Thursday, July 13, 2006

Menjahit Eskrem

Lepas kena bius tu sebenarnya aku dah pening-pening langau dah. Tau-tau je aku tengok aku punya anu dah jadi macam askar Jerman dalam cerita Combat. Bila masa la pulak Pakcik tu sembelih anu aku. Ada darah. Kelakar la pulak aku tengok. Ye la.. dah sepuluh tahun aku tengok anu aku macam eskrem cornetto, tetiba je jadi macam eskrem yang kena cedok-cedok dan taruk kat kon biskut tu. Alaaa.. yang apek jual eskrem pakai motor tu jual la. Ha ha ha ha.

Lebih kurang dalam 5 minit lepas tu (ni aku agak je 5 minit, takde pun aku set jam randik) aku dah mula rasa sakit-sakit. Mungkin dia punya bius dah hilang. Masa tu tengah proses menjahit. Aduih.. korang bayangkan la daging korang kena jahit masa takde bius. Patut la bangchik menjerit sakan. Dah la orang yang sunatkan aku tu macam amatur aje. Jahit punya la lembab! Tak puas hati betul aku. Dia ingat aku punya anu tu baju kurung ke? Jahit luka macam jahit nak buat sulam, labuci, atau manik. Aku dah sakit macam kena torture dah. Mana tak nangis.

Tapi aku tak la menangis menjerit-jerit. Dalam kepayahan, air mata aku je meleleh-leleh. Pakcik Kudang dah lambai-lambai duit sepuluh ringgit kat depan muka aku dah. Alamaakk.. melepas la aku sepuluh ringgit sebab aku nangis. Time tu aku rasa masa tu terlalu lama untuk aku. Memang sakit! aku tak tau nak cerita macam mana. Kalau korang nak rasa meh sini aku jahit daging korang. Aku sebenarnya memang tak pernah takut kalau nak kena enjek-enjek ni. Daging badan aku ni masa kecik-kecik dulu jenis liat punya. Ada sekali masa aku umur dua tahun, patah la jarum enjeksen bila nurse tu nak cocok bontot aku. Memang power la bontot aku. Heh heh heh.

Bila dah habis kena jahit, aku rasa lega gila. Kalah la rasa lega lepas berak. Ye la.. akhirnya aku berjaya jugak disunatkan. Esoknya boleh la kawin. Rugi pulak masa tu takde digital kemera. Kalau tak, boleh la aku rakam gambar 'sebelum' dan selepas' sunat. Lepas tu kongsi dengan kengkawan pakai Bluetooth. Ha ha ha. Macam tak biasaa..

Sebenarnya hari aku sunat tu ada kenduri kawin kat rumah Uwan. Adik kepada Abah yang merangkap Pakcik aku yang aku panggil 'Adang' kawin. Selamba je aku jalan terkengkang-kengkang membelah laluan kenduri-kendara sambil tersengih-sengih sebab semua orang macam gelak-gelak je tengok aku sambil diorang minum sirap. Cis!

Itu lah kisahnya aku bersunat. Kalau pompuan sunat macam mana ha? Masa kekeick dulu aku ingatkan, pompuan pun asalnya ada batang. Tapi perempuan sunat lain sikit sebab kena potong habis batang dia. Sebab tu la diorang takde. Mengong!!

13 comments:

terabot said...

serius, banyaklah kena potong abis..mengong memang mengong!!!heheehhe

13may said...

ni eskrem berapa kupang ni???
hahahahah........

Anonymous said...

Sure masa kenduri tue, main attraction nyer ko, bukan pengantin... HAHAHAHA!!!!

Izham Miyake said...

kalau macam combat tu takpe.. adik aku punya macam bunga matahari.. ada kelopak2 plak...

Lily G said...

hish..ngeri pulak baca.

Zetty said...

perghh...ini la cerita sunat yg paling descriptive yg pernah aku baca. nasib baik tarak illustrative nya kehkehkeh.

Anonymous said...

tumpang tanyo, Kudang tu kok nak lamo mati? cakap pasal sunat menyunat nih, sunat dgn tok mudim lagi syahdu. dahlah tak ado bius lopeh tu pisau belati jenih dibungkus dalam kain kendung tok mudim. Bilo dah disopit kulit ujung dgn ponyopit lalu 'chess...' omak aii... cakap pun tak guno. Inilah cabaran idup seorang anak lelaki.

Taiko said...

terabot: eh.. tak betul ke?

13may: lima kupang

uda: ye betol. Bengang je pengantin dengan aku sebab orang ramai nak ambik gambar dengan aku.

tenno: ada bijik matahari yang boleh buat kuaci tu tak?

lily: orang mabuk darah takleh baca.

zetty: Hmmm.. nasib baik dulu2 takde digital camera. Kalau tak, boleh aku share illustratve punya.

anonymous: tahniah kerana dah sunat.

Anonymous said...

Excellent, love it! » »

Anonymous said...

best gak cite nie..x jemu den membaco!pandai susun ayat

Anonymous said...

boleh x sye jadikan awak kawan sye(perempuan)baru umo tahun..bleh la ekk!heheheh

Anonymous said...

29/4/08 9:19 AM..yg tu saye..terlupe tulis umo plak!umo sye 14 tahun..bleh la ek awk jadi kwn sye(kat cni je...PUTERI..

Anonymous said...

Seriously aku pon berfikiran cam kau masa kecik pasal pompuan bersunat... haha! (eventho aku pompuan) -.-"