Wednesday, October 18, 2006

TAG 5

TAG by Izham @ Tenno Miyake

1. How old are you when you started to fast?
(Berapakah umur anda ketika mula berpuasa?)

Lapan tahun. Macam nak mati rasa haus. Bukak puasa minum air je banyak. Time dedulu masa bulan puasa asik cuaca panas aje.

2. Have u ever forgotten that you're fasting, and what have you done?
(Pernahkah anda terlupa yang anda berpuasa, dan apakah yang anda telah lakukan?)

Pernah. Aku tertengok vcd porno. Ha ha.. acah aje. Aku terminum air masak sebelum gi sekolah depan mak aku. Kira rejeki lah tu.

3. What you do like about Ramadhan?
(Apakah yang anda suka tentang ramadhan?)

Banyak sangat lah yang aku suka. Berbukak puasa dengan family or kengkawan. Makanan best-best. Persiapan raya. Dapat Bonus (kalau bernasib baik).

4. What would you do if you really cannot stand fasting?
(Apakah yang akan anda lakukan jika anda benar2 tak tahan semasa berpuasa?)

Minum la... apa lagi. Kalau ada nasik sejuk, bedal aje la!! Lauk sardin lagi best. ha ha ha.

5. Any challenging activity during fasting, and how do you deal with it?
(Apakah aktiviti paling mencabar yang pernah dilakukan semasa bulan puasa dan bagaimana anda menghadapinya?)

Menonton adik aku makan aiskrim sambil menjilat-jilat, menitis-nitis dan menyonyot-nyonyot. Untuk menghadapinya, aku lari dari rumah (untuk lepak bersama member).

6. Any bad experience during Ramadhan?
(Sebarang pengalaman buruk sewaktu bulan Ramadhan?)

Terkantoi tak puasa. Ni aku dah cerita dah. Tengok balik entry aku yang lepas-lepas. Termasuklah cerita mengencing lemang Makcik Gemuk Bermulut Bontot Ayam. Click Here for further details.

7. Have you ever face any kind of unforgettable moment with firecrackers/ fireworks?

Ni pun dah cerita.

8. Have you ever did something that may void your fasting but you just ignored it?
(Pernahkah anda melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tapi anda buat tak tahu sahaja?)

Pernah. Terkorek hidung sendiri dengan jari telunjuk tangan kiri. Nak buat macam mana, masa tu taik hidung berkeping-keping. Kalau tak korek, tergantung aje la taik hidung tu. Malu kalau orang nampak. Cuba korang bayangkan, masa korang nak ambik gambar untuk buat Mykad, tapi taik idung tergantung je. Tak hensem la gambar korang nanti. Nak photostate Mykad pun malu. Betul tak?

9. Have you ever been caught for not fasting?
(Pernahkah anda ditangkap kerana tidak berpuasa?)

Tak pernah.

10. How does Ramadhan effect your body weight?
(Bagaimana Ramadhan mempengaruhi keberatan tubuh anda?)

Kalau aku sahur, berat badan naik. Kalau tak sahur, berat badan turun. Kalau tak berbuka, confirm turun.

11. Do you like getting duit raya? What was the most amount you've ever got?
Adakah anda suka duit raya? Berapa jumlah terbanyak pernah anda dapat?)

Sapa tak suka dapat duit raya memang bangang la. Tanpa duit raya, apalah ertinya raya. Jumlah terbanyak ada la dalam seratus lebih. Keluarga miskin. Tak mampu bagi duit raya banyak2. Haa.. di kesempatan ini aku nak nasihatkan kat korang yang dah ada duit tu, jangan la kedekut nak bagi duit raya kat bebudak ni. Sekurang2nya hulur la seringgit. Kalau seratus orang kau bagi, baru seratus ringgit habis. Kalau sejuta orang kau bagi, baru setuja ringgit habis. Apa ada hal??

12. Which Eid was the worst for you?
(Raya yang mana satukah yang terburuk untuk anda?)

Raya tahun 1995. Along aku meninggal masa umurnya baru 22 tahun. Eksiden.

13. Have u ever got diarrhea during eid?
(Pernah tak cirit birit masa raya?)

Click Here.


Sempena Aidilfitri yang akan tiba ni, aku nak ucap selamat hari raya, maaf zahir batin kepada semua pembaca blog aku, tak kiralah kita pernah bersua atau tidak, yang mengenali atau tak mengenali diri ini dimana jua anda berada.

Kalau ada aku terkasar bahasa tu, atau bahasa2 aku yang korang tak berkenan, aku mintak maaf.

