakcik begitu orangnya kalau di luar.

Pakcik terus meninggal selepas bual bicara ini.

Bye

Wednesday, July 04, 2007

Oghang Beghok (Beghokman)

Semalam aku nampak orang muka macam beghok (beruk). Alaa.. dekat stesen KL Sentral la. Masa aku nak balik dari opis. DUlu aku sekolah kat Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang Darul Makmur (Semesta). Ada sorang junior aku ni, orang panggil dia Beghok (beruk). Kenapa? Sebab dia punya muka ada iras-iras beghok la. Kalau ada iras-iras beghok, takkan nak panggil dia tu mengkarung, platipus, atau cerpelai pulak kan? Serius aku cakap, memang muka dia ada iras-iras beghok. Mungkin sebab struktur tengkoghak dia.

Disebabkan aku ni kadang-kadang peramah tak kenal tempat, aku pun panggil la mamat tu "woiii.. Beghok!!". Dia pandang aku semacam je. Aku tanya dia "kau budak Semesta ke dulu?". Alih-alih dia kata "Bukan", dengan muka masam. Aku pun dengan tersengih kerang busuk cakap "hehhe.. sorry la.. salah orang", dan terus berlalu sambil bersiul-siul ke arah langit.

Kesimpulan dari cerita ini: Theori Darwin adalah tidak benar walaupun ada orang yang muka iras-iras seperti beghok. Sebab? ada jugak member-member aku yang iras-iras kambing, unta, Ular senduk dan sebagainya. Ini bukan nak kutuk ciptaan tuhan ya. Ini cerita betul.. bukan cobaan! Ada sorang member aku lagi pulak, dia suka garu-garu jambang. Memang macam beghok. Bila aku dan kengkawan sound dia "kau ni seghabai la.. macam beghok! asik-asik garu jambang!" Dia jawab "Mana ada!", sambil garu-garu jambang dia. Betul tak Bai?

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)" (49:13)

Bye.

p/s: masa aku kecik-kecik dulu, aku ada baca buku cerita "Pulau Berukera". Best jugak cerita dia.
p/s2: bayi dilahirkan macam ular. Nauzubiilah

Added on 9/7/2007:

Kat ruangan komen aku ni ada yang kata tajuk buku 'Pulau Berukera' tu lain. Buku yang aku baca tu tajuk dia memang 'Pulau Berukera'. Tak percaya cuba tengok gambar ni.