Friday, February 10, 2006

Cerita Gigi

Assalamualaikum

Korang punya sekolah dulu ada tak Nurse pergigian datang untuk ajar cara-cara memberus gigi dengan betul? Kalau ada bagus la.. kalau takde, tak best la.. Dekat sekolah aku dulu ada. Aku tak tau la nurse tu datang dari mana. Sama ada dari klinik gigi kerajaan atau pun dari Colgate. Sebab barang-barang yang dia bawak untuk ajar kitorang cara memberus gigi pun daripada Colgate. Kenapa dia tak bawak barang-barang dari Darkie (sekarang Darlie) atau Sparkle atau Zaitun?? Tapi tak kisah la. Janji aku dapat barang-barang free seperti berus gigi, cawan kumur-kumur, ubat gigi dan buku pasal gigi. Terima kasih Colgate!! Tak sia-sia bapak aku beli Colgate sebagai jenama ubat gigi keluarga. Err.. korang tau tak asal usul nama Colgate?

Cold + Gate (gigi) = Colgate.

Kalau asal-usul nama Darkie pulak sebab maskot dia tu banyak daki kat muka sampai hitam muka dia. Tak pernah mandi kot? Sebab tu bila Maskot tu mandi, muka jadi putih dan terus tukar nama dalam IC jadi Darlie.

Haa.. sambung balik pasal belajar berus gigi. Masa mengajar kitorang, nurse tu pakai bapak kepada berus gigi yang mungkin sesuai digunakan untuk berus gigi kuda atau beruang. Gigi palsu yang digunakan untuk demonstrasi memberus gigi pulak macam gigi gergasi punya. Lepas belajar teori, kitorang buat amali dekat luar kelas. Semua kena memberus gigi dengan cara yang betul. Sebelum tu style aku berus gigi ialah dengan menggosok dari kiri ke kanan. Sepatutnya dari atas ke bawah. Susah jugak nak tukar arah. Aku rasa semua orang by default akan gosok gigi dari kiri ke kanan. Kalau korang tengok cerita Seniman Bujang Lapok mesti korang ingat yang Ajis Satar pernah gosok gigi pakai berus kasut masa mamai sebab bangun dari tidur. Haaa.. kan dia gosok gigi dari kiri ke kanan? Betul tak?

Lepas tu pulak setiap 6 bulan kena cek gigi. Sekolah aku ada khaskan satu bilik klinik gigi dekat tingkat satu sebelah bilik guru sana. Takut ooo nak pegi cek gigi ni. First time aku pegi cek aje terus gigi aku kena tampal. Ye laa.. aku kuat makan gula-gula dulu. Aku ingat dia nak tampal pakai plaster ke, gam ke, selotape ke.. Rupa-rupanya dia gerudi gigi aku. Bergegar rasa kepala otak dengan kepala lutut. Ini nak tampal ke nak korek? Dah lah mulut kena menganga aje. Nak telan air liur pun susah. Sampai bertakung air liur belum basi lagi dekat kerongkong. Bila dah habis proses penampalan tu aku tengok gigi aku kat cermin. Perghh!!! macam gigi robot! Kaler krum macam kaler besi atau timah. Eh.. aku cerita ni macam la korang tak pernah tampal gigi.

Masa time-time tu banyak pulak gigi yang patah satu persatu. Ada yang tetiba aje gigi tu goyang. Ada jugak yang patah sebab gigit batang tebu. Masa aku patah gigi kacip sebelah atas dulu, rasa macam pelawak zaman 50 an pulak sebab rongak. Tapi sayang la aku tak simpan gigi-gigi aku yang patah dulu. Kalau tak boleh buat frame kat rumah. Mana la tau kot-kot satu hari nanti aku jadi famous pulak. Bila aku dah mati nanti ramai orang berebut nak beli gigi aku. Anak-anak aku pun senang la sebab dapat jual gigi aku.


Korang punya sekolah dulu ada tak Lori Milo datang bagi air milo secawan sorang? Sedap kan dia punya Milo? Mak aku bancuh milo pun tak sesedap itu. Apa yang dia taruk dalam bancuhan tu pun aku tak tau la. Orang kata kalau sedap sangat kadang-kadang dia taruk air spender second hand. Eh.. kalau spender kita tak boleh guna term 'second hand'. Kita kena guna term 'second ass'. Tapi ini cakap orang aje. Bukan cakap aku.

Korang punya sekolah dulu ada tak offer beli susu kotak coklat? Sekarang ni aku rasa dah tak ada dah. Sebab ada kes budak keracunan makanan bila minum susu kotak tu.

Korang punya sekolah dulu ada tak Vitagen datang? Vitagen masa tu baru bertapak kat Malaysia. Ada member aku cakap, perasa LB yang warna putih tu bermaksud Lemak Babi. Aku percaya, jadi aku tak beli pun yang kaler putih. Mudah ditipu jugak aku ni. ha ha ha.

Hah.. banyak betul company yang nak marketkan produk tru sekolah. Sekarang ni entah ada lagi ke tak marketing strategi macam tu.

Ok la.. hari ni hari jumaat. Ta baik cerita benda-benda yang lagho ni banyak2. Chow!

6 comments:

deynarashid said...

hahahaha! mcm2! tp best gak time skolah dulu2 byk bende2 free. eheh

tinidewi said...

Semua kat atas tu ada kat sekolah aku, except Vitagen. Ggrr ruginya tak dpt vitagen free. Sebab aku suka vitagen :-D

Kat sekolah ko ada tak pertandingan melukis, temanya "Gigi Cantik Senyum Menarik"? Gila.. tiap2 tahun ada. Tapi cam takde org yang menang pon? Tipu laa cikgu aku.

Anonymous said...

bai,sebab ko terel sangat cite p.ramlee ni, aku nak tanya 1 soalan.

1. sultan damshik jani ialah satu watak dlm salah 1 filem p.ramlee. soalannya...dialah adalah sultan untuk negeri mana dan apakah nama filem tersebut.kalau betul, aku top up pipit kau...haha

Taiko said...

deyna: ye sebab tu la aku ingat semua kisah2 tu. sebab free la

tinidewi: lain kali jangan sekolah dekat kawasan ulu-ulu.

Tualang: aku rasa Sultan negeri Pasir 2 Butir. Dalam cerita Laksamana Do Re Mi. Kalau betul topup rm 1000. Ehh.. pasir 2 butir ke pasir bedengung haa?? Pasir 2 butir. Muktamad!

Izham Miyake said...

Aku dulu sentiasa sekolah di sekolah bandar2. Tak pernah plak vitagen datang..

Anonymous said...

Where did you find it? Interesting read » » »