Berhati-hati di jalan raya aaa. Have a nice trip / holliday :)

Monday, October 16, 2006

Cara Khusyu' Sembahyang Tarawih

Bila bulan puasa aje sibuk cerita pasal mercun. Kalau tak cerita mercun pun, cerita tikam. Sungguh tidak bertamadun dan bertawaduk! So, hari ni aku nak ceritra pasal Solat Tarawih pulak. Baru sejuk sikit perut mak aku, walaupun mak tak minum air batu masa bukak puasa.

Dulu aku agak kompius antara perkataan tarawih dengan tawarikh. Aku rasa korang pun ada yang kompius jugak. Banyak jugak perkataan yang aku kompius seperti Lolipop dengan Golipop, 'hands up' dengan insaf, dan jugak pumping dengan bumping. Ohh.. ada satu lagi: Bunting Kelamin dan Bunting Pelamin.

Ada satu surau merangkap madrasah kat Taman Melati tu. Kat situlah kitorang lepak untuk semayang terawikh. Atau yang lebih jujur, kat situlah kitorang semayang terawikh untuk lepak. Memang syok gila bila semayang terawih tanpa niat ni. Ye lah.. niat yang utama ialah untuk bermain-main dan jugak makan moreh.

Selalunya masa solat sedang berlangsung, aktiviti mengacau kengkawan yang solat (atau buat-buat solat) pun bermula. Antaranya ialah:


1. Mengucapkan 'Amin' selepas bacaan AlFatihah secara kreatif. Contohnya "AaaAaAaaAAammmmIiinNnnnn". Dah macam bunyi tarzan panggil gajah dah. Ada jugak yang saja buat suara sengau, dan ada jugak yang mengalunkan iramanya secara mendayu-dayu macam Anuar Zain menyanyi.

2. Korek bontot member masa ruku' atau sujud. Memang geli-geleman lah rasa kat mencighit (dubur) beli kena geli dengan orang lain. Tapi kalau korek sendiri tak geli pulak. Apasal hah? Satu cara lagi yang lebih zalim ialah dengan menyuntut bontot member. Caranya ialah kita kena rapatkan kedua-dua tapak tangan seperti hendak menyembah sultan. Lepas tu cucukkan hujung-hujung jari kita tu kat bontot member. Kalau kena ni, memang senak sampai ke ulu hati. Bayangkanlah kalau orang kena sula macam mana!

3. Masa member tengah angkat jari telunjuk lepas baca tahiyyat, kita buat bulatan dengan jari kita dan masukkan ke dalam jari telunjuk dia. Ini adalah isyarat lucah yang aku pun sendiri tak berapa paham masa tu. Selain daripada itu, ada juga yang memasukkan hidung sendiri kat jari telunjuk member. Kalau yang menghidap selsema la best. Berlendir jari member tu. Sungguh kurang masam!!

Ada sorang member aku ni nama dia Hasan. Dia ni bersunat masa tingkatan 3 pulak tu. Eh.. aku bukannya nak cerita pasal dia punya sunat, tapi pasal lahanatnya perangai dia ni masa sembahyang kat surau. Ada ke bacaan-bacaan dalam sembahyang tu dia baca "ayam goreng, ayam sambal, nasik goreng, bubur kacang". Dia saja je baca kuat-kuat bagi orang sebelah dengar. Sapa yang duduk sebelah dia memang sakit perut la gelak.

Satu hari tu, masa kitorang sujud beramai-ramai, tetiba je rasa kena sebat kat bontot. Aduihhh.. sakit siot. Rupa-rupanya semua kena sebat kat bontot. Sapa yang sebat pun aku tak tau sebab bila aku toleh belakang aje dah takde orang. Mungkin Malaikat ataupun Jin Islam yang bengang je dengan kitorang yang buat surau tu macam sarkis.

Lepas peristiwa kena sebat tu, kitorang dah insaf dan tak datang semayang terawih lagi. He he he.

