Wednesday, May 30, 2007

Darah Tinggi

Semalam aku gi klinik.

Aku mintak doktor cek tekanan dara. Eh silap, cek tekanan darah.

Doktor kata tekanan darah aku tinggilah. Tapi aku lupa pulak nak tanya berapa meter tingginya.

Selalunya tekanan darah tinggi ni terjadi apabila kandungan garam dalam darah terlebih. Kalau aku masak, aku akan taruk garam secukup rasa je. Memang dalam buku resepi pun selalu mention 'garam secukup rasa'. Hmmm.. Adakah sebab masa kecik-kecik dulu aku ada terminum air laut masa mandi kat Port Dickson? Takkan sebab tu kot? Peristiwa tu dah lama berlaku. Masa tu bulu ketiak pun takde lagi.

Lagipun, kalau darah aku terlebih garam, kenapa kalau aku tak mandi sehari ketiak aku jadi masam? Maksudnya, aku terlebih asam, bukannya terlebih garam. Atau aku sebenarnya terlebih asam garam? Inilah asam garam kehidupan.

Cakap pasal asam garam ni, aku teringat masa aku bujang-bujang dulu, aku menontoned (past tense) cerita Roda Impian kat TV bersama housemate di Bukit Beruang, Melaka. Masa tu pengacaranya ialah Halim Osman. Ada sorang peserta tu, seorang lelaki berbangsa India, memang kelakar gila la. Nama dia aku tak ingat la. Situasinya macam ni:

Pembayang: Simpulan Bahasa

Jawapan: A-S-A-M ?-A-R-A-M

Memang tinggal huruh G aje yang tak bukak lagi. Sampai kat mamat India tu, dengan kompidennya dia cakap "Saya selesaikan Halim... ASAM HARAM!!"

Aku gelak macam nak kena histeria kat rumah tu. Halim pulak dengan selamba cakap "ohh.. asam masih boleh dimakan di Malaysia".

Berbalik kepada cerita darah tinggi. Mak bapak aku sebenarnya ada darah tinggi. So, aku memang berkemungkinan besar la untuk mengidap darah tinggi. Ditambah pulak, kerja aku 2 tahun kebelakangan ni penuh dengan pressure dan selalu kena kerja lebih masa. Kadang-kadang aku kerja malam. Kadang-kadang, balik dari kerja malam, aku 'kerja malam' lagi sebelum tidur. Heheh.

Atau, mungkin sebab masa zaman remaja dulu aku menyuap halwa telinga aku dengan muzik-muzik yang keras? Tak logik pulak aku rasa.

Atau, mungkin sebab hari2 aku minum nescafe?

Entahlah.. yang pastinya, aku perlu berjogging setiap hari. Aku rasa dah nak masuk 2 bulan aku mengamalkan jogging sampai tak larat nak lari dah. Kalau berterusan macam ni, aku ingat tahun depan aku akan jadi hensem la. Sila doakan kejayaan saya, kenang daku dalam doamu.

Terima kasih.

27 comments:

terabot said...

insya Allah didoakan, take care urself!and thanks for the wish!

13may said...

Hahha...asam haram....

kah kah kah...!!!!

Anonymous said...

tang "mengerjakan sesuatu di tengah malam" selepas kerja malam tu buat aku
segar sedar dari lamunan ke'sangap'an di opis..hehehhe...fikirkan positif!!..positif!!
opis ko tingkat berapa taiko, apa kata ko keje opis yg rendah2 jer..sure lah darah ko pun rendah..

Anonymous said...

emm..
aku pn rs cmtu jgak..
ko ade pyakit ketiak masam..
apsl ko xtnye doctor tuh..
tahap kemasaman ketiak ko..
mgkin leh ukur ngan kertas PH..ekekee
lmbt tul nk update blog ko..
bzi ka.???

nananane said...

new here.

hehe, asam haram tu memang rase nak histeria jugak menggelakkannye.

Anonymous said...

aku doakan ko la jugak taiko, moga sihat sejahtera. kalau ko tak sihat nanti, mesti ko jd kan alasan utk tak hapdet ini blog.. haha

WNA said...

saye org baru :P
kenape post2 di sini membuatkan saye gelak hingga rakan2 lab saye memberikan jelingan sinis.*sy dlm claz nie :)*

Mak Su said...

haa... lari lebih lebih skit... jangan lebib lebih lari

aez82 said...

better check dua kali..or tiga kali pun takpe..yang first tu die buat gempak jer kot.. jgn tension2 yer..nanti darah makin naik.. ;)

Unknown said...

kau tak jogging pun memang hensem bro....tapi semoga usaha suci kau tu berjaya hendaknya....

Anonymous said...

kenapa garam tak manis eh? muahahahahaha,ko g jogging ke setan? mana la nak kurus kalau lepas jogging makan lak 3 pinggan nasi sebagai penutup acara jogging..

nikman said...

ASAM HARAM!

Wakakakakakaa!!!

chiku the chucuru said...

dah lama aku tak bukak blog ni. tapi setiap kali bukak takde rasa nk komen pn. tp tulah, setiap kali baca setiap kali tu aku gelak sorg2 kat dpn pc ni... plg2 pn aku senyum la.. ASAM HARAM betul. akakakkaka...

Zetty said...

kedai Gedung punya kandungan garam okeh kan? so bila nak berbreakfast kat Gedung nih??

