Thursday, February 16, 2006

Seram-seram Kuku

Assalamualaikum kum!

Hari ni aku nak cerita seram. Kalau cerita seram mestilah cerita hantu. Ada ke cerita seram yang bukan cerita hantu? Memandangkan hari ni ialah hari Khamis, bermakna malam ni ialah malam Jumaat. Malam Jumaat selalunya dikaitkan dengan hantu. Kalau tak caya cuba korang tengok cerita Laksamana Do Re Mi masa scene diorang nak tidor dalam hutan, diorang dengar suara orang mintak tolong. Bila diorang tau malam tu Malam jumaat, terus diorang seram sambil peluk-peluk. Kenapa ha? Aku rasa mungkin sebab ada yang paham bahawa malam Jumaat adalah malam di mana roh-roh orang mati akan balik menjenguk anak bini dan sahabat handai kat rumah.

Kalau orang tu mati sebagai orang baik, dia tak jadi hantu la. Kalau orang tu mati sebagai orang jahat, dia akan balik sebagai hantu. Kalau orang tu mati sebab dibunuh, dia akan kembali untuk membalas dendam dekat orang yang bunuh dia. Dia akan cekik orang yang bunuh dia tu sampai mati. Kemudian orang yang mati sebab kena cekik dengan hantu tu akan jadi hantu pulak dan akan mencekik hantu yang bunuh dia tu sampai hantu tu mati. Bila hantu tu mati, dia akan jadi hantu kali ke dua dan cekik balik hantu yang bunuh dia. Sampaila hari kiamat benda ni ulang-ulang aje. Seram tak? naik bulu roma dalam hidung aku bila aku taip cerita ni.

Masa time aku darjah satu dulu (1984) korang pernah dengar tak cerita Hantu Kum Kum? Memang seram gila cerita pasal hantu kum kum ni. Jadi isu nasional jugak la kalau tak silap aku. Kalau korang tak pernah dengar mungkin korang tak hidup lagi pada masa tu atau korang masih kecik lagi untuk memahami sesuatu cerita atau korang pekak. Ciri-ciri hantu kum kum adalah seperti berikut:

1. Dia pakai kain pelekat sebagai selubung badan dan ada lubang kat mata macam ninja. Mungkin dia peminat lagu "Kain Pelekat" dendangan Anuar Zain masa kecik dan Ellina kakak Elliza AF4. Senang aje nak buat ni, aku pun boleh buat. Sapa tak tau buat boleh belajar kat aku.

2. Bila dia ketuk rumah orang, dia akan bagi salam "Assalamualaikum-kum"
Yang ni aku pun boleh buat. Kalau nak panjang lagi kena la nyanyi lagu Assalamualaikum.. kum apa? Kombet..
Bet apa? batman..
Man apa? mentol..
Tol apa? Tollol

Itu je ciri-ciri hantu kum kum yang aku ingat. Selain daripada hantu, ada jugak nama keropok bernama Kum Kum (sebut: kam kam). Aku pun pelik masa tu, tulis Kum Kum, tapi sebut Kam Kam. Buta huruf ke tokeh kilang Kum Kum tu? Keropok Kum Kum ni takde la sedap sangat. Tapi kalau beli, dapat la permainan dalam pelastik keropok tu. Selalunya dapat cebisan robot yang kena pasang sendiri sampai jadi robot yang lengkap. Cikai gila!

Masa zaman aku darjah 4 pulak, ada cerita pasal hantu susu. Ada yang cakap, hantu susu ni merayau-rayau ketuk rumah orang sebab nak pau susu untuk anak dia. Dia ada dukung anak dia yang dibungkus dalam kain tetapi sebenarnya yang dia dukung ialah batu nisan (bukan nissan). Masa tu kalau orang ketuk rumah malam-malam memang seram je nak bukak. Ada jugak aku dengar kes hantu susu ni pecah masuk kedai runcit dan curik susu baby. Tapi aku rasa itu bukan hantu susu, tapi penyangak. Hantu susu ni pun satu, kalau takde susu untuk susukan anak, hantar la anak tu pergi menyusu dekat ibu susu? kan banyak hantu-hantu lain yang berpotensi sebagai ibu susu seperti Hantu Kopek. Lemah betul teknik "problem solving" dia.

Ah! cukup lah tu. Aku dah seram dah ni. Tadi bulu roma dalam hidung aje yang meremang. Ni bulu roma celah ketiak pun meremang jugak. Kalau korang tak seram, aku nasihatkan korang print cerita aku ni, and then pergi baca sorang-sorang kat kubur lama atau rumah kosong. Mesti seram punya.

Jangan marah kalau cerita aku tak best hari ni. Kalau hari-hari cerita best, nanti bila aku buat cerita yang best pun boleh jadi tak best. Kalau ada cerita yang tak best, nanti bila ada cerita best, baru la best.

Selamat bermalam Jumaat. Heh heh..

9 comments:

Zetty said...

"Memandangkan hari ni ialah hari Khamis, bermakna malam ni ialah malam Jumaat. Malam Jumaat selalunya dikaitkan dengan hantu."

Tu jek ke kaitan mlm jumaat? Hihihih...

nadya.s said...

taiko : aku rasa hantu kopek kena start buat name card utk distribute kt hantu2 susu semua.. marketing purposes.

Anonymous said...

taiko, antu kopek ngan antu kopek lanjut (extended kopek) sama tak

nnn said...

kaitan kaitan kaitan..... lagi kaitannya: jgn lupa baca yassin lepas magrib
:o))

Taiko said...

zetty: entah la.. malam beromen kot?

Nadya: Betul jugak. Sebab hantu kopek suka sorokkan orang. Jadi hantu lain takut nak mendekati sebab takut kena sorok jugak. Hantu kopek perlukan anjakan paradigma. Setuju cadangan kau.

Faitty: kau ni.. otak kuning lah! sama macam aku. Kalau extended punya hantu kopek tu ialah yang dah monopause punya.

NIna: Alhamdulillah.. baik budak nii.. anak sapa ni?

nnn said...

ekekekekekekeke.....

Izham Miyake said...

Taiko,

Macam sedih jerk. Takkan kena kutuk citer tak kelakar dah sedih kot.. sape kutuk tu hek..

Jahat dia.. hehe.. biar hantu cekik dia..

Taiko said...

aku tak sedih lah... sapa yang kutuk ntah.. si faitty tu la. Aku rasa bebudak kita gak la.

deynarashid said...

tak semestinye malam utk hantu je. mane tau dah tibe malam utk kite jumpe malaikat pulak ;p tu lg takut kot? hehe