Saturday, October 14, 2006

Mercun Lagi (aku janji ini last punya)

Beberapa peristiwa menarik tentang mercun dalam hidup aku:

1. Sewaktu di Kampung Opah aku di Tapah Road (masa aku darjah 3), aku dan bebudak kampung main mercun lidi beramai-ramai. Mercun lidi adalah mercun yang ada lidi, kalau dibakar, dia akan terbang dan meletup di udara. Masa tu takde lagi mercun Thunder Clap yang bunyi berdesing masa terbang tu. Bebudak kampung tu tak main mercun ni secara 'taruk dalam botol dan bakar'. Sebaliknya diorang pegang mercun tu, bakar, baling. Tujuannya ialah supaya mercun lidi tersebut terbang lebih tinggi.
Ada sorang budak ni bernama Baron. Dia bakar mercun tu dan baling tinggi-tinggi. Malangnya mercun itu terbang ke bawah balik dan kejar dia balik. Dia lari. Masa tu dia pakai kain pelekat. Entah macam mana mercun tu boleh masuk dalam kain dia. Apa lagi, terlompat-lompat la member sampai mercun tu meletup. Memang macam kartun lah. Lepas tu dia cek kain dia ada terbakar sikit. Dia cium tempat yang terbakar tu, kemudian sambil tersengih-sengih dia cakap "Bau sate... Bau sate". Aku gelak macam nak terguling. Nasib baik tak meletup kat tolor dia. Kalau tak, sure mandul sebab dia tak pakai seluar dalam.

2. Ada sejenis mercun ni, aku panggil dia mercun gila. Ada yang panggil mercun lalat/lebah sebab dia tak meletup, cuma terbang sambil keluar bunyik lalat/lebah je. Aku kan duduk rumah flat tingkat empat. Dari beranda tempat sidai baju rumah aku, aku bakar mercun gila tu, aku baling ke bawah. Nak dijadikan cerita, makcik yang duduk ground floor tu tengah masak kat dapur dia. Mercun yang aku baling tu terbang masuk kat dapur dia. Apa lagi... "Oppp.. mak kau meletup pantat pantat pantat!!" aku dengar dia melatah. Lepas tu dia keluar dari dapur dia dan marah kat bebudak yang main mercun kat bawah. Aku terselamat ha ha ha.

3. Korang tau mercun papan? alaa.. yang Orang China bakar masa Kongsipatchoy tu. Kaler merah. Mercun ni digunakan untuk menyiksa binatang. Binatang apa yang aku siksa? Katak longkang. Alaaa. katak yang kembung-kembung yang ada kaler oren-oren sikit tu. Aku himpit katak tu dengan batu supaya tak dapat bergerak. Lepas tu aku selitkan mercun papan kat bawah batu tu jugak, dan aku bakar. Mercun tu meletup dengan batu dan katak tu sekali terpelanting. Kesian katak tu. Tak pasal-pasal mati katak. Ada member aku yang berani pegang katak, sumbatkan mercun tu dalam mulut katak, lepas tu bakar. Berkecai katak tu. Mati syahid akhirnya. Aku ingat lagi sesuai kalau pakai mercun katak kat katak tu.

4. Mercun tarik adalah mercun yang paling simple sekali masa tu. Tarik aje dengan dua-dua belah tangan, meletup la dia. Masa dekat sekolah, aku dengan member aku ikatkan mercun tarik tu kat tayar basikal budak. Bila budak tu naik basikal masa balik mercun tup meletup. Tak pasal-pasal budak tu terhoyong-hayang jatuh sebab terkejut. Aku dengan member aku gelak syaitan saja sambil perhati dari jauh.

5. Meriam buluh - Aku tak pernah main meriam buluh. Masa kekecik dulu bila kau nak join bebudak besar main meriam buluh, sure kena halau punya. Sialan. Jadi aku tak tau macam mana nak main meriam buluh. Kalau aku tau main, sure aku dah letupkan KLCC.

6. Mercun percut (payung terjun). Mercun ni kalau bakar, dia akan terbang, meletup dan turun sebagai percut. Satu hari tu aku bakar mercun ni, tapi aku tak sempat baling. Aku dibawak terbang oleh mercun tu. Nasib baik mercun tu jadi percut. Aku pun selamat mendarat. Yang peliknya, masa aku bakar mercun tu, aku kat KL. Bila aku landing, aku ada kat tepi laut. Kat KL mana ada laut. Ohh.. mimpi rupanya.

Sila kongsikan pengalaman anda bersama mercun.

Thursday, October 12, 2006

Mercun IKS

Masa zaman-zaman tahun 80 an dulu, mercun buatan sendiri adalah jenis mercun paling top kat Tanah Melayu ni. Hari-hari ada keluar dalam sokkaba pasal budak putus jari, putus tangan, putus telinga, putus asa, putus sudah kasih sayang, dan putus harapan disebabkan mercun buatan sendiri. Diorang ni buat mercun pakai besi paip, memang la bahaya. Silap-silap kepala hotak pun boleh putus ooo.