Peej said...

asam haram???
mmg klakar...

ke sbb badan besar ade darah tinggi yea??
saya ada buat medical check up ari tuh..doktor cakap..tekanan darah tinggi..
n die cadangkan..turunkan berat badan serta berhenti merokok...
berhenti???owhhh noooooo...

Unknown said...

i rasa u kena makan gula byk2 laa.

http://masterelaod.com/?suehani

booGie said...

Kalau malas bersenam, banyakkan berjalan.
Pegi office berjalan, pegi kedai berjalan, naik rumah berjalan, hantar awek berjalan (utk yg bujang).
Pendek kata mana ada kesempatan jalan je.

Taiko said...

terabot: aaaaminn...

13may: jangan gelak sampai histeria ye. nanti iblis masuk dalam badan.

pakcik_kudin: opis aku tingkat 16. Patut kann..

ahmad: takde la bz.. buat-buat bz je.

nanana: jangan sampai histeria ok? nanti boleh putus tali perut.

passerby: kau macam paham-paham je aku punya politik.. haha

purplechoc: lain kali masuk blog saya masa takde orang ok? tapi, jangan pandang belakang..

mak su: apa beza lari lebih-lebih dengan lebih-lebih lari?

aez82: hari ni aku kena cek kali ke 4

fina: aku memang tau aku hensem, saja je nak bagi hensem lagi. heheh

aku_la: ehh.. malam aku tak makan yaa.. aku makan siang aje.

nikman: asam masih boleh dimakan ya.. sila dapatkan sijil halal dari jakim

fieza: timer kasih kerana komen kali ni.

zetty: gedung?? kat mana tu? kat UPM tu ke?

peej: betul jugak cakap kau.. ehh.. awat blog kau takleh masuk dah?

sue: hari-hari aku makan gula-gula CLorets untuk nafas lebih segar.

boogie: hari-hari aku jalan. tapi tak cukup. kena jogging jugak. Berjalan tu cukup untuk orang kurus aje.

shafarina said...

taiko, dapat ubat yg makan hari2 tu tak? selagi tak dapat ubat tu, kira tak kritikal la

boleh belasah makan ape aje lagi..

Izham Miyake said...

Taiko,

Aku rasa sampai masanya ko jaga badan. Tak nak pulak ilang kawan.

Bagus jugak tu tak makan malam, sebab aku tau malam ko makan benda lain.. Yang makan malam tu, makan banyak2 sikit. Bagi keluar peluh dan keluar apa-apa yang patut banyak sikit.

Cover balik dengan air yang banyak. Bukan dengan makanan.

Takpun aku rasa ketiak kau masam pasal ko makan asam haram kot. Dulu masa kat buditek (kedai runcit MMU) ko ada curik asam tak?

Izham Miyake said...

Roda impian tu, aku rasa lego yang gelak paling macam gampang sekali. Aku gelak sampai terkeluar taik hidung..

Anonymous said...

Oit taiko...
aku dah lama tak masuk blog ko nie..
tetiba baca pasal asam haram tu..
aku gelak sesuka hati sampai kuar air mata..
opis mate aku semua pelik tetiba aku gelak...
anyway..blog ko memang lawak...keep up the good work...

heal man said...

salam.. len kali.. jangan makan.. isap je sudah.. GUDANG GARAM... bagus utk kesihatan dan paru-paru anda..

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]i buy adobe photoshop, [url=http://firgonbares.net/]make windows xp look like vista[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] descarga de quarkxpress torrent adobe creative suite 4 master collection 4 dvd set
adobe photoshop cs4 academic discount [url=http://firgonbares.net/]order generation software[/url] oem software com
[url=http://firgonbares.net/]buy adobe software[/url] android software store
[url=http://firgonbares.net/]i buy computer software[/url] windows vista visual styles
microsoft image software [url=http://firgonbares.net/]buy a photoshop[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]shop keeper software, [url=http://sunkomutors.net/]software with student discount[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] adobe photo editing software adobe photoshop cs3 serial key
adobe acrobat 8 pro [url=http://sunkomutors.net/]price checking software[/url] adobe software online
[url=http://sunkomutors.net/]autocad for macintosh[/url] winzip 12 download
[url=http://sunkomutors.net/]order forms software[/url] free retail store software
buy adobe photoshop 6 [url=http://sunkomutors.net/]adobe photoshop cs3 comparison[/b]

Anonymous said...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]of sale software canada, [url=http://murudobaros.net/]poker software for sale[/url]
[url=http://murudobaros.net/]selling oem software[/url] adobe photoshop cs4 free download filemaker pro apple version 9 downloads
office software student discount [url=http://murudobaros.net/]adobe acrobat 9 free download[/url] i sell my software
[url=http://murudobaros.net/]microsoft windows vista[/url] macromedia softwares
[url=http://murudobaros.net/]working with autocad in 3d[/url] for selling software products
hole in adobe software [url=http://murudobaros.net/]fast free download adobe photoshop cs4 trial[/b]

Anonymous said...

[url=http://bariossetos.net/][img]http://vonmertoes.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]oem software what is, [url=http://vonmertoes.net/]hacked adobe acrobat pro 8 for mac os x[/url]
[url=http://hopresovees.net/][/url] buy photoshop or sell software in
used educational software [url=http://vonmertoes.net/]4 Pro Mac OS[/url] store and go software
[url=http://vonmertoes.net/]college software shop[/url] where to buy used software
[url=http://vonmertoes.net/]adobe photoshop cs4 serials[/url] free downloads of softwares
reinstall oem software [url=http://hopresovees.net/]key cho acdsee pro[/b]