Saturday, June 24, 2006

Sunat Muakad

Hari ni baru la aku ada kelapangan untuk memblog.

Haaa.. cuti sekolah tahun 1987 tu adalah cuti sekolah yang paling mengerikan dan mendebarkan sekali. Korang nak tau sebab apa? Sebab aku kena SUNAT!!!!

Sunat kat sini bermaksud berkhatan. Ada sesetangah orang cakap, masuk jawi. Pelik jugak, kenapa orang cakap perlakuan membuang kulit k*** itu dinamakan sunat? Aku kompius jugak masa belajar feqah masa sekolah rendah dulu. Ada hukum Wajib, Sunat, Halal, Haram, Makruh etc. Sunat bermaksud 'kalau buat dapat pahala, kalau tak buat tak dapat apa2'. Aku bertambah kompius bila mendengar perkataan 'sembahyang sunat'. Ini sembahyang sebab nak kena sunat ataupun masa semayang tu kita disunatkan? Aku teringat member aku masa derjah dua yang bernama Iskandar buat gaya sembahyang sunat seperti di bawah:

1. Berdiri tegak
2. Takbiratul ihram (Allahu Akbar)
3. Instead of tangan peluk tubuh, dia letak tangan dia kat anu dia dan gayakan macam gunting-gunting. Ha ha ha

Kalau 'masuk jawi' lagi pelik. Apa kena mengena Jawi dengan sunat? Kalau tak sunat lagi, kita masih Rumi ke? Macam tulisan la pulak, ada Rumi ada Jawi. Siapa boleh explain kat aku?

Cerita teori sunat punya pasal, aku terlupa pulak nak cerita pasal pengalaman aku bersunat.

Haaa... Sebenarnya pada pertengahan tahun tu lagi aku dah tahu dah yang aku akan kena sunat tahun tu. Ada jugak yang takut-takutkan aku betapa sakitnya bersunat. Ada jugak yang kata macam kena gigit semut je. Kena gigit semut pun sakit oooo.. Tapi, memikirkan bahawa sunat ni hanya sekali seumur hidup, aku pun buat-buat macho aje la mendengar gossip-gossip pasal sunat ni. Sakit ke, sedap ke, kena jugak sunat. Lain la kalau boleh pilih nak sunat ke tidak. Kalau boleh pilih, aku rasa masa kekecik dulu aku pilih tak nak sunat la. Tapi nasib baik tak boleh pilih. Kalau tak, dah besar ni menyesal sebab tak sunat. Nak pergi jumpa tok mudim pun dah segan. Ye laa... masa kekecik dulu takde semak-samun lagi di kawasan berkenaan.

Ahhh.. kepala otak aku dah nak buat cerita 18 sx dah. Aku sambung la lain hari entry pasal sunat ni. Kang tak pasal-pasal lain yang aku nak cerita, lain yang aku tulis.

Tunggu yaaa... aku memang busy sikit last week.

Chow

12 comments:

terabot said...

citer kali ni macam takde KLIMAKS..hehehe

Lily G said...

Lagi satu, pasal orang masuk Islam, orang cakap Masuk Melayu.

Anonymous said...

apa kaitan la sunat muakad ngan citer ko nih... poning palo otak eden!!

Anonymous said...

hehe...
aku teringat dolu2 masa abang aku kene sunat.... mak aku masak spesel... lauk ikan bakar yg sangat besh! aku ler tolong makan kan... sebab abang aku takde selera masa tu... hehehe...

13may said...

alaa...hg cerita la mcm dlm Tv9 tuh...cari sampai jumpa..dah jumpa, tekan sampai dapat...dah dapat...simpan:P

maddox said...

yang aku suka sunat ni apa tau, dapat duit banyak. pastu, masa aku sunat, ada satu nurse perempuan yang attend aku sebelum doktor tu datang.

hahahaha... aku punya rasa lain masa nurse tu dok mainkan K***k aku tu... ahahahaha... kenangan.. kenangan...

Anonymous said...

wah wah wahhhh teruja pulak ko yeh taiko... hyuk hyuk hyuk

Izham Miyake said...

Tak gunala brazil. Menang pun tak guna sebab menang dengan goal offside.

Zetty said...

apa ni...baru nak stim. gory giller stim citer sunat hahha.

Taiko said...

terabot: Masa bersunat mana boleh klimaks. Heh heh heh.

Lily: Kalau keluar dari Islam, takde pulak orang cakap Keluar Melayu.

arelanz: Berkhatan tu bukan sunat muakad ke hukum dia?

passbyer: masa kau kena sunat macam mana pulak?

wakhubby: haaa... macam tu la.

maddox: kau boleh saman nurse tu atas sexual harrassment

ryuk: heh heh. hoi! bila nak ON Blog kau?

tenno: padan muka brasil

zetty: mana boleh stim masa sunat. Nanti tak lut.

maddox said...

saman? No way jose! itu adalah one of my guilty pleasure!

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. » »