Sebagai remaja belum akil baligh yang normal, aku tak terlepas dari gejala sosial tersebut. Aku dan member-member aku buat mercun pakai Spark Plug. Tak kira la spark plug motor atau spark plug kereta. Yang mana kitorang jumpa, itulah yang kitorang bedal. Korang tau ke rupa spark plug macam mana? Bagi yang tak tau, aku sertakan imej di bawah.



Macam mana spark plug boleh jadi mercun?? Stepnya adalah seperti di bawah. Sila jangan praktikkan di rumah OK?

1. Buangkan 'Dry and Wet fouling' (aku baru tau nama dia ni lepas tengok gambar kat atas). Susah jugak nak buang dia. Meh kita zoom gambar 'Dry and wet fouling' ni.



Macam-macam cara boleh dicuba untuk membuangnya seperti ketuk dengan skru driver dengan hammer. Lama-lama dia tercabut la. Bila dia dah tercabut, akan terbentuklah satu perigi buta yang kecil kat spark plug tu.

2. Ikatkan Skru di badan spark plug dengan dawai yang kuat. Saiz skru mestilah cukup untuk menutup lubang perigi kecik tu. Lebih padat lebih power. Untuk makluman semua, kumpulan Kru tak ada kena mengena dengan skru.

3. Ikatkan kain sepanjang satu hasta kat bontot spark plug yang tak sepower bontot J.Lo. Untuk makluman semua, bontot J.Lo memang power. Sapa tak setuju, memang takde napsu. Kasi potong je la, bagi anjing makan.

3. Beli bunga api yang banyak asap tu. Dulu harga dia seposen 3 batang. Buang pembalut kertas warna merah yang membalut belerang bunga api tu. Jari-jemari akan berwarna kelabu sebab kena belerang. Kalau rasa boring untuk buat benda ni, boleh nyanyi lagu 'Jari-jariku Sakit Semua' yang berirama Melayu Deli sambil membuang kertas merah bunga api tersebut.

4. Masukkan belerang ke dalam perigi kecik kat spark plug. Tutup dengan skru, seperti menatang minyak yang penuh. Ataupun seperti proses pembiakan manusia yang tak manis kalau aku ceritakan di bulan Ramadhan ini.

5. Pegang hujung kain yang di ikat kat bontot spark plug. Lambungkan setinggi yang boleh. Lambung secara 90 darjah. Jangan lupa baca bismillah 3 kali.

6. Spark plug akan jatuh menjunam ke tanah mengikut prinsip tarikan graviti. Bila dia jatuh, skru akan menghentak belerang dalam perigi kecik secara kuat, maka tenaga kinetik bertukar menjadi tenaga bunyi + tenaga cahaya + tenaga haba. Kalau nak lebih tenaga, minumlah power root, untung-untung boleh menang motor.

Kuat jugak bunyi dia. Bergantung kepada ketinggian lambungan dan jumlah belerang yang di isik.

Ada sekali tu member aku buat belerang padat gila, dia punya bunyik, macam bunyik bom. " "GedebomMmmmmMM!!!!!". Lepas tu aku dengar ada pinggan jatuh kat dalam rumah jiran. Lepas tu aku dengar bunyik makcik tu menjerit "Celaka punya budakakkkkkk!!!". Lepas tu kitorang lari carik port lain. Lepas tu kitorang main sampai habis bunga api.

Bahayanya main spark plug ni kalau spark plug jatuh atas kepala. Silap-silap otak boleh meletup, dan boleh jadi gila.

So... apa lagi? boleh la try.. aku cerita-cerita ni, gian pulak aku rasa nak buat menatang ni lagi. Tadi aku tak kasi praktikkan, ni aku ajak praktikkan pulak. Lidah bercabang betul!

Chow.

Wednesday, October 11, 2006

Ulama' Judi yang Bertaqwa

Heh heh heh

Aku sekarang dah ada kat KL. Aku balik dari JB hari Sabtu lepas.

Dah lama tak update blog aku ni. Kalau dah biasa tak update, rasa macam malas je aku nak update. Bila dah malas nak update, rasa macam aku takde blog pulak. Bila aku bukak blog aku balik, baru aku teringat yang ni blog aku rupanya. Mula-mula aku menyumpah-nyumpah jugak la sebab tuan punya blog tak update-update everytime aku masuk blog ni. Rupanya sumpah telah memakan diri sendiri, atau dalam bahasa omputeh, Swear has eaten myself.

Memandangkan aku telah berjanji nak sambung cerita pasal tikam, aku sambung jugak la. Ingatlah, barangsiapa yang memungkiri janji, dia termasuk golongan munafiq <-- tazkirah ramadhan.

