Tuesday, February 21, 2006

Trivia

Hari ni aku malas nak menulis. Aku dah start bz balik. Tapi minggu depan aku rasa aku percuma (free) balik la. Untuk tidak menghampakan dan menghampehkan orang yang melawat Blog aku ni, aku copy-paste la Trivia dekat bawah ni. Aku dapat email dari member aku. OK gak lawak dia. Siap ada unsur-unsur dakwah lagi. Syabas kepada penulis yang asal. Sapa yang dah baca benda ni, sori la. Aku cuma sekadar nak melepaskan batuk di tangga atau melepaskan kentut kat dalam lif. Chow!

------------------------------------------------------------


1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

3. Tahukah Anda perkataan May Day yang diulang sebut ketika berlaku kecemasan, baik di laut atau udara berasal daripada bahasa Perancis M'aidez yang bermaksud ''tolong saya''. Perkataan Mydin yang tertera pada Pasaraya Mydin pula bukan bermaksud ia dimiliki oleh pelawak terkenal Maideen.

4. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

6. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

7. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

8. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

9. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

10. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

11. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

12. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

13. Fakta yang kekal hanyalah...... :- Tahukah Anda walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya Huahhh... Huahhh.... Huahhhhh.....


--------------------------------------------------------------------------

p/s: Tahukah anda 1 + 3 boleh jadi huruf B? Air yang pandai menyanyi ialah Air Supply? Bear yang paling busuk ialah berak? Jam yang perlukan air ialah jamban? Mi yang rasa coklat ialah Milo?

Dan tahukah anda siapa yang suka menanti orang di pintu syurga? Tentulah David Arumugam dari kumpulan Alleycats (rujuk lagu 'Andainya Aku Pergi Dulu Sebelummu')

9 comments:

Anonymous said...

Aku pun nak letak teka-teki ler...
okay..tapi aku rase ramai orang dah tau jawapan nyer...tapi aku nak letak jugak sebab first time aku dengar teka-teki nie..aku gelak giler...Teka-teki nyer ialah..

Banyak2 ikan dalam dunie nie..ikan aper banyak bulu ketiak?

okay..jawab..jangan tak jawab...

deynarashid said...

hahaha bangang gile..

bisu: taktahu

nnn said...

hehehehehe, kelakornyer entry, loyar sungguh laa....

Anonymous said...

boring.

Taiko said...

bisu: aku dengar teka-teki tu saipul apek bagi kat dalam radio era. Malas aku nak jawab sebab aku tau jawapan aku betul

Anonymous said...

muhahah...
memang betul...
kalo ko dah tau jawapan nyer,...
takyah ler aku jawab...
tapi aku dengar first time jawapan teka-teki tu...
aku gelak naik giler..:P

Izham Miyake said...

aku tak tau apa jawapan dia..

memula aku baca ingat kan si ikan budak software dulu hehehe.. hehe..

tapi apakah jawapannya?

Dan kepada taiko, tahukah anda bahawa cerita Con Air berasal dari cerita 'Kontut Air'?

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
» » »

Anonymous said...

taiko!!
ur blog bes aa..
bole buat tesenyum sorang2 dpn monitor la..