Tikam ni adalah salah satu cabang judi yang amat popular untuk kanak-kanak. Aku tergerak untuk menjadi tokeh tikam selepas tengok Along jadi tokeh tikam. Aku beli tikam tu kat kedai cina tua kat opposite KFC Setapak. KFC sebelah kanan, kedai tu sebelah kiri. Kalau jalan terus lagi, kita boleh sampai Bulatan Pahang. Kalau terus lagi, boleh sampai Hospital Besar KL. Kalau terus lagi boleh sampai Chow Kit. Kalau belok kanan, boleh sampai Lorong Haji Taib. Kalau pusing-pusing kat lorong Haji Taib tu, boleh menonton aksi pondan. Bermacam-macam pesen pondan ada. Ada yang cun, ada jugak yang perasan cun. Tapi waktu malam je la. Waktu siang, pondan tidur.

Berbalik kepada cerita tikam. Orang suka beli tikam dekat aku. Sebab apa? Sebab everytime aku jual tikam, mesti hadiah Seringgit ada orang kena. Hadiah seringgit adalah hadiah paling besar dalam tikam aku. Kalau hadiah seringgit tu tak kena, orang tak percaya kat aku. Mesti diorang cop aku ni 'operate' tikam tu dulu. Diorang akan boykot apa saja tikam yang aku jual sebab aku dah buang hadiah singgit tu. Tapi aku pandai, dalam perjudian mana ada tokeh yang jujur. Taktik aku ialah macam ni:

1. Buang hadiah seringgit
2. Jual Tikam - selalunya 2 hari tikam dah nak habis
3. Taruk balik hadiah seringgit
4. Orang kena hadiah seringgit, tapi tikam aku nak habis dah. Untung maksimum

Kenapa aku buat macam tu? sebab customer-customer aku tak nak main dah sebarang tikam yang dah kena hadiah seringgit. Hadiah seringgit ni ada satu je setiap tikam. Sebenarnya diorang ni bukannya nak kan sangat duit singgit tu. Kalau diorang mintak kat mak diorang, sure boleh dapat punya. Tapi, yang diorang nak ialah 'feel' kalau dapat hadiah seringgit tu. Sebab kalau diorang kena seringgit, diorang punya lompatan kegembiraan tu macam orang kena sejuta hinggit. So, kalau tikam yang aku jual tu awal-awal dah ada orang kena seringgit, baik aku campak lombong aje la tikam tu.

Selalunya aku akan jual tikam dekat kawasan bazar mercun. Memang dulu kat Taman Melati tu ada kawasan orang jual mercun sebijik macam orang jual makanan kat bazar ramadan. Memang meriah betul la kat situ. Masa tu penjualan mercun masih dihalalkan oleh kerajaan. For your information, salah satu strategi bisnes yang penting ialah lokasi yang sesuai. Memang sesuai la lokasi aku tu sebab ramai orang datang kat situ setiap malam untuk beli mercun dan bunga api. Aku jual tikam la. Tak payah lesen perniagaan pun. Masyuuukkk...

Perniagaan aku bukan sahaja statik di taman perumahan. Aku lebarkan sayap perniagaan aku kat sekolah pulak. Ha ha ha. Aku jual tikam dalam tandas. Perghhh.. pakcik kayo.. pakcik kayo. Kiranya aku dulu, boleh digelar sebagai Ulama' dalam bidang perjudian la. Abah tak marah pun. mana boleh marah, sebab rahsia perjudian dia semuanya dalam tangan aku (Abah adalah seorang kaki nombor ekor yang sikit lagi nak tumbuh ekor kat bontot dia). Bapak borek, anak rintek, emak **tek. Cuma aku lebih berjaya sebab aku tokeh judi. Abah mengayakan tokeh judi.

Dengan keuntungan yang aku perolehi, dapat jugak la aku beli apa yang aku nak seperti beli mercun, bunga api, dan lain-lain lagi tanpa mengharapkan subsidi dari mak bapak mahupun kerajaan. Aku rasa kalau aku istiqomah menjadi tokeh judi sampai sekarang, Paris Hilton pun tergila-gila kat aku. Ha ha ha.

Cakap pasal mercun ni, teringat pulak aku aktiviti membuat mercun sendiri masa aku sekolah rendah dulu. NAntilah aku cerita!! heh heh heh..

p/s: apasal aku start dengan heh heh heh, aku habis pun dengan heh heh heh? buan tebiat ke apa!

ehh.. korang dah tengok cerita Rob-B-Hood kat wayang? best lah citer dia. Dah 2 kali aku